nuffnang

Wednesday 30 April 2014

CARA POWER PUMPING

 

Salam Sayang Semua...

         Alhamdulillah, Allah itu Maha Mendengar rintihan seorang ibu yang tetiba stok susu merudum.. Apa perasaan anda bila stok susu merudum?? Sedih?? Kecewa?? Stress?? . Langit tak selalu cerah. Itu la perasaan Nisah sekarang.. Sedih bila mana stok susu merudum.. Tapi Nisah cepat2 tanam dalam diri, aku tak boleh stress, aku x boleh kata susu tak cukup, aku boleh nyusu anak  sehinga 2 tahun. Lagi kita stress, lagi effect pengeluaran susu kita.

       Stok susu merudum sebab Nisah pam tak ikut jadual.. Kadang pam 2 kali..Kadang pam 1 kali.. Kdang breast dh bengkak, baru pam.. Lama-lama breast akan hantar isyarat kat otak yang kita tak perlukan susu. Target Nisah untuk menyusu susu badan sehingga Aisyah berumur 2  tahun.. Slalu la duk berdoa, supaya susu cukup untuk Aisyah. Alhamdulillah, Allah telah selesai kan masalah Nisah..Allah bagi pengetahuan kat Nisah pasal  POWER PUMPING ni melalui  perkongsian seorang mummy. Dia menceritakan secara detail berkaitan Power Pumping.







     Apa itu Power Pumping?? Siapa yang pernah dengar Power Pumping?? Nisah rase kebanyakkan para ibu yang menyusu susu badan pernah dengar pasal Power Pumping ni.. Tapi ibu-ibu tau ke cara Power Pumping nye.. Jom Nisah kongsi skit.

   Power Pumping dilakukan bila mana susu mula merudum dengan cara mengepam secara berulang selama 1 jam. Ia bertujuan untuk meransang pengeluaran susu. Waktu yang sesuai untuk membuat power pumping antara jam 11 malam ke atas. Waktu Antara subuh adalah terbaik sebab hormon prolaktin tinggi.

CARA BUAT POWER PUMPING berbeza antara "Double Pump" dan "Single Pump."





"Double Pump" : sesi mengepam selama 10 minit, kemudian rehat 10 minit.. Sambung lagi sesi mengepam sehingga cukup 1 jam..
"Single Pump" : Pam sebelah kanan 10 minit, tukar pam sebelah kiri 10 minit, tukar lagi sehingga  sesi mengepam cukup 1 jam.

Power Pumping ini dibuat untuk merangsang pengeluaran susu, jadi jika susu tak keluar atau hanya titik susu yang keluar, tak mengapa. 


   Selain itu, untuk membanyakkan susu, ibu perlu ambil makanan berfiber.. Jadi alfalfa boleh menggalakkan susu sebab de fiber. Pengambilan Alfalfa dan ESP semasa breast kosong boleh mempercepatkan penghasilan semula susu. Ibu-ibu perlu memastikan breast sentiasa dikosongkan dengam mengepam mengikut jadual bagi mengelakkan susu merudum.





Stakat ini dulu yer perkongsian Nisah.. Nanti Nisah sambung lagi berkaitan Tips Penyusuan.



**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu jika mempunyai penyakit.. 
 ======================================================== 
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim
 =======================================================

Monday 28 April 2014

LECHITIN


 KEPENTINGAN LECHITIN



LECHITIN berfungsi sebagai 'PEMECAH LEMAK' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya. LECHITIN SHAKLEE diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 518 mg lechitin soya.

KANDUNGAN LECHITIN

  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sisitem saraf.
  • Asetilkolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

MANFAAT LECHITIN


  • MEMBANTU PEMECAHAN LEMAK DAN KOLESTEROL- Lechitin bertindak sebagai "pembersih " salurdarah, Pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol di dalam tubuh   
  • MEMBANTU PELANGSINGAN- Menghalang obesity. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • MEMBANTU MENYERAP VITAMIN YANG LARUT LEMAK- membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak
  • MEMBANTU MELINDUNGI HATI- Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga memulihkan kesihatan hati.
  • MEMBANTU MENCANTIKKAN OTOT DAN KULIT- Membentu membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkn metabolisma sel dan melambatkan penuaan. 
  • MEMBANTU MEMBAIKI ALERGI- menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah .
  • MEMBANTU MENGHALANG PEMBENTUKAN BATU KARANG-90% batu karang terjadi dari kolesterol, lechitin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • MEMBANTU MERINGANKAN SEMBELIT- lechitin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.
  • MEMBANTU MEMPERBAIKI PROSTAT LELAKI- kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lechitin yang banyak.

