nuffnang

Friday 31 October 2014

Keistimewaan Lelaki dan Wanita di sisi Allah


AKU, KAU BERBEZA....
AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI:

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung...
dosa sendiri,
dosa isteri,
dosa anak perempuan yang belum berkahwin
dosa anak lelaki yang belum baligh.
(dosa kerana gagal mendidik)

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya dan kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki kena tahu....lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan, beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.

Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira- kiranya.

WANITA:

1) Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2) Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3) Saksinya kurang berbanding lelaki.

4) Menerima pusaka kurang dari lelaki.

5) Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6) Wajib taat kepada suaminya.

7) Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8) Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.

Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
isterinya,
ibunya,
anak perempuannya
saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
suaminya,
ayahnya,
anak lelakinya
saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
sembahyang 5 waktu,
puasa di bulan Ramadhan,
taat suaminya
menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...
sayangnya ALLAH pada wanita.

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin....

Maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa di sisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya." (Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri.

10 Sebab Kenapa Mealshakes baik untuk Kanak-Kanak.

 

Assalamualaikum semua..

Nutrisi penting untuk kanak -kanak dalam perkembangan mereka. Perkembangan kanak-kanak sangat pesat dari segi fizikal, mental, intelek, soisal dan aspek emosi.

Adakah kita mampu membekalkan setiap hari nutrisi yang cukup untuk anak-anak? Jawapan nya sudah tentu tidak. Sesetengah kanak-kanak memilih untuk tidak makan sayur atau buah-buahan walaupun telah disediakan oleh ibu bapa. Ini menyebabkan kanak-kanak akan kekurangan nutrisi penting. Oleh itu penting kiat memberikan makanan tambahan kepada anak-anak untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan setiap hari.

10 Sebab Mealshakes baik untuk Kanak-Kanak

1. Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah

  • Mealshakes mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Indeks Glisemik yang rendah ialah karbohidrat ini membekalkan tenaga untuk kanak-kanak. Tenaga ini akan dilepaskan sedikit demi sedikit.  Mealshakes ini pula tidak akan mengemukkan. Best nya mealshakes ini didatangkan dengan GI rendah, sebab itu anak obesiti juga digalakkan amik mealshake.

2. Lengkap dengan 9 asid amino

  • Mealshake juga ada 9 asid amino lengkap. Ia bertujuan untuk pertumbuhan dan pembaikian tisu badan. Kalau kurang asid amino boleh sebabkan menyebabkan keguguran rambut dan tiada pembentukan sel baru. Perkembangan kanak-kanak adalah pesat dan pembaikan tisu badan enting untuk perkembangn mereka.

3. Mengandungi vitamin A, C, E

  • Mealshake juga mengandungi antioksidan iaitu Vitamin A, C, E yang bertujuan mengelakkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Oleh itu selain sihat kulit anak-anak, kita boleh mengelakkan kulit berparut akibat gigitan nyamuk. Selain itu, Vitamin C mampu memberikan perlindungan antibodi untuk kanak-kanak bagi mengelakkan kanak-kanak di serang demam dan selesema.

4. Mengandungi Dietary fiber

  • Mealshakes mengandungi fiber yang membantu kanak-kanak lawas dan mengelakkan kanak-kanak sembelit. Jika kanak-kanak yang mengambil Mealshakea tetapi masih sembelit, boleh menambah dos yang menunjukkan kanak-kanak tersebut belum cukup fiber.

  • Bagi kanak kanak berumur 4 tahun keatas boleh mengambil minima 3 sudu besar sehari . Bagi kanak-kanak 1-3 tahun boleh mengambil 1-2 sudu sehari.


5. Mengandungi vitamin B

  • Mealshakes mengandungi vitamin B yang berfungsi meningkatkan fokus dan perhatian kanak-kanak. Selain itu ia jug a boleh memelihara kesihatan sistem. 

6. Sodium dan Magnesium

  • Mealshakes mengandungi Sodium dan Magnesium yang membolehkan mengimbangi cecair dalam badan . Mealshakes juga boleh mengurangkan rasa letih. Gantikan 100 plus kepada Mealshakes  untuk kanak-kanak.

