nuffnang

Thursday 30 October 2014

Majlis Graduasi Pelajar Pendididikan Khas



 

Alhamdulillah, selesai sudah majlis besar yang ditunggu oleh setiap pelajar pendidikan khas yang telah tamat pembelajaran di sekolah. Majlis ini dianamakan Majlis Apresiasi dan Graduasi Pendidikan Khas Pasir Gudang 2014. Majlis ini telah dianjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang. Majlis ini dianjurkan bertujuan meraikan pelajar Pendidikan Khas di peringkat Pra sekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang telah tamat sesi pembelajaran di sekolah masing-masing.



Majlis ini berlangsung di Hotel Selesa di Pasir Gudang bermula jam 8.00  pagi sehingga 12.30 tengah hari. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar seperti yang dirancang dan tamat mengikut waktu yang ditetapkan.


Sesi bergambar selepas penyampaian sijil


Pelajar kami yang telibat Majlis Graduasi ini ialah Rafizie, Alia, Saniah dan Abdullah.  Pelajar Nisah Abdullah tidak dapat hadir kerana sedang menjalani rawatan buah pinggang.

Rafizie, AAlia dan Neneknya

Saniah
Mula-mula Nisah kenal Rafizie ini pada tahun lepas, budaknya tidak pernah hendak mengeluarkan suara. Bila ditanya, dia akan diam sahaja atau menjawab dengan perlahan.

ALhamdulillah, sebelum tamat sesi pembelajaran, dia sudah boleh mengeluarkan suara apabila ditanya oleh guru. Dia sudah mempunyai keyakinan diri untuk bersuara. Itu adalah kegembiran bagi kami guru-guru Pendidikan Khas. Walaupun tidak dapat menghasilkan pelajar yang memperolehi "A", tetapi kami bahagia apabila dapat mengubah tingkah laku pelajar.


Alia ialah satu-satu nya pelajar kami yang mempunyai masalah Celebral Palsy. Masalah Celebral Palsy ini ialah cacat sebelah anggota. Walaupun mempunyai kekangan dalam pergerakan, tidak menghalang bagi Alia untuk memperolehi  kemenangan dalam  pertandingan Pentaque Peringkat Daerah.


Stakat itu sahaja serba sedikit pelajar Nisah.

2 comments:

  1. Beso pahala puan dapat puan.... bukan mudah nak mengajo kanak2 ... apa lagi yang kanak2 yang istimewa.... semoga puan terus tabah mengajo anak2 istimewa ni... Tahniah puan....

    ReplyDelete
  2. Anak-anak ni istimewa sangat. Merekalah aset ibu bapa untuk ke syurga. Semoga Allah melimpahkan rahmat untuk nisah sekeluarga... amin...

    Apa Itu Gastrik? Bagaimana Merawatnya?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)