nuffnang

Monday, 10 November 2014

SEJAUHMANA SYAFAAT BERPERANAN MEMBANTU KITA DI AKHIRAT

Alhamdulillah, Nisah hendak kongsikan sedikit ceramah yang dihadiri oleh rakan sekerja Nisah. Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Mat Esa Deraman pada kuliah Dhuha nya berkenaan syafaat.

Syafaat bermaksud memohonkan ampunan untuk dosa yang telah diperbuat. Syafaat juga bermaksud permohonan ampun oleh seseorang yang memiliki hak syafaat untuk orang yang berhak mendapatkannya.

Syafaat itu semuanya kepunyaan Allah. Ertinya, tiada sesiapa pun dari kalangan manusia yang ada kuasa untuk mengampunkan seseorang.

Dirawayatkan, orang-orang yang soleh...Allah suruh jenguk sahabat-sahabatnya di neraka...tapi apabila dia menjenguk ke neraka...dia tidak dapat mengenali sahabat-sahabat yang ingin ditariknya ke syurga kerana dek banyaknya dosa mereka, diubah Allah rupa dan suara ahli neraka sehingga pemberi syafaat tidak mengenali orang yang ingin diberinya syafaat. Bila tidak dikenali, maka tidak dapatlah sahabat soleh tadi menarik mereka ke syurga...meski pun mereka terpekik pekik memanggil sahabat mereka itu.

Jadi, semasa di dunia, kita jangan sedap hati bila kita ada sahabat yang soleh tapi kita tak turut beramal seperti sahabat kita itu...

Kita jangan rasa selesa bila kita ada anak yang hafiz jika kita sendiri tidak beramal soleh.. Betul anak yang hafiz boleh memberikan syafaat untuk 10 ahli keluarganya lalu keluarkan mereka dlm neraka tapi syarat itu mesti bertepatan dengan syarat Allah.

Orang yang berharta pula jangan menyangka sedekah yang besar dapat menjadi pendiding api neraka untuk diri mereka jika syariat Allah yang lain tidak dibuat. Jangan ingat amalan sedekah sahaja sudah cukup dijadikan syafaat bagi menutup kemalasan untuk beribadah.

Oleh itu sentiasalah berbuat baik...ikut syariat Allah. Akan tetapi jika kita sudah beramal, namun ada kesalahan yang kita buat tanpa sedar ...atau ada kekurangan yang tak dapat kita halang lalu berlaku juga kemungkaran...kita berharap, masa inilah syafaat tadi dapat menolong kita.

Ingatlah, orang yang banyak buat dosa, segala amal soleh yang dibuatnya, di akhirat nanti menjadi tidak bernilai...akan menjadi seperti debu berterbangan.

Jelasnya, hanya mereka yang mentauhidkan Allah semata-mata yang layak menerima syafaat. Syafaat tidak akan diberikan pada mereka yang engkar, apatah lagi orang2 yang menyekutukan Allah.





Wallahualam

1 comment:

  1. tq nisah...info sangat berguna untuk saya.
    sentiasa kena reflek balik apa yang kita buat selama ini....
    risau Allah tak pandang dan terlepas dari emndapat syafaat dariNya

    Isteri Pengarah Sedih. Cari Cara Pulihkan Strok Suami Dengan Segera

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)