7.  Vitamin C

  • Mealshakes mengandungi vitamin c yang penting bagi kesihatan gusi , gigi dan kulit dan menentang infeksi kuman.Nanny. Vitamin C adalah makanan bagi sel darah putih . Apabila sel darah putih cukup makanan nya, boleh la ia menentang kuman bagi mengelakkan anak mudah diserang jangkitan.

 8. Vitamin A.

  • Mengandungi Vitamin A yang berfungsi untuk kesihatan mata.

9. Kalsium dan Vitamin D

  • Mealshakes mengandungi Kalsium dan vitamin D yang baik untuk perkembangan tulang bagi mengelakkan anak terbantut pembesaran nya. Kalsium mesti sekali dengan vitamin D. Jika beli kalsium sahaja tanpa  vitamin D maka sia-sia mengambil kalsium. Fungsi Vitamin D adalah membantu penyerapan kalsium yang maksimum.

10. Iron dan B12

  • Mealshakes mengandungi iron dan B12 yang membantu pembinaan sel- sel darah merah. Sel darah merah ini berfungsi mengangkut oksigen  ke seluruh badan termasuk ke otak. Jika kekurangan iron boleh menyebabkan lesu dan pucat

Setakat itu sahaja perkongsian yang ingin Nisah sampaikan, Jika berminat dengan Mealshakes, boleh hubungi saya yer.



UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
 FB: Hanisah Ibrahim

Thursday 30 October 2014

Zinc Complex Shaklee

 

Zinc Complex terhasil daripada Zinc Glukonat  semulajadi yang bergabung dengan nutrien lain seperti Kalsium dan Serbuk Alfalfa. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang. Zinc berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti Kadmium dan Plumbum dari tubuh.


 Apa itu Kadmium?


Kadmium ialah sejenis logam berat yang ditemui di Jerman oleh Friedrich Strohmeyer pada 1817. Digunakan secara meluas sebagai bahan antikarat dalam besi.

Kadmium dikategorikan sebagai bahan toksik dan penyebab kanser (karsinogen) oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerikan Syarikat.

Kesan Pendedahan kepada kadmium menyerupai kesan hormon estrogen ke atas rahim.

Kadmium boleh menyebabkan kanser payudara pada wanita dan anak dalam kandungan,  kepadatan tulang semakin merosot dan membawa kepada osteoporosis tanpa mengira usia dan jantina.

Selain kadmium, bahan logam seperti Plumbum , Kromium dan nikel juga mengakibatkan gangguan tumpuan otak , lelah, dermatitis dan pneumonia.


 

 Manfaat Zinc Complex

Mengaktifkan 200 Jenis Enzim.

Zinc berkebolehan untuk menggabungkan DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang pertumbuhan semula sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

Membentuk Kolagen.

Membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

Membaiki Tahap Diabetes.

Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan seterusnya memperbaiki tahap diabetes.

Meningkatkan Sistem Imun.

Membantu pengeluaran kelenjar thymus, kelenjat thymus meningkatkan sistem imunisasi dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.

Mempercepatkan Proses Pemulihan Luka.

Membantu mempercepatkan proses pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, membaiki alergi dan bintik pada kulit, juga untuk ibu selepas bersalin. Oleh sebab itu, Zinc Complex juga disarankan untuk diambil oleh ibu-ibu yang berpantang selain daripada Vitamin yang lain iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C.

Membantu Masalah Jerawat.

Zinc juga sangat berkesan untuk mengecutkan jerawat. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan zinc secukupnya akan membantu membaiki radang kulit seperti jerawat. Jadi, kepada mereka yang ada masalah jerawat batu dan yang seangkatan dengannya jangan sedih-sedih lagi. Cubalah Zinc Complex dan rasai perbezaannya sendiri. 

Membantu Masalah Keguguran Rambut. 

Kebanyakan ibu yang selepas melahirkan anak juga yang menyusu badan mengalami masalah keguguran rambut. Dan ada yang mengalami keguguran rambut yang sangat teruk. Pengambilan 1 tablet zink sehari boleh membantu. Untuk mereka yang tidak melahirkan atau menyusu tetapi mengalami masalah keguguran rambut, anda juga boleh mengambil zinc untuk mengatasi masalah ini. Ini kerana zinc akan membantu menguatkan folikel rambut bagi mengelakkan keguguran rambut.

