nuffnang

Saturday 14 June 2014

KESAN BURUK VITAMIN E SHAKLEE

 

Assalamualaikum semua..

Cerita panas Nisah nak kongsikan dekat semua orang.





BETUL KE NIH VITAMIN E MEMBERI KESAN BURUK.????

semua mesti tertanya-tanya kan.. Apa kesan buruk vitamin e nih kan.. Jom baca.

 

MEMANG BETUL LA VITAMIN E INI MEMBERI KESAN BURUK JIKA:


1. Anda TAK SAYANGKAN JANTUNG anda kerana pengambilan harian 800IU vitamin E akan menyebabkan jantung anda sihat, melindungi sel darah merah, mengurangkan tekanan darah dan menghalang platlet darah merah melekat ke dinding arteri.

2. Anda dan pasangan anda TIDAK INGINKAN CAHAYA MATA kerana lelaki yang mengambil 600IU-800IU vitamin E mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

3. Anda INGIN CEPAT TUA kerana vitamin E membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, parut dan bintik penuaan.

4. Anda INGIN KESAN PARUT JERAWAT KEKAL kerana vitamin E mampu mengurangkan kesan parut pada kulit.


Jika anda tidak inginkan semua itu berlaku, anda boleh cuba Vitamin E shaklee. Hanya dengan pengambilan 1 biji sehari sahaja dan tahan selama 4 bulan. Berbaloi kan ...Terdapat pelbagai lagi kelebihan Vitamin E Shaklee..

Kelebihan lain Vitamin E



**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu jika mempunyai penyakit.. 
 ======================================================== 
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID :1099244) 
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
 FB: Hanisah Ibrahim
 =======================================================

Friday 13 June 2014

Kepercayaan tukar buku amalan malam nisfu syaaban

PERIHAL CATATAN AMALAN DITUTUP...

Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah..dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.

Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:

1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)

2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)

3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban.
��(Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)

Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".

Rasulullah saw bersabda,maksudnya :

"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih

Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.

✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ ف
يُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُ
شْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .

Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-

✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)

عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.

Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'

Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-
Oleh Dr Abu Anas Madani(Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman) َ

Thursday 12 June 2014

SENARAI CAWANGAN SHAKLEE DI MALAYSIA

Assalamualaikum..
 
Terdapat beberapa cawangan Shaklee di Malaysia bagi memudahkan ahli Shaklee membeli produk Shaklee. Tapi perlu di ingat, pembelian di cawangan Shaklee dengan harga ahli hanya sah untuk ahli shaklee yang berdaftar sahaja. Jika anda bukan ahli, anda terpaksa membeli produk shaklee dengan harga pasaran yang jauh lebih mahal. Kalau anda berminat untuk menjadi ahli, boleh baca disini CARA MENJADI AHLI.  Setelah anda menjadi ahli, anda layak mendapat harga ahli dalam pembelian produk shaklee.. Terdapat beberapa Senarai Cawangan Shaklee di Malaysia seperti berikut:


Ibu Pejabat Shaklee Malaysia

Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199
E-mel : customerinquiry@shaklee.com.my

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam

Peta Lokasi Ibu Pejabat Shaklee


Cawangan Kami Waktu Perniagaan Peta Lokasi (klik)
Kuala Lumpur
No. 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

Shaklee Kuala Lumpur

Penang
No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Telefon : 604-383 8261
Fax: 604-383 8560

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Shaklee Penang


Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.

Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263


Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188


Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Shaklee Johor Bharu
Kota Bharu
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711

Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m



Kota Kinabalu
Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


 Tapi perlu di ingat, kadang-kadang anda terpaksa beratur panjang untuk pembelian 1 botol produk shaklee sahaja di cawangan Shaklee. Oleh itu, untuk memudahkan anda sebagai pelanggan saya, anda boleh hubungi saya untuk pembelian produk Shaklee. Barang anda akan sampai di pintu rumah anda dengan selamat.




