nuffnang

Thursday 20 November 2014

Resepi Kerabu Mangga



Hari ini, selepas balik sekolah, Nisah pergi beli belah barang dapur sikit dengan suami dan anak di Kip Mart Pasir Gudang. Kebetulan musim mangga kot, beli la dalam sekilo. Niat dalam hati beli untuk buat jeruk asam boi, tetiba teringin nak makan kerabu mangga. Apa lagi, terus buat la hari ini. Jom Nisah hendak kongsikan sedikit resepi Kerabu mangga yang Nisah buat tadi.

Resepi Kerabu Mangga


Bahan-bahan


3 biji mangga Muda( di cincang halus)



1 biji tomato ( dihiris)
2 batang serai ( dicincang halus)
3 biji cili api ( di hiris halus)
3 biji bawang merah ( dihiris)
1 sudu kecik udang kering
1/2 biji limau nipis( diperah)
1 sudu besar gula
secubit garam

Cara-cara 


  1. Pastikan semua bahan dihiris halus
  2. Masukkan Mangga, tomato, cili,serai,dan bawang, kemudian gaulkan
  3. Tumbuk udang kering sehingga lumat
  4. Kemudian masukkan udang kering, garam, gula dan perahan air limau nipis
  5. Kacau rata bahan -bahan tersebut sehingga sebati
  6. Jika masih kurang garam atau gula, boleh tamabh sehinggan sesedap rasa.
  7. Boleh juga di tambah dengan kacang hancur.
  8. Sudah siap. Sedia dihidang



Kerabu Mangga

Berminat hendak menjadi ahli Shaklee?? 
Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.







UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244) 
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
COD: PASIR GUDANG, MASAI
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)