Meningkatkan Kemampuan Seksual Lelaki.

Zink berupaya meningkatkan bilangan sperma yang berkualiti (sperm count). Sperm count yang kurang akan mengganggu kesuburan dan menyukarkan pasangan untuk mendapat cahayamata. Bagi pasangan yang mengalami masalah kekurangan sperm count disarankan mencuba mengambil zink untuk mengatasi masalah tersebut.

Ovulasi Wanita.

Selain lelaki, wanita juga memerlukan zinc unuk ovulasi. Pengambilan zinc juga membantu pengucupan uterus yang mengembalikan daya ketahanannya.


UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim

Majlis Graduasi Pelajar Pendididikan Khas



 

Alhamdulillah, selesai sudah majlis besar yang ditunggu oleh setiap pelajar pendidikan khas yang telah tamat pembelajaran di sekolah. Majlis ini dianamakan Majlis Apresiasi dan Graduasi Pendidikan Khas Pasir Gudang 2014. Majlis ini telah dianjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Majlis ini dianjurkan bertujuan meraikan pelajar Pendidikan Khas di peringkat Pra sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang telah tamat sesi pembelajaran di sekolah masing-masing.



Majlis ini berlangsung di Hotel Selesa di Pasir Gudang bermula jam 8.00  pagi sehingga 12.30 tengah hari. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang dan tamat mengikut waktu yang ditetapkan.


Sesi bergambar selepas penyampaian sijil


Pelajar kami yang telibat Majlis Graduasi ini ialah Rafizie, Alia, Saniah dan Abdullah.  Pelajar Nisah Abdullah tidak dapat hadir kerana sedang menjalani rawatan buah pinggang.

Rafizie, AAlia dan Neneknya

Saniah
Mula-mula Nisah kenal Rafizie ini pada tahun lepas, budaknya tidak pernah hendak mengeluarkan suara. Bila ditanya, dia akan diam sahaja atau menjawab dengan perlahan.

ALhamdulillah, sebelum tamat sesi pembelajaran, dia sudah boleh mengeluarkan suara apabila ditanya oleh guru. Dia sudah mempunyai keyakinan diri untuk bersuara. Itu adalah kegembiran bagi kami guru-guru Pendidikan Khas. Walaupun tidak dapat menghasilkan pelajar yang memperolehi "A", tetapi kami bahagia apabila dapat mengubah tingkah laku pelajar.


Alia ialah satu-satu nya pelajar kami yang mempunyai masalah Celebral Palsy. Masalah Celebral Palsy ini ialah cacat sebelah anggota. Walaupun mempunyai kekangan dalam pergerakan, tidak menghalang bagi Alia untuk memperolehi  kemenangan dalam  pertandingan Pentaque Peringkat Daerah.


Stakat itu sahaja serba sedikit pelajar Nisah.

Wednesday 29 October 2014

Penghayatan Konseptual Bersyukur Dengan Nikmat Yang Diberi


Assalamualaikum WBT

Riwayat: Bukhari dan Muslim

Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “lihatlah kepada orang yang lebih rendah tarafnya daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang taraf lebih tinggi, dengan yang demikian kamu tidak akan merperkecilkan nikmat yang dikurniakan Allah kepadaku”.

Lafaz hadis ini daripada muslim.

Di dalam riwayat al-Bukhari menyebut, “apabila kamu melihat kepada orang yang dilebihkan Allah dari segi harta benda dan kejadian, maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah taraf daripadanya”.
 
Huraian Hadith:
  • Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan semasa hidup di dunia
  • Umat Islam hendaklah sentiasa merasa cukup dengan apa yang dimilikinya dan tidak merasa iri hati terhadap orang yang memperoleh sesuatu nikmat
  • Islam menyuruh umatnya supaya menaruh rasa simpati terhadap golongan yang kurang bernasib baik dan hendaklah menghulurkan bantuan apabila di pinta
  • Orang yang beriman diperintahkan supaya melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya dalam hal-hal keduniaan dan di suruh melihat orang yang lebih tinggi daripadanya dalam hal-hal kebajikan dan keakhiratan kerana melihat kepada orang yang lebih bernasib baik menyebabkan seseorang itu merasa gelisah, tidak berpuas hati dan tidak bersyukur terhadap nikmat Allah, manakala melihat kepada orang yang lebih tinggi dari segi agama dan ibadah akan mendorong meningkatkan ibadah dan kebajikan.