Sunday 27 April 2014

PENYUSUAN SUSU IBU 2

 

Assalamualaikum semua...

       Alhamdulillah.. Masih bersua kembali kita yer. Bersyukur la dengan nikmat yang Allah bagi.. Masih bernyawa dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepada Nya..

    Nisah ni nak sambung cerita pasal Persediaan Menjayakan Penyusuan Susu Ibu.. Meh kita sambung lagi 5 tips..

10 PERSEDIAAN MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU

Sambungan....

6. DAPATKAN SOKONGAN

    Kongsi niat anda untuk menyusukan sepenuhnya dengan susu ibu bersama suami, ahli keluarga dan rakan. Nyatakan juga hasrat anda untuk mendapatkan sokongan daripada mereka. Oleh itu, banyakkan berbincang tentang perancangan yang bakal dilakukan dan pada masa yang sama lengkapkan ilmu agar semua sedar dengan peranan masing-masing dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu.


7.  KELENGKAPAN PENYUSUAN SUSU IBU

     Lengkapkan semua peralatan yang diperlukan untuk membantu anda menyusukan bayi dengan lancar kelak. Antara kelengkapan yang diperlukan ialah coli penyusuan, pelapik payu dara, kain pelindung penyusuan dan lain-lain lagi.
     Bagi yang bekerja pula, anda perlu sediakan pam payu dara, bekas penyimpan susu ibu, beg pendingin, pek ais,peti sejuk dan sebagainya. Sebaiknya beli la pam payu dara sebelum bersalin mengikut bajet anda.

8. KEBERSIHAN PUTING

    Pada trimester akhir kehamilan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membersihkan puting payudara. Setiap kali mandi, cuci puting dengan menggunakan tuala muka kecil yang direndam di dalam air suam terlebih dahulu. Sewaktu mencuci elakkan penggunaan sabun. Ini bertujuan untuk mengelakkan puting tersumbat dan memudahkan pengaliran kolostrum buat pertama kali selepas bayi dilahirkan. Pada masa yang sama, anda digalakkan menarik puting keluar secara lembut dan menyikat kedua-dua belah payu dara menggunakan sikat rambut secra perlahan-lahan.

9. KENALI PAYUDARA

    Mengenali payudara sendiri adalah penting agar anda dapat mengetahui rupa bentuknya. Jika ia tenggelam, sejak dari awal anda dapat mengambil langkah penyelesaian masalah. Bagi mengenal pasti payudara normal atau tenggelam, anda perlu menekan puting payudara dengan tapak tangan selama 2 minit dan lepaskan. Jika puting kembali sperti biasa, itu bererti payudara anda normal. Jika tiada apa-apa perubahan selepas lama menunggu, bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam.


10. YAKIN DIRI SENDIRI

      Sikap positif dan yakin pada diri sendiri amat penting dalam  memastikan usaha menjayakan penyususan susu ibu mencapai matlamatnya. Sentiasa percaya anda mampu menyusukan bayi anda sejurus bayi dilahirkan. Pengeluaran susu ibu berkonsepkan permintaan dan penawaran. Jadi, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahirannya. Fahami juga bahawa pada awal kelahiran bayi hanya mendapat kolostrum. Selepas hari ketiga, barulah susu matang berjaya dikeluarkan. Yakin dan sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluannya.
 

Saturday 26 April 2014

PENYUSUAN SUSU IBU

 

ASSALAMUALAIKUM....

          Hari ni Nisah nak share satu lagi artikel yang dibaca. Artikel ni berkaitan 10 Persediaan Menjayakan Penyusuan Susu Ibu. Ramai wanita hamil menganggap penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi. Hakikatnya, wanita perlu mempelajari cara untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Tiada ilmu yang mengcukupi, berkemungkinan gagal untuk menepati sasaran menyusukan  bayi anda..