**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu jika mempunyai penyakit.. 
 ======================================================== 
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
 W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID :1099244) 
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
FB: Hanisah Ibrahim
 =======================================================

Wednesday 11 June 2014

AISKRIM OREO + MEALSHAKES

 

Aiskrim.. Sedapnya.. Bestnya bila dengar aiskrim. Musim-musim panas macam ni, makan askrim sedap jugak nih. Petang ini Nisah nak share cara buat aiskrim oreo + mealshakes ni.  Ibu-ibu kat luar sana boleh la cuba untuk anak-anak. Tak perlu lagi beli aiskrim oreo kat MCD. Jom kita tengok bahan dan cara membuat nya.. Senang sangat..


 Bahan-bahan untuk membuat Aiskrim Oreo+Mealshakes


2 kotak kecil susu full cream

1 sudu gula


2 sudu susu pekat manis
1sudu kecil mealshakes

1 sudu kecil ovalette

Beberapa keping biskut oreo (kuantiti mengikut citarasa sendiri)
sedikit esen vanila

Cara-cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan di dalam blender.
2. Blend sehingga gebu dan berkrim
3. Tuang di dalam bekas tertutup
4. Tabur biskut oreo yang selebihnya.
5.Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk(freezer.)
6.Setelah beku, boleh la di makan..

SELAMAT MENCUBA.. =)


**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu jika mempunyai penyakit..
 ======================================================== 
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID :1099244) 
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim 
=======================================================

KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI

 

Assalamualaikum semua.

    Rasanya kebanyakkan para ibu sudah mengetahui serba sedikit kebaikan susu ibu kepada bayi. Semua ibu mengimpikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi  selama enam bulan pertama. Jika ibu berniat sedemikian, ibu perlu mempunyai ilmu dalam teknik penyusuan susu ibu. Boleh rujuk di sini tips persedian menjayakan penyusuan susu ibu dan tips tambah susu..

    Penyusuan susu ibu dapat memberikan pelbagai faedah yang sangat baik sehingga bayi anda menjangkau usia kanak-kanak.


Kelebihan susu ibu kepada bayi

Mengurangkan Jaundis

Kebanyakkan bayi mengalami masalah jaundis. Oleh itu, susu ibu dapat membantu mengurangkan jaundis yang dialami bayi.

Menstabilkan suhu badan bayi

Selain itu, penyusuan awal membantu menstabilkan suhu badan bayi. Badan anda membantu memanaskan badan bayi dengan suhu yang bersesuaian. Pemanasan badan sangat penting bagi bayi yang dilahirkan kecik atau mempunyai berat badan yang kurang daripada biasa.

Menstabilkan pernafasan bayi

Selain itu, ia juga berupaya menstabilkan pernafasan bayi. Dia akan lebih tenang, kurang tertekan dan mempunyai pernafasan dan kadar degupan jantung yang stabil. Selain itu, bagi bayi pramatang, susu ibu dapat membantu mengurangkan risiko radang usus, membantu perkembangan normal dan lain-lain.

Ketahanan tubuh


     Susu ibu memberi perlindungan awal kepada bayi sekiranya selepas lahir diberikan susu ibu. Kolostrum iaitu susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama hingga hari ketiga mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan.
    Bakteria yang berasal daripada ibu membantu mencegah jangkitan terhadap bayi. Ia membiak pada usus dan kulit bayi membolehkannya bersaing dengan bakteria-bakteria yang lebih merbahaya yang terdapat di persekitaran bayi.

Tahap Kepintaran.


    Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda. Dengan memberi susu ibu kepada bayi anda, anda sedang membentuknya menjadi seorang individu yang lebih cerdik.
    Menurut kajian yang mengaitkan susu ibu dengan IQ kanak-kanak membuktikan, penyusuan susu ibu secara eksklusif dalam jangka masa yang lama atau sekurang-kurangnya 6 bulan berupaya meningkatkan IQ individu dan menjadikan seorang yang lebih bijak kerana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf.

