nuffnang

Friday 18 April 2014

Amalan Hari Jumaat

Assalamualaikum...

      Alhamdulillah.. Syukur.. Kita masih bernyawa hari ni.. Allah masih memberi kita peluang untuk meneruskan kehidupan kita seharian.. Tapi dalam menjalani kehidupan dunia..Kita jangan pula lupa untuk melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.. Jom kita sama -sama check mana amalan yang kita belum buat hari ni.. Kalu belum, jom kita cuba laksanakan semampu yang boleh.. InsyaAllah..

CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid

Rasulullah bersabda yang maksudnya :
“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

sumber: Ustaz Don Daniyal

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)