nuffnang

Sunday 26 October 2014

Barang Keperluan untuk Penyusuan



 

Assalamualaikum semua
Nisah hendak kongsikan beberapa Keperluan bagi ibu- ibu yang bekerja. Bagi ibu berkerjaya, terdapat pelbagai keperluan supaya urusan penyusuan susu ibu berjalan lancar.

Keperluan Penyusuan bagi ibu berkejaya.



1. Pam susu
 

Perkara paling penting menyediakan pam susu bersesuaian sama ada pam elektrik atau bateri yang boleh digunakan untuk mengepam secara serentak. Ini bagi menjimatkan masa ibu mengepam ketika di tempat kerja. Selain itu, ia perlu ringan dan mudah dibawa ke mana saja. Namun, jika ibu tidak mempunyai pam susu, dia masih boleh menyusukan secara eksklusif dengan memerah susu menggunakan tangan.


2. Plastik atau botol penyimpan susu

 

Plastik penyimpan susu digunakan untuk ibu me­nyimpan susu ibu yang diperah sebagai stok ketika bekerja. Penggunaan plastik susu akan mengurangkan penggunaan ruang di dalam peti ais. Susu yang diperah ketika dalam pantang tidak boleh digunakan kecuali pada waktu kecemasan seperti ketika bayi atau ibu perlu masuk ke hospital atau keluar bekerja.


3. Beg penyejuk

Beg penyejuk dan blok penyejuk digunakan untuk menyimpan susu setiap kali selepas mengepam. Beg pe­nyejuk mengekalkan suhu sejuk susu dan membuat­kannya tahan lama serta boleh terus disimpan di dalam peti ais sewaktu sampai di rumah.


4. Coli menyusu

Coli menyusu membantu mengurangkan risiko susu tersekat dengan kesalahan penggunaan coli biasa ketika menyusu. Perkara ini serius dan boleh memudaratkan. Sekiranya ibu menyusukan bayi menggunakan coli biasa, pastikan coli dibuka secara keseluruhan dan tiada mana-mana bahagian payudara yang tersekat dengan coli yang digunakan terutama bahagian getahnya.


5. Pemanas susu ibu
 

Pemanas susu ibu digunakan pada waktu siang ketika anak di bawah jagaan pengasuh iaitu selepas bayi berusia dua atau tiga bulan. Jika tiada pemanas, susu ibu boleh direndam di dalam air suam dengan suhu di bawah 40 darjah Celsius untuk mengekalkan bahan penting serta nutrisi di dalam susu ibu.


Selain keperluan di atas, ibu-ibu juga perlu melengkapkan diri dengan ILMU PENYUSUAN. 
Nisah pernah kongsikan ilmu penyusuan seperti :

susu lebih pekat




UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)