nuffnang

Tuesday 14 October 2014

ANDA TAKUT UNTUK BERUBAH??


Assalamualaikum w.b.t

Pernah dengar kata-kata ni?

‘Hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini’

Setiap hari kita akan cuba berazam berubah untuk melakukan yang terbaik dari hari semalam. Tetapi untuk berubah memerlukan keazaman yang tinggi. Selain itu, kita juga perlu istiqamah dalam melakukan perubahan supaya sejajar dengan pepatah yang kita pernah dengar.
 
BERUBAHLAH jika hati anda terdetik untuk berubah. Jangan tunggu orang sekeliling anda berubah, baru lah anda ingin berubah. Risau kematian dulu menjemput anda sebelum anda sempat berubah.
Niat untuk berubah adalah anugerah dari Allah. Selepas itu semua terpulang kepada kita sama ada hendak berubah atau tidak.

Dan ingat, jangan takut dengan apa orang lain akan cakap atau fikirkan. Itu semua sebenarnya hasutan syaitan hendak menarik kita supaya ikut dia. Kalau ada orang yang mengutuk atau bersangka buruk dengan perubahan kita, cuba abaikan kerana kita ada ALLAH yang menilai akan perubahan kita.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah Ar-Ra’d ayat 11)

Perubahan itu haruslah dilakukan secara berperingkat (tadarruj) agar berkekalan. Tidak perlu banyak tetapi berubahlah mengikut kemampuan. Perubahan yang sedikit dan berterusan itu lebih baik daripada perubahan yang drastik tetapi sekejap.

PERUBAHAN CARA BERPAKAIAN

  • Memakai tudung yang menutupi dada. Seeloknya menutupi juga bahu.
  • Memakai sarung kaki. Boleh dimulakan dengan stokin bewarna coklat muda dan bila dah biasa, sesekala cuba pkai stokin hitam kerana itu lebih baik.
  • Memakai sarung lengan apabila berbaju long sleeve yg tiada 'kaf' bagi mengelakkan lengan terdedah.
  • Elakkan memakai baju yang ketat dan singkat. Seeloknya pakai baju labuh hingga ke paha. Seeloknya dipadankan dengan kain atau skirt longgar. Jika ingin berseluar, pastikan slack nya longgar.

PERUBAHAN PERTUTURAN

STOP MENGUMPAT!!!
  • Dikira mengumpat jika bercerita tentang apa sahaja yang orang tidak suka dengar. Contohnya, cerita buruk suami, adik beradik, jiran, juga ARTIS.
STOP BERCAKAP KASAR!!!
  • Jaga bahasa. Jangan mencarut, Jangan menyumpah. Cakap dengan lemah lembut terutama dengan suami, anak-anak, rakan-rakan, jiran-jiran dan juga dengan orang yang kita TAK SUKA.

PERUBAHAN HOBI

  • Jika dulu suka beli majalah hiburan, tukar dengan beli buku-buku berkisah agama terutama buku berkaitan hijrah kehidupan.
  • Jika dulu naik kereta buka radio ERA atau SINAR FM. Tukar kepada Radio IKIM yang penuh info n takzirah keagamaan.
  • Jika dulu suka dengan LAGU2 CINTAN. Tukar dengan mendengar irama zikir yang memuji kebesaran Allah

PERUBAHAN EMOSI DAN CARA BERFIKIR

  • Setiap masa cuba tanamkan rasa REDHA atas segala yang berlaku
  • Tanamkan rasa yakin yang setiap yang berlaku ada hikmahnya.
  • Pupuk rasa sabar. Sentiasa berdoa agar Allah berikan kesabaran yang tinggi dan keredhaan atas ujian Allah.
  • Sentiasa berfikiran POSITIF dalam semua keadaan.
  • Buang sikap dan emosi negatif seperti kuat merajuk, mudah terasa, kuat cemburu, pendendam, suka mengungkit dan suka mengharap balasan. Cuba buang apa saja yg negatif dalam diri.

PERKUKUHKAN SOLAT FARDU

  • Jaga solat kita. Untuk menjaga solat, benda asas yang perlu dibuat adalah solat sendirian cukup 5 waktu sehari semalam. Ini dikira perkara paling wajib kerana solat itukan tiang agama.
  • Lepas dah cukup solat, tambahlah sekurang kurangnya satu waktu untuk solat berjemaah dengan keluarga sebab ganjarannya SANGAT BESAR.
  • Cuba sedaya mungkin untuk solat di awal waktu kerana ini adalah petua untuk kita kekal istiqomah dalam usaha mencari cahaya hidayah Allah.

SOLAT MALAM
  • Bila solat fardu itu dah cantik istiqomahnya, cuba pula untuk bangun SOLAT MALAM. Mulakan dengan solat tahajjud, solat taubat ataupun solat hajat. Insya-Allah, banyak ganjaran yang dijanjikan Allah. Buat permulaan boleh bangun jam 5pagi. Bila dh selesai solat, baca zikir memuji Allah dan berselawat ke atas nabi dan berdoa dengan sesungguh hati. Bayangkan Allah memandang kita waktu kita berdoa. Sementara tunggu subuh, jangan tidur, teruskan dengan bacaan surah Yassin supaya Allah mencukupi keperluan kita pada hari itu.
  • Bila dah biasa bangun kul 5 tu, cuba niat sebelum tidur "Ya Allah, kejutkan aku untuk solat malam...di saat doa paling mustajab".

LAZIMKAN BERSEDEKAH

Pada setiap hari, lazimkan bersedekah.
- sedekah makanan
- sedekah wang untuk pembinaan surau/masjid/sekolah/tahfiz
- sedekah ilmu
- sedekah senyuman terutama pada suami..hihi






ORANG SEKELILING PANDANG PELIK?
Rakan ofis, jiran terdekat dan keluarga kita pasti tertanya-tanya akan perubahan kita. Biarkan sahaja mereka.Teguhkan di dalam hati "Aku lakukan semua ini semata-mata kerana Mu Ya Allah"

Mungkin senang berkata tapi susah untuk melakukannya. JANGAN RISAU, sebaliknya CUBA DAHULU dan NIATKAN lah KERANA ALLAH SWT. Insya-Allah, akan dipermudahkan segala urusan.

Al-Fudail bin Iyadh berkata:
"Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah, nescaya Dia akan memperbaiki amal perbuatanmu. Sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain."


Jangan takut untuk berubah. Tabahkan hati. Kuatkan iman.


"Mujahadah itu Pahit...kerana, Syurga itu amatlah Manis"

1 comment:

  1. menjadi yang terbaik perlukan hati yang bersih dan juga jiwa yang senantiasa berpikiran positif....insaaAlah kita semua tergolong kepada orang-orang yang selalu meranjak ke perunahan kebaikan setiaphari...makn baik dan baik...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)