nuffnang

Saturday 18 October 2014

Resepi Bubur Jagung

 

Assalamualaikum..

Nisah hendak kongsikan resepi bubur jagung yang disediakan oleh emak mertua Nisah. Sudah dua hari makan bubur jagung yang mak mertua  buat. Sedap...Nisah belikan jagung di area Janglau, Rompin ketika perjalanan pulang hari tu. Jagung nya memang sedap dan manis. Apa lagi, mak mertua masak kan bubur jagung la. Jom kita lihat resepiya.

jagung sedap di janglau.
 Bubur jagung

Bahan- Bahan

5 biji Jagung
Setengah kerek gula melaka(boleh ditambah  ikut kemanisan masing-masing)
Sedikit sagu
1 biji telur
2 kotak Santan segera(saiz kecil)
Air secukupnya.
Garam


Cara-Cara nya


1. Kupas kulit jagung dan jagung dihiris halus-halus.
2.  Masukkan jagung ke dalam periuk.
3. Masukkan gula melaka,  santan dan air yang secukupnya.
4. Masak sehingga menggelegak, kemudian masukkan telur, sagu dan garam.
5. Setelah cukup rasanya, boleh la tutup api. Boleh la dihidang.
6.. Tadaa..Dah siap.. Senang kan.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)