nuffnang

Tuesday 28 October 2014

Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas 2014


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai sudah Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas 2014. Pejam celik, pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun 2014. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk tamat persekolahan tahun ini.

Ini adalah tahun kedua Nisah mengajar di SMK Pasir Gudang 2. Tahun lepas Nisah tidak dapat menyertai Jamuan Akhir Tahun sebab tengah cuti bersalin. Alhamdulillah hari ini juga, kami meraikan 4 pelajar kami yang akan tamat persekolahan kerana telah mencapai umur 19 tahun. Malangnya seorang pelajar kami tidak dapat hadir ke sekolah kerana sedang menjalani rawatan dialisis dan masih berada di hospital. Di harap mereka semua dapat meneruskan kehidupan mereka seperti pelajar normal yang lain setelah tamat persekolahan.

 Di sini Nisah sertakan sedikit gambar yerr( banyak gambar makanan je). Hehe. Gambar semasa jamuan berlangsung, semua nya sibuk makan sehingga terlupa hendak mengambil gambar.


Stew Kambing yang sedap sangat
Roti untuk dimakan bersama stew kambing

Satay


Bihun Goreng tempah jiran sebelah rumah



Hidangan untuk pelajar

Suasana kelas kami

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)