Pemakanan


Susu ibu adalah makanan pertama bayi dan merupakan makanan terbaik bayi. Susu ibu mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.  Selain itu, rasa susu ibu berubah mengikut apa yang anda makan. Oleh itu, ia secara tidak langsung membantu anda memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi melalui susu ibu itu sendiri.

Penghadaman


 Susu ibu sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan. Atas faktor itu, bayi lebih mudah menghadamkan susu ibu berbanding susu formula. Jadi ia mengurangkan risiko sembelit kronik, kolik dan gangguan perut yang lain.

Kesihatan


Dengan susu ibu membantu bayi mengurangkan risiko -risiko berikut:
*Jangkitan selesema, cirit-birit, dan demam.
*Obesiti pada usia kanak-kanak dan dewasa.
*Jangkitan telinga tegah
*Penyakit leukemia kanak-kanak.
*Diabetes
*Asma
*Penyakit kulit sspeti eksema.
*Masalah gigi dan gusi seperti karies gigi.
*Jangkitan seperti bronkitis dan radang paru-paru
* Serangan penyakit jantung apabila dewasa kelak.


Terdapat banyak kelebihan susu ibu ni. Oleh  itu, bagi membekalkan susu ibu kepada bayi anda selama 6 bulan atau sehingga 2 tahun, ibu perlu menjaga pemakanan. Ibu perlu mengambil pemakanan yang sihat dan mengambil makanan yang boleh membanyakkan susu seperti kurma, lobak putih, halba dan lain-lain.. Boleh rujuk disini makanan menambah susu. Terdapat juga makanan yang perlu dielakkan dalam proses penyusuan susu badan..Boleh rujuk disini makanan yang perlu dielak ketika menyusu.

Selain itu ,ibu boleh mencuba kaedah Power Pumping jika anda menghadapi susu merudum. Kaedah ini dapat membantu menghasilkan susu yang cukup kepada bayi anda. Untuk vitamin tambahan, ibu boleh mencuba Alfalfa Shaklee dan ESP Shaklee.


**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu jika mempunyai penyakit.
 ========================================================
 UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
 W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID :1099244) 
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
 FB: Hanisah Ibrahim
 =======================================================

Tuesday 3 June 2014

DAPATKAN KEAHLIAN PERCUMA SHAKLEE PADA BULAN JUN

 

Kecoh sana-sini Pasal keahlian percuma. Apa kes Shaklee nak bagi keahlian percuma nih.. Shaklee buat promosi keahlian percuma ke bulan Jun ni?? Kalau betul la..Best ni.. Meh Nisah nak kongsikan macam mana nak dapatkan keahlian percuma nih..

 
Sebenarnya Shaklee bukan buat promosi keahlian  percuma tetapi Shaklee buat promosi Vita E Complex, Beli 6 Percuma 1. Dalam masa yang sama, dengan pembelian 6 botol Vita E, anda layak mendapat keahlian percuma. Bila dah dapat jadi ahli percuma, anda layak plak dapat beli Vita e dengan harga ahli..  Woowww.. Makin best kan tawaran Shaklee. Ada lagi tau kelebihan lain iaitu anda layak menerima Cash Back pada Pertengahan buln Julai..Bukan senang tau Shaklee nak buat promosi macam nih. Baik rebut cepat2 tawaran Shaklee nih.. Kalau stok Vita e dah abis, anda melepas la mendapat keahlian percuma nih.. Terlopong laa anda semua..


 Cepat-cepat rebut peluang yang ada nih.. Beli 6 botol Vita e dapat 7 botol.




**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu jika mempunyai penyakit..
 ======================================================== 
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
 W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
FB: Hanisah Ibrahim
 =======================================================

RAHSIA KULIT TANPA KEDUTAN

 

Assalamualaikum..

