nuffnang

Sunday 26 October 2014

MENJEMPUT REZEKI VS MENCARI REZEKI

 

 Assalamualaikum semua..

Mesti semua tertanya-tanya kan. Menjemput rezeki dan mencari rezeki berbeza ke? Rasa macam sama aje. Kita selalu menyebut mencari rezeki. Padahal mencari rezeki adalah lebih sukar daripada menjemput rezeki.

Rezeki adalah hal ghaib. Kita tidah tahu bila ia akan datang. Oleh itu ramai yang percaya rezeki tidak akan datang tanpa usaha.

Fahamilah, sebenarnya rezeki TIDAK TUNDUK pada usaha yang kita lakukan kerana di luar sana berapa ramai orang yang berusaha bermati-matian untuk kaya tapi tidak juga kaya. Kerana rezeki hanya tunduk pada ketentuan Allah.

Kalau rezeki sudah ditetapkan, tidak perlu ke berikhtiar?
Kita diwajibkan berikhtiar kerana ikhtiar itu perintah Allah. Bila kita ikhtiar kita dapat pahala. Namun perlu ingat, bukan ikhtiar itu syarat bertambahnya rezeki.

Sebenarnya segalanya nampak terlalu sukar bila kita tersilap strategi dalam mendapatkan rezeki.

Jangan CARI tapi JEMPUT.

MENJEMPUT rezeki lebih mudah berbanding MENCARI rezeki.

MENCARI bermakna kita tidak tahu tempatnya. Jadi mcm2 percubaan perlu dilakukan.

MENJEMPUT biasanya kita sudah tahu tempatnya, kita tinggal jemput aje. Kalau guna cara yang betul, "dia" mesti datang.

Sekarang ini kita sudah tahu kan rezeki datang daripada Allah. PEMBERI REZEKI hanyalah Allah. Jadi tidak payah hendak pening-pening fikirkan kerja Tuhan. Bila, di mana, dari mana dan banyak mana rezeki yang bakal kita terima? Itu semua urusan Tuhan. Kerja kita cuma menjemputnya saja.

Formulanya apa?

Formulanya senang saja : Ambik lah hati Si Pemberi Rezeki. Buat lah apa yang Pemberi Rezeki suka. Pasti diberi rezeki yang melimpah ruah.

Macamana?
Belajar jadi BAIK.
Wah, betul ke hanya jadi BAIK rezeki terjamin?

Percayalah, tidak ada satu pun makhluk yg bernyawa melainkan semuanya dijamin rezeki oleh Allah. Semuanya sudah tertulis di Lauh Mahfuz.

Tetapi perlu ingat, baik itu mengikut piawaian Allah, bukan piawaian kita. Allah yang memberi rezeki jadi buat saja lah. Allah bukan suruh lakukan benda yang pelik pelik pun. Allah suruh kita jadi orang baik saja. Allah mahu hidup kita senang.

Senangkan cara nak jemput rezeki? =)


2 comments:

  1. Mulai harimu dengan Dhuha...jemput rezekimu dengan sedekah dan buat hal yang Allah suka..insaaAllah rezekimu lancar dan senang...

    ReplyDelete
  2. terima kasih hanisah untuk sharing yang berguna ini. sebagai pengingatan antara satu sama lain :)

    Jom Baca: Cara untuk atasi sembelit

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)