nuffnang

Wednesday 12 November 2014

Anak Menangis Tidak Dapat Minum Susu kerana Puting Susu Melecet


Bagi ibu yang pertama kali menyusukan bayi tentu pernah mengalami  kesakitan di bahagian puting payu dara ketika menyusukan si comel. Aduh, rasa seperti hendak berhenti menyusukan bayi jika mengalami masalah puting melecet dan luka.

Mengapa ada pula ibu yang tidak mengalami masalah ini? Apa kata anda mengetahui punca penyebab masalah puting melecet kerana ia boleh diatasi.

Biasanya ibu yang mengalami masalah puting melecet atau luka disebabkan oleh posisi bayi yang tidak betul ketika menyusukannya. Ia memang perkara biasa kerana sebagai ibu baharu tentu sahaja belum ada pengalaman menyusukan bayi.

Akibat posisi menyusu yang kurang tepat dan pelekapan mulut bayi yang salah pada puting payu dara ibu membuatkan bayi kurang selesa semasa menyusu. Ini menyebabkan bayi akan berusaha untuk mencari posisi yang tepat untuk menyusu dengan caranya menarik puting ibu. Keadaan ini yang membuatkan puting ibu berasa sakit, pedih dan melecet.

Jadi, kunci utama untuk mengelakkan masalah putting melecet daripada berlaku adalah memastikan posisi dan pelekapan semasa menyusu bayi adalah betul. Ibu dan bayi mesti sama-sama selesa.


Sebenarnya ketika menyusu, bayi sepatutnya bukan menghisap puting ibu tetapi cara menyusu yang betul adalah bayi menghisap seluruh areola ibu. Kebanyakan ibu baharu tidak mengetahui hal ini. Mereka membiarkan bayi menghisap puting kerana fikir ia cara yang betul. Ini mengakibatkan puting melecet kerana bayi menghisap dan menarik puting.

Oleh itu  semasa hendak menyusukan bayi, anda membuka mulut bayi seluasnya dan pastikan mulutnya masuk keseluruhan aerola ibu. Ketika bayi menghisap aerola maka puting ibu terletak di antara langit-langit mulut bayi. Maka ibu tidak akan mengalami masalah puting melecet.

Posisi ini membuatkan bayi menyusu dengan menggunakan lidahnya. Jadi, masalah melecet pada puting dapat dielakkan jika ibu memahami bagaimana cara menyusukan dengan betul.

Perhatikan keadaan pipi bayi semasa menyusu. Ia sebagai petunjuk bayi menyusu dengan betul. Jika pipi bayi menggelembung itu bererti bayi sudah dalam kedudukan menyusu dan pelekapan yang betul.

Oleh itu, pastikan posisi bayi melekap mulutnya ke aerola sudah betul kerana ia mengelakkan anda mengalami masalah puting melecet, pedih dan luka seterusnya memudahkan proses kejayaan penyusuan susu ibu.

CARA MERAWAT PUTING SUSU MELECET


Dalam merawat puting susu yang melecet ini, terdapat beberapa cara. Jika mengikut cara tradisional seperti yang mak-mak kita bagi tahu, sapukan sedikit susu pada puting selepas setiap kali sesi penyusuan. Maksudnya, selepas kita menyusukan anak, kita picit sedikit susu kita dan biarka ia kering sendiri tanpa di lap.

Selain itu, anda boleh juga mendapatkan krim di farmasi untuk merawat puting luka. Tetapi pastikan krim tersebut tidak merbahaya dan mengandungi bahan kimia. Dikhuatiri kita tidak membasuh sebelum anak menyusu atau tidak membasuh dengan bersih.


Anda juga boleh mencuba Vitamin E Shaklee dalam merawat puting yang melecet.Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian puting. Rata-rata ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan Vitamin E dengan konsisten sangat membantu si ibu "recover" dari kesakitan yang dilalui.
Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula


 
Vit E sangat membantu ibu menyusu yang ada masalah puting luka kerana Vit E
melembapkan "nipple" dan elak kulit di bahagian tersebut terkopek atau luka lagi

Jika anda berminat untuk mendapatkan Vitamin E Shaklee, boleh menghubungi saya terus untuk pertanyaan.

UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
 W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
FB: Hanisah Ibrahim

3 comments:

  1. Kak Tun sendiri berpengalaman puting susu melecet. Masa tu belum kenal Shaklee lagi... Kalau lah kak tun berkenalan dengan shaklee ni lebih awal... tentu senang kan...


    Benarkah Seorang Ayah Yang Menghidap Darah Tinggi Mengambil Garlic Shaklee Menyebabkan Bacaan Darahnya Semakin Tinggi??

    ReplyDelete
  2. Ilmu baru untuk saya hari ni.. Krim Herbal blend shaklee juga boleh membantu masalah ini


    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    ReplyDelete
  3. pernah alaminya banyak kali...
    sebagai mak. kita pun trauma sama time melecet tu.
    tapi terpaksa tahan demi anak...

    kdg2 saya sapu susu badan pada nipple..

    Isteri Kesedihan Cari Cara Pulihkan Strok Suami Dengan Segera

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)