nuffnang

Thursday 16 October 2014

PENTINGNYA BERSAHABAT


Assalamualaikum...

Semua manusia di dunia ini perlukan sahabat untuk dia menjalani kehidupan seharian.Tanpa sahabat, mungkin dia akan digelar "kera sumbang" oleh masyarakat. Kebanyakan masyarakat akan memilih  sahabat yang boleh mengerti dan memahami perasaan kita.

Kebanyakkan orang akan mengatakan persahabatan itu indah. Tetapi harus diingat, indah dari aspek apa? Jika indah dari aspek ke arah kemaksiatan, hindari lah. Pilihlah sahabat yang boleh mendorong anda melakukan kebaikan, yang membolehkan membawa anda ke Syurga Firdaus.

Kepentingan Memilih Sahabat







Diriwayatkan, bahawa :

Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah" (HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").


Al-Hasan Al-Basri berkata:
 "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".


Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami..

Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT Ku..
Mudah- mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..
Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..



DOA Memilih Sahabat

Ya Allah
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.

WAHAI SAHABATKU

JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)