nuffnang

Wednesday 30 April 2014

CARA POWER PUMPING

 

Salam Sayang Semua...

         Alhamdulillah, Allah itu Maha Mendengar rintihan seorang ibu yang tetiba stok susu merudum.. Apa perasaan anda bila stok susu merudum?? Sedih?? Kecewa?? Stress?? . Langit tak selalu cerah. Itu la perasaan Nisah sekarang.. Sedih bila mana stok susu merudum.. Tapi Nisah cepat2 tanam dalam diri, aku tak boleh stress, aku x boleh kata susu tak cukup, aku boleh nyusu anak  sehinga 2 tahun. Lagi kita stress, lagi effect pengeluaran susu kita.

       Stok susu merudum sebab Nisah pam tak ikut jadual.. Kadang pam 2 kali..Kadang pam 1 kali.. Kdang breast dh bengkak, baru pam.. Lama-lama breast akan hantar isyarat kat otak yang kita tak perlukan susu. Target Nisah untuk menyusu susu badan sehingga Aisyah berumur 2  tahun.. Slalu la duk berdoa, supaya susu cukup untuk Aisyah. Alhamdulillah, Allah telah selesai kan masalah Nisah..Allah bagi pengetahuan kat Nisah pasal  POWER PUMPING ni melalui  perkongsian seorang mummy. Dia menceritakan secara detail berkaitan Power Pumping.







     Apa itu Power Pumping?? Siapa yang pernah dengar Power Pumping?? Nisah rase kebanyakkan para ibu yang menyusu susu badan pernah dengar pasal Power Pumping ni.. Tapi ibu-ibu tau ke cara Power Pumping nye.. Jom Nisah kongsi skit.

   Power Pumping dilakukan bila mana susu mula merudum dengan cara mengepam secara berulang selama 1 jam. Ia bertujuan untuk meransang pengeluaran susu. Waktu yang sesuai untuk membuat power pumping antara jam 11 malam ke atas. Waktu Antara subuh adalah terbaik sebab hormon prolaktin tinggi.

CARA BUAT POWER PUMPING berbeza antara "Double Pump" dan "Single Pump."





"Double Pump" : sesi mengepam selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit.. Sambung lagi sesi mengepam sehingga cukup 1 jam..
"Single Pump" : Pam sebelah kanan 10 minit, tukar pam sebelah kiri 10 minit, tukar lagi sehingga  sesi mengepam cukup 1 jam.

Power Pumping ini dibuat untuk merangsang pengeluaran susu, jadi jika susu tak keluar atau hanya titik susu yang keluar, tak mengapa. 


   Selain itu, untuk membanyakkan susu, ibu perlu ambil makanan berfiber.. Jadi alfalfa boleh menggalakkan susu sebab de fiber. Pengambilan Alfalfa dan ESP semasa breast kosong boleh mempercepatkan penghasilan semula susu. Ibu-ibu perlu memastikan breast sentiasa dikosongkan dengam mengepam mengikut jadual bagi mengelakkan susu merudum.





Stakat ini dulu yer perkongsian Nisah.. Nanti Nisah sambung lagi berkaitan Tips Penyusuan.



**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu jika mempunyai penyakit.. 
 ======================================================== 
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim
 =======================================================

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)