10 PERSEDIAAN MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU


 1. NIAT DAN AZAM

    Kedua-dua aspek ini sama penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Niat dan azam yang ditanam tidak akan mudah goyah jika anda mempersiapkan diri denagn ilmu penyusuan susu ibu yang lengkap.

2. CARI MAKLUMAT

   Sepanjang kehamilan, cari lah sebanyak yang mungkin maklumat berkaitan penyususan susu ibu bagi membantu anda memahami konsep penyusun susu ibu. Salah satu konsep asas yang perlu anda ketahui ialah semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan. Tambahkan ilmu dengan mencari dariada pelbagai sumber.

3. AMAL PEMAKANAN SIHAT

     Pemakanan sihat perlu diamalkan sepanjang tempoh kehamilan dan harus berterusan semasa anda menyusukan bayi. Pastikan anda makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Selang seli waktu makan utama dengan mengambil snek berkhasiat.Pastikan menu anda mengandungi protein, kalsium, vitamin dan lain-lain dalam kadar yang seimbang. Makanan yang perlu dielak ketika menyusu seperti minuman berkafein, buah masam, kekacang dan bawang putih.

4. KELAS PENYUSUAN SUSU IBU

     Menghadiri kelas penyusuan susu ibu semasa hamil lagi. Anda boleh memilih kelas penyusuan di klinik kerajaan atau hospital yang sering diadakan secara percuma. Selain itu, anda boleh memilih kelas berbayar dimana kebanyakan dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah. Sebaik-baik nya hadiri kelas bersama suami supaya dia juga boleh memahami konsep penyusuan susu ibu.

5. HOSPITAL BERSALIN PILIHAN

     Hal ini perlu dititikberatkan kerana Hospital Rakan Bayi akan menyokong sepenuhnya usaha anda untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Sebelum melahirkan, bincang dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya nnti.


Setakat 5 tips dulu yer... Nanti Nisah sambung lagi 5 tips persediaan menjayakan penyusuan susu ibu... Nisah de hal jap lagi.. Nantikan sambungannya...Tunggguuuuuuuuuuuuuuuu...=)


Rujukan: Majalah Pa & Ma

Friday 25 April 2014

Cara Rangsang Bayi Merangkak

Assalamualaikum...


       Nisah terpanggil nak tulis pasal perkembangan bayi merangkak ni...Nisah de terbaca artikel ni dalam 3 atau 4 hari yang lepas kalau tak silap.. Artikel ini berkenaan cara menangani masalah bayi yang belum merangkak walaupun dah lewat 8 bulan...Tidak boleh merangkak disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya kekurangan khasiat, obesiti, kurang rangsangan merangkak hingga terlambat perkembangan, kelainan gerakan kasar, gangguan keseimbangan dan lain-lain. Ibu mana yang tak risau apabila bayi tidak merangkak atau cara merangkaknya tidak betul. Padahal bayi pada usia 5- 6 bulan akan mula merangkak.

     Bila terbaca artikel ni, nisah dan husband terus praktikkan kat anak kami, aisyah.. Aisyah ni bukan stakat belum boleh merangkak, meniarap sendiri pun belum walaupun dah 7 bulan... Dia lebih suka nak duduk daripada meniarap.  Kalau letak meniarap je.. Tak sampai beberapa minit. Nangis la dia. Kalau bagi dia duduk.. Suka la. Main sambil duduk... Dia dah boleh duduk tegak dah.. Jarang nk tumbang..

  Kami sentiasa risau bila dah masuk 7 bulan, Aisyah tetap x pandai nak niarap sendiri.. Apatah lagi nak merangkak.. Alhamdulillah.. Semalam dapat berita gembira daripada pengasuh.. Dia kate Aisyah dah boleh niarap sendiri... Dalam hati tu, suka nya. Dia dah tunjukkan perkembangan positif.. Tapi kat umah, dia masih belum tunjukkan  skill dia niarap sendiri tu...hehehe..