Syukur dapat diertikan sebagai satu ucapan terima kasih kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang dianugerahkan pada diri manusia, sama ada yang lahir mahu pun yang batin.

Syukur akan melahirkan jiwa hamba yakni sentiasa taat dan sujud kepada penciptaNya jika dihayati dalam erti kata yang sebenar. Sentiasa rasa bertuah dan tidak menjadi takabbur.

Syukur akan melorongkan seseorang untuk terus beramal ibadat tanpa rasa jemu, sekalipun nikmat itu kecil. Bersyukur kepada Allah SWT mesti dilakukan oleh setiap manusia seperti FirmanNya yang bermaksud:-

 "Dan syukurilah nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepadaNya." - (Surah an-Nahl, ayat 114)

Malangnya, hari ini ramai yang lupa bersyukur apabila menikmati kesenangan bahkan ada yang menafikan sama sekali kenikmatan yang diterimanya. Maka orang sebegini berlawanan dengan sifat syukur lalu menjadi kufur.

Kita seharusnya mengingati bencana yang telah menimpa ke atas Qarun. Seorang yang hidup pada zaman nabi Allah Musa AS iaitu orang yang terkaya di dunia ketika itu, tetapi tidak bersyukur kepada Allah SWT. Akibatnya, Allah SWT membinasakan Qarun bersama-sama dengan segala harta kekayaannya.

Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri (Luqman: 12)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman bermaksud:

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih (Ibrahim: 7)

Cara Mendapatkan Keahlian Shaklee Percuma

Assalamualaikum semua pembaca blog.


Ada ke cara hendak dapat keahlian percuma? Macam mana cara nya? Nisah akan terangkan bagaimana cara mendapatkan keahlian percuma.

Kebanyakan orang akan berminat jika ada yang hendak bagi percuma.  Nisah sendiri pun suka barang percuma ini. Bukan senang nak dapat kan. Jarang sekali orang menolak jika berpeluang mendapatkan barang percuma. Jangan tak tahu, Shaklee juga menawarkan keahlian percuma kepada pelanggan yang bertuah tetapi bersyarat la. Jom kita lihat apa kriteria untuk memperolehi keahlian percuma.

Cara Mendapatkan Keahlian Percuma


 Ada tiga cara untuk mendapatkan keahlian percuma. Anda boleh pilih salah satu cara untuk mendapatkan keahlian percuma shaklee.

1.  Pembelian sebanyak 200 uv atau RM680++
Add caption

  • Anda layak mendapat keahlian percuma jika membuat pembelian sebanyak rm680++ atau dengan tepat 200 uv. Jika anda rasa banyak, anda boleh kumpul order dengan rakan-rakan. Jika tidak tahu produk apa yang boleh sesuai untuk seisi keluarga bagi memenuhi syarat pembelian RM680++, anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan produk.

2. Pembelian 2 botol vivix


  • Dengan pembelian 2 botol Vivix, anda terus layak mendapatkan keahlian percuma shaklee. Anda akan layak membeli dengan harga ahli.

3. Pembelian 3 kotak kolagen

  • Anda boleh membuat pembelian 3 kotak collagen dan secara automatik anda layak mendapatkan keahlian percuma shaklee


Faedah bila anda mendapat keahlian percuma

Setelah anda mendapat keahlian percuma, anda layak mendapat kesemua faedah di bawah:

  • Anda telah jimat rm75@ Rm 85 untuk pendaftaran keahlian shaklee
  • Anda layak membeli setiap produk Shaklee dengan harga ahli yang jimat hampir 15-20% setiap produk berbanding harga pasaran.
  • Anda akan layak mendapatkan bonus pada pertengahan bulan depan.


Anda mungkin meminati artikel ini:



UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
 W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim

Apa itu Indeks Glisemik


Assalamualaikum..