       Vitamin E.. Oh Vitamin E... Sana sini orang cerita pasal Vitamin E. Mesti korang semua pelik kan kenapa tetiba Nisah bercakap pasal Vitamin E nih.. Sebenarnya bulan ni Shaklee buat  promosi Vita E Complex, beli 6 Percuma 1.. Best tuuuu.. Bukan stakat dapat Beli 6 dapat 7, dapat pula percuma membership dan cashback pada pertengahan Bulan Julai.

Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan  fungsi peparu, kolon dan fungsi imun.  Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti  Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun pada warga tua. Vitamin E ni plak banyak kelebihan nya.




KELEBIHAN VITA E COMPLEX

- Membantu untuk awet muda
-Membantu menghilangkan parut dan cela
-Membantu mengurangkan kedutan kulit
- Membantu melambatkan penuaan
-Membantu memulihkan tekstur kulit
- Membantu memulihkan kemampuan reproduktif lelaki.
-Merupakan Anti- Oksidan yang kuat

 

1 KAPSUL SOFTGEL MEMBEKALKAN:

400 IU sumber asli vitamin E
65 mcg selenium pelengkap aktiviti vitamin E
39.4 mg Ekstrak biji Anggur

Jom amalkan 1 kapsul vitamin E setiap malam sebelum tidur.

Cepat2..promosi sedang berlangsung..beli 6 percuma 1.





**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu jika mempunyai penyakit..
 ========================================================
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
 W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim
 =======================================================

Monday 2 June 2014

HOMESTAY WANJAH DI GONG BADAK KUALA TERENGGANU

 

Assalamualaikum semua..

   Sempena cuti sekolah ni, masing-masing sibuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Bukan stakat yang pulang ke kampung je, ada yang nak menghadiri kenduri kawen dan  ada yang nak bercuti di Terengganu. Mesti sukar nak mencari penginapan kan cuti-cuti sekolah ni. Keluarga Nisah ada menyediakan Homestay Wanjah di Gong Badak, Kuala Terengganu. Homestay ni terletak berhadapan dengan Institut Latihan Perindustrian Gong Badak. Jika berminat untuk pergi ke Pasar Payang, hanya mengambil masa 35 minit untuk ke Kuala Terengganu.

     Homestay Wanjah merupakan Rumah Teres Setingkat yang mempunyai 4 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air. Homestay ini dilengkapi dengan 1 Katil Queen dan 5 Katil Single. Barang Elektrik yang disediakan seperti Peti Sejuk, Microwave, TV, Cerek Elektrik dan Toaster. 

Jika berminat boleh la menghubungi adik Nisah  (Mat di talian 017-9768079).

Flyers Homestay Wanjah di Gong Badak
PT 29832 Taman bestari, depan ILP Gong Badak
Runag Tamu yang mepunyai kelengkapan seperti tv, meja makan, kerusi disediakan.
Kelengkapan elektrik seperti peti sejuk, microwave, kettle, toaster disediakan di dapur
Bilik Utama dilengkapi Katil Queen dan Bilik Air

Bilik kedua dilengkapi 2 Katil Single

Bilik Ketiga dilengkapi 2 Katil Single

Bilik Keempat dilengkapi 1 katil Single

Peta Lokasi Homestay Wanjah

Sunday 1 June 2014

Kedai Telefon

 

Assalamualaikum..

Dah lama rasanye Nisah tak menulis di sini. Minggu cuti sekolah dah bermula sehingga 14 Jun. Apa lagi, balik kampung la.. Alhamdulillah, kali ni dapat duk kampung lama skit. Husband je yang balik Pasir Gudang semula sbb keje. Hari ni Nisah lepak di kedai telefon adik. Kedai telefon ni terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Marang. Sesiapa yang memerlukan  top up, aksesori telefon dan lain -lain, boleh lah datang ke kedai ni. Bukan itu saje, sesiapa yang berminat untuk melanggan astro jugak boleh la datang ke sini.

Hadapan Sek. Keb. Marang, Terengganu

Menjual Pelbagai jenis simcard, top up, charger hp dan lain-lain

Menjual pelbagai jenis screen protector dan casing hp

Jurujual baru (si tomei aisyah)..