     Gambar ni nisah yang meniarapkan dia. Alhamdulillah, satu lagi perkembangan baik, dia tak nangis walaupun diniarapkan. Dia pun dah boleh bergerak secara memusing badan hampir 360 darjah menggunakan perut..

Di sini Nisah nk kongsikan tip rangsangan kepada bayi agar gemar merangkak.

  • Sering meniarapkan bayi semenjak awal. Ini merangsangnya untuk mengangkat tubuh, mengangkat kepala dan bergerak dengan perutnya.
  • Elakkan baby walker, sebaliknya sering menurunkan bayi dari stroller atau gendongan untuk diletakkan di ruang luas dan bersih untuk merangsangnya merangkak. Sediakan alas dari benda-benda berbahaya.
  • Letakkan mainan di hadapan bayi. Bermain agar bayi tertarik, bertepuk tangan atau beri pujian meski bayi baru boleh beralih posisi dengan perut.
  • Beri bayi contoh. Merangkaklah bersama bayi.
  • Tidak terburu-buru merangsang bayi untuk berjalan.
  • Lakukan terapi urutan, senaman atau fisioterapi kerana ada kalanya rangsangan sahaja tidak cukup untuk mengembangkan kemampuan merangkak. Bertemu doktor anda untuk tujuan anda.

Apabila bayi merangkak dengan cara yang kurang tepat, misalnya 'bear crawl' atau merangkak dengan kedua-dua kaki diluruskan, maka harus diperbetulkan.

Apabila bayi terus mengesot, mungkin kerana otot-ototnya lemah sehingga dia tidak boleh mengangkat perut. Ini banyak dialami anak yang menghidap sindrom Down.

Fisioterapi dapat membantu memperbaiki gangguan merangkak dengan cara meningkatkan kemampuan motorik kasar bayi secara khusus, membantu meningkatkan koordinasi, kestabilan dan keseimbangan, mencegah dan membaiki kelainan bentuk tubuh, jika ada

RUJUKAN: http://mingguanwanita.karangkraf.com

Resepi ESP


Assalamualaikum...  
Nisah nak kongsikan resepi ESP.. Siapa yang de ESP kat umah tu..dah bosan minum plan je... Boleh la cuba resepi ni.. Kalau tak de.. Boleh beli yer...=)..Yang penting jangan bancuh ESP dengan air panas yer... Nanti hilang plak khasiat nye...





**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, 
merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit... 
========================================================
 UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM 
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
=======================================================

Ohh Aisyah....


Assalamualaikum semua...

      Rasanye semua tengah sedap tidur dah dibuai mimpi kan.. Nisah ni tak boleh nak tidur lagi.. Duk melayan Aisyah ni yang tak nak tidur lagi... Dah pukul 3.00 pagi.  Sambil2 tu berblogging la kejap.. Lagi pun esok cuti..=)

Sekadar Hiasan =)

    Meh Nisah nak intro skit pasal Aisyah ni.. Gambar kat atas itu la Aisyah.. Nama yang diberi Nurul Aisyah bt Azlan. Lahir pada 19 September 2013. Aisyah ni anak sulong Nisah.. Alhamdulillah sekarang dah berumur 7 bulan.. Dia membesar dengan sihat. Alhamdulillah, dia pun tak pernah demam..

    Sekejap je kan. Mula-mula Nisah pernah cerita pasal Aisyah ni.. Klu x silap Aisyah umur 4 bulan.. Aisyah ni, bila malam je,, susah tido.. Tido nye antara pukul 11 mlm -pukul 1 pagi.. Ni la keje nye..sibuk nk berblogging jugak..hehehehe.. Tak de la..Gurau je.. Dia sibuk nak main.. Dah penat main, lapar nak susu.. Nanti sambung main balik.. Nak melayan dia sampai 1 pagi.. Kadang - kadang perut kita pun lapar.. Tambah pulak Nisah memang fully breastfeeding. Lagi la bertambah lapar.. Pe lagi. Pekena ESP la segelas.. Boleh bagi tenaga dan mengenyangkan.. Ehh..Ehh. Pe itu ESP?????.. 
 Meh Nisah nk crite pe ESP itu..