Indeks Glisemik adalah ukuran kecepatan makanan diserap menjadi gula darah. Makanan yang mengandungi Indeks Glisemik yang tinggi akan meningkatkan gula darah secara cepat. Semakin tinggi Indeks Glisemik semakin cepat kenaikan gula darah.

Makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang tinggi akan menyebabkan glukosa naik secara mendadak dan menurun ke paras normal  juga secara mendadak. Ini boleh menyebabkan badan merasa lapar dan memerlukan makanan lagi.



Di sini Nisah sertakan Carta Indeks Glisemik yang boleh menjadi rujukan anda semua. Anda boleh memilih Indeks Glisemik yang rendah jika anda ingin menurunkan berat badan.


Selain itu, anda boleh memilih makanan tambahan dari Shaklee bagi memudahkan anda untuk kekal kenyang dan dalam masa yang sama anda dapat menurunkan berat badan anda.  ESP mengandungi Indeks Glisemik Rendah iaitu 39, sangat sesuai untuk pengidap kencing manis. Selian itu dengan mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan.

Anda mungkin juga berminat membaca :



UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim

Tuesday 28 October 2014

Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas 2014


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas 2014. Pejam celik, pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun 2014. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk tamat persekolahan tahun ini.

Ini adalah tahun kedua Nisah mengajar di SMK Pasir Gudang 2. Tahun lepas Nisah tidak dapat menyertai Jamuan Akhir Tahun sebab tengah cuti bersalin. Alhamdulillah hari ini juga, kami meraikan 4 pelajar kami yang akan tamat persekolahan kerana telah mencapai umur 19 tahun. Malangnya seorang pelajar kami tidak dapat hadir ke sekolah kerana sedang menjalani rawatan dialisis dan masih berada di hospital. Di harap mereka semua dapat meneruskan kehidupan mereka seperti pelajar normal yang lain setelah tamat persekolahan.

 Di sini Nisah sertakan sedikit gambar yerr( banyak gambar makanan je). Hehe. Gambar semasa jamuan berlangsung, semua nya sibuk makan sehingga terlupa hendak mengambil gambar.


Stew Kambing yang sedap sangat
Roti untuk dimakan bersama stew kambing

Satay


Bihun Goreng tempah jiran sebelah rumah



Hidangan untuk pelajar

Suasana kelas kami

Monday 27 October 2014

ESP Mempunyai 9 Asid Amino Perlu


Assalamualaikum..

Rasanya semua pernah dengar asid amino. Tetapi adakah anda tahu apa itu asid amino? 

Asid amino merupakan sebatian organik biologi yang terdiri mempunyai kumpulan berfungsi amina dan asid karboksilik,  dengan rantai sisi yang khusus untuk setiap asid amino. Terdapat lebih daripada 500 jenis amino asid yang telah dikenal pasti yang boleh diklasifikasikan dalam pelbagai cara.

Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia dan ada asid amino yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia.

Asid amino yang dihasilkan oleh tubuh manusia dipanggil asid amino tidak perlu.Asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid amino perlu.  Asid amino perlu sangat penting untuk tabuh badan manusia.


9 ASID AMINO PERLU

  • Histidine – Ia digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.
  • Isoleucine –  Ia diperlukan oleh  badan untuk proses sintesis hemoglobin, iaitu unser utama sel darah merah.
  • Leucine – Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.
  • Lysine – Diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysin juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan.
  • MethionineMerupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku.
  • Phenylalanine – Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.
  • Threonine Menyeimbangkan protein dalam badan supaya tidak ada kekurangan atau banyak protein. Membina protein daripada asid amino yang membentuk tisu badan dari rambut hingga kaki dan menstabilkan paras gula dalam darah.
  • TryptophanDiperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan. (Makanan sumber triptofan).
  • ValinePenting untuk pembinaan otot. Kesan sampingan kandungan valine dalam tubuh termasuk halusinasi. Kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh. Valin membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal.
 Oleh itu, kesemua 9 asid amino perlu ini ada terkandung di dalam ESP Shaklee. Setiap asid amino perlu memainkan peranan penting dalam tubuh badan kita. Asid amino ini pula memang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia dan perlu diambil dalam pemakanan. 

asid amino untuk bina otot

Jom dapatkan ESP sekarang kerana ESP mengandungi kesemua asid amino perlu dalam hidangan harian anda. Mudah kannn...





UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244) 
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum..

Hari ini Nisah hendak kongsikan Resepi Spaghetti Bolognese dari kakak Nisah.  Setiap tahun, ini lah salah satu menu utama untuk Hari Raya Aidilfitri kami. Memang setiap tahun ada permintaan sedara mara yang datang untuk makan Spaghetti yang kakak Nisah buat ni. Setiap tahun mesti kuantiti yang di masak oleh kakak akan bertambah sehingga kan tahun ini, dia masak pasta Spaghetti sahaja melebihi 3 kg( kena kira sendiri la berapa paket spaghetti yang digunakan).  Memang sedap. Marvelous gitu. Jom kita lihat resepi nye..

BAHAN-BAHAN


5- 6 biji bawang putih( dicincang)

1 Bawang Holland (dipotong dadu)

3-4 biji tomato segar


1 tin tomato puree
1 tin tomato sos Prego
1 tin ready cut Tomatoes


500 gram daging / ayam kisar


Lada Hitam
Oregano
Cendawan butang (dihiris halus)
Lobak (disagat)
Gula dan Garam secukupnya
1 bungkus spaghetti 


CARA-CARA MEMBUAT SOS


1. Mula-mula, tomato di celur, dibuang kulit dan dipotong dadu.

2. Tumis bawang putih sehingga layu, kemudian masukkan bawang Holland dan tumis sehingga layu.



3. Masukkan daging /ayam kisar ke dalam periuk, kemudian kaccau cepat-cepat bagi mengelakkan daging berketul. Masukkan setengah air dan kacau sehingga daging tidak berketul. Goreng daging sehingga sedikit garing.



4. Masukkan tomato segar, sos prego, tomato puri, tomato ready cut, oregano dan sedikit gula. Kemudian masukkan 2 gelas air dan kacau.

5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.

6. Kacau kuah sekali sekala dan pastikan api sederhana. Apabila sos spegeti kering 1/2 periuk, masukkan air ke kuantiti yang asal dan  masak sehingga sos pekat semula. Lagi lama tempoh sos dimasak, sos akan lebih sedap.

7. Masukkan cendawan  dan masak dalam lebih kurang 10 minit untuk memastikan sos meresap ke dalam cendawan

8. Masukkan lobak dan didihkan selama 5 minit.

9.  Tadaaa.. Sos siap  untuk di makan.


CARA-CARA MEREBUS SPAGHETTI


1. Didihkan air dan masukkan garam

2. Masukkan spaghetti mengikut masa yang telah ditetapkan mengikut jenama spaghetti atau sehingga spaghetti ala dante.

3. Toskan spaghetti dan gaul dengan extra virgin olive oil supaya spaghetti tidak melekat.

4. Letakkan sos spaghetti. Untuk menyedapkan lagi, anda boleh tambah dengan parmesan cheese.

5. Sudah boleh dihidangkan.





Sunday 26 October 2014

MENJEMPUT REZEKI VS MENCARI REZEKI

 

 Assalamualaikum semua..

Mesti semua tertanya-tanya kan. Menjemput rezeki dan mencari rezeki berbeza ke? Rasa macam sama aje. Kita selalu menyebut mencari rezeki. Padahal mencari rezeki adalah lebih sukar daripada menjemput rezeki.

Rezeki adalah hal ghaib. Kita tidah tahu bila ia akan datang. Oleh itu ramai yang percaya rezeki tidak akan datang tanpa usaha.

Fahamilah, sebenarnya rezeki TIDAK TUNDUK pada usaha yang kita lakukan kerana di luar sana berapa ramai orang yang berusaha bermati-matian untuk kaya tapi tidak juga kaya. Kerana rezeki hanya tunduk pada ketentuan Allah.

Kalau rezeki sudah ditetapkan, tidak perlu ke berikhtiar?
Kita diwajibkan berikhtiar kerana ikhtiar itu perintah Allah. Bila kita ikhtiar kita dapat pahala. Namun perlu ingat, bukan ikhtiar itu syarat bertambahnya rezeki.

Sebenarnya segalanya nampak terlalu sukar bila kita tersilap strategi dalam mendapatkan rezeki.