  ESP ialah Soy Protein Isolate Powder. Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, babas kolesterol, dan kaya dengan asid amino penting. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. 

Ini la rupa ESP. Harga ESP RM150 (850gram). Biasanya 1canister ni tahan 1 bulan atau 1 bulan setengah mengikut penggunaan.. Tapi dengan syarat 1 hari tak boleh ambil lebih 3 sudu besar ESP ini..

Stakat ni je malam ni yer.. Nnti kita sambung cerita lagi pasal ESP ni... Sekarang dah 3.30 pg. Aisyah pun dah mula tido nih... Slamat Malam semua...





**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, 
mengubati, atau mencegah sebarang penyakit...
 ========================================================
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
 W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID 1099244)
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
 FB: Hanisah Ibrahim 
=======================================================

Thursday 24 April 2014

TESTIMONI ALFALFA

TESTIMONI PENGGUNA ALFALFA...



Nisah nk kongsikan koleksi testimoni pengguna ALFALFA yang berjaya.. Jom kita baca..



Jom cuba Alfalfa.. Saya dah.. Anda bila lagi???
Sms/ Whatsapp: 0137598069- Nisah

Wednesday 23 April 2014

ALFALFA COMPLEX

ASSALAMUALAIKUM....


Nisah nak kongsikan sedikit berkenaan ALFALFA  COMPLEX SHAKLEE.. Rasa nya ramai rakyat diluar sana pernah dengar nama Alfalfa tapi  tak tahu pe kegunaan nye kan,,, Hari ni nisah nk kongsikan sedikit pasal ALFALFA..






APA ITU ALFALFA COMPLEX??

  • Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa)
  • Bebas daripada pestisid, herbasid dan menggunakan baja kompos/ baja bebas kimia
  • Dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan.
  • Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar
  •  Mempunyai akar yang boleh mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk serap pelbagai nutrisi.
  • Daun Alfalfa hanya akan dituai apabila mencapai tahap kematangan mutlak yang mana daun nya kaya dengan klorofil.
  • Daun nya dikeringkan dengan udara semulajadi untuk mengekalkan nutrisi.
  • Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.

MANFAAT UTAMA

 

  • Mencuci hati, darah dan usus--> Ia makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, hilangan toksin, bersihkan hati dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan--> memperbaiki keadaan kulit dan hdung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air(athlete's foot).
  • Baik untuk  perubahan patologi di dalam usus dan perut--> memperbaiki masalah penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol--> dapat mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
  • Melawan tumor--> memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu dapat memperbaiki sel-sel kanserdan membuang tumor.
  • Melegakan keletihan--> Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.
  • Mencegah / merawat atritis --> melegakan sakit atritis dan kesakitan

CARA PENGAMBILAN

 

Makan 2-4 biji, 2 kali sehari
Jika tidak mendapat hasil yang diingini boleh tambah sedikit demi sedikit sehingga 10 biji sehari.

Di ambil 1-2 jam selepas makan lechitin atau omega guard

Harga ALFALFA (330 biji) = RM 53.75, ALFALFA (700 biji) = rm 97.50



Jika berminat untuk mendapatkan Alfalfa. boleh
SMS/ WHATSAPP :0137598069 (Nisah)
Fb Page: Jom Sihat dan Bertenaga

Friday 18 April 2014

Amalan Hari Jumaat

Assalamualaikum...

      Alhamdulillah.. Syukur.. Kita masih bernyawa hari ni.. Allah masih memberi kita peluang untuk meneruskan kehidupan kita seharian.. Tapi dalam menjalani kehidupan dunia..Kita jangan pula lupa untuk melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.. Jom kita sama -sama check mana amalan yang kita belum buat hari ni.. Kalu belum, jom kita cuba laksanakan semampu yang boleh.. InsyaAllah..

CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid

Rasulullah bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

sumber: Ustaz Don Daniyal

Monday 7 April 2014

OSTEMATRIX

Assalamualaikum...

Hari ni nisah nk kongsikan kelebihan OSTEMATRIX.

OSTEMATRIX


Manfaat Ostematrix

Jika berminat boleh hubungi
nisah- 0137598069