Jangan CARI tapi JEMPUT.

MENJEMPUT rezeki lebih mudah berbanding MENCARI rezeki.

MENCARI bermakna kita tidak tahu tempatnya. Jadi mcm2 percubaan perlu dilakukan.

MENJEMPUT biasanya kita sudah tahu tempatnya, kita tinggal jemput aje. Kalau guna cara yang betul, "dia" mesti datang.

Sekarang ini kita sudah tahu kan rezeki datang daripada Allah. PEMBERI REZEKI hanyalah Allah. Jadi tidak payah hendak pening-pening fikirkan kerja Tuhan. Bila, di mana, dari mana dan banyak mana rezeki yang bakal kita terima? Itu semua urusan Tuhan. Kerja kita cuma menjemputnya saja.

Formulanya apa?

Formulanya senang saja : Ambik lah hati Si Pemberi Rezeki. Buat lah apa yang Pemberi Rezeki suka. Pasti diberi rezeki yang melimpah ruah.

Macamana?
Belajar jadi BAIK.
Wah, betul ke hanya jadi BAIK rezeki terjamin?

Percayalah, tidak ada satu pun makhluk yg bernyawa melainkan semuanya dijamin rezeki oleh Allah. Semuanya sudah tertulis di Lauh Mahfuz.

Tetapi perlu ingat, baik itu mengikut piawaian Allah, bukan piawaian kita. Allah yang memberi rezeki jadi buat saja lah. Allah bukan suruh lakukan benda yang pelik pelik pun. Allah suruh kita jadi orang baik saja. Allah mahu hidup kita senang.

Senangkan cara nak jemput rezeki? =)


Barang Keperluan untuk Penyusuan



 

Assalamualaikum semua
Nisah hendak kongsikan beberapa Keperluan bagi ibu- ibu yang bekerja. Bagi ibu berkerjaya, terdapat pelbagai keperluan supaya urusan penyusuan susu ibu berjalan lancar.

Keperluan Penyusuan bagi ibu berkejaya.



1. Pam susu
 

Perkara paling penting menyediakan pam susu bersesuaian sama ada pam elektrik atau bateri yang boleh digunakan untuk mengepam secara serentak. Ini bagi menjimatkan masa ibu mengepam ketika di tempat kerja. Selain itu, ia perlu ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Namun, jika ibu tidak mempunyai pam susu, dia masih boleh menyusukan secara eksklusif dengan memerah susu menggunakan tangan.


2. Plastik atau botol penyimpan susu

 

Plastik penyimpan susu digunakan untuk ibu me­nyimpan susu ibu yang diperah sebagai stok ketika bekerja. Penggunaan plastik susu akan mengurangkan penggunaan ruang di dalam peti ais. Susu yang diperah ketika dalam pantang tidak boleh digunakan kecuali pada waktu kecemasan seperti ketika bayi atau ibu perlu masuk ke hospital atau keluar bekerja.


3. Beg penyejuk

Beg penyejuk dan blok penyejuk digunakan untuk menyimpan susu setiap kali selepas mengepam. Beg pe­nyejuk mengekalkan suhu sejuk susu dan membuat­kannya tahan lama serta boleh terus disimpan di dalam peti ais sewaktu sampai di rumah.


4. Coli menyusu

Coli menyusu membantu mengurangkan risiko susu tersekat dengan kesalahan penggunaan coli biasa ketika menyusu. Perkara ini serius dan boleh memudaratkan. Sekiranya ibu menyusukan bayi menggunakan coli biasa, pastikan coli dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara yang tersekat dengan coli yang digunakan terutama bahagian getahnya.


5. Pemanas susu ibu
 

Pemanas susu ibu digunakan pada waktu siang ketika anak di bawah jagaan pengasuh iaitu selepas bayi berusia dua atau tiga bulan. Jika tiada pemanas, susu ibu boleh direndam di dalam air suam dengan suhu di bawah 40 darjah Celsius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.


Selain keperluan di atas, ibu-ibu juga perlu melengkapkan diri dengan ILMU PENYUSUAN. 
Nisah pernah kongsikan ilmu penyusuan seperti :

susu lebih pekat




UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim