nuffnang

Monday 27 October 2014

Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum..

Hari ini Nisah hendak kongsikan Resepi Spaghetti Bolognese dari kakak Nisah.  Setiap tahun, ini lah salah satu menu utama untuk Hari Raya Aidilfitri kami. Memang setiap tahun ada permintaan sedara mara yang datang untuk makan Spaghetti yang kakak Nisah buat ni. Setiap tahun mesti kuantiti yang di masak oleh kakak akan bertambah sehingga kan tahun ini, dia masak pasta Spaghetti sahaja melebihi 3 kg( kena kira sendiri la berapa paket spaghetti yang digunakan).  Memang sedap. Marvelous gitu. Jom kita lihat resepi nye..

BAHAN-BAHAN


5- 6 biji bawang putih( dicincang)

1 Bawang Holland (dipotong dadu)

3-4 biji tomato segar


1 tin tomato puree
1 tin tomato sos Prego
1 tin ready cut Tomatoes


500 gram daging / ayam kisar


Lada Hitam
Oregano
Cendawan butang (dihiris halus)
Lobak (disagat)
Gula dan Garam secukupnya
1 bungkus spaghetti 


CARA-CARA MEMBUAT SOS


1. Mula-mula, tomato di celur, dibuang kulit dan dipotong dadu.

2. Tumis bawang putih sehingga layu, kemudian masukkan bawang Holland dan tumis sehingga layu.



3. Masukkan daging /ayam kisar ke dalam periuk, kemudian kaccau cepat-cepat bagi mengelakkan daging berketul. Masukkan setengah air dan kacau sehingga daging tidak berketul. Goreng daging sehingga sedikit garing.



4. Masukkan tomato segar, sos prego, tomato puri, tomato ready cut, oregano dan sedikit gula. Kemudian masukkan 2 gelas air dan kacau.

5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.

6. Kacau kuah sekali sekala dan pastikan api sederhana. Apabila sos spegeti kering 1/2 periuk, masukkan air ke kuantiti yang asal dan  masak sehingga sos pekat semula. Lagi lama tempoh sos dimasak, sos akan lebih sedap.

7. Masukkan cendawan  dan masak dalam lebih kurang 10 minit untuk memastikan sos meresap ke dalam cendawan

8. Masukkan lobak dan didihkan selama 5 minit.

9.  Tadaaa.. Sos siap  untuk di makan.


CARA-CARA MEREBUS SPAGHETTI


1. Didihkan air dan masukkan garam

2. Masukkan spaghetti mengikut masa yang telah ditetapkan mengikut jenama spaghetti atau sehingga spaghetti ala dante.

3. Toskan spaghetti dan gaul dengan extra virgin olive oil supaya spaghetti tidak melekat.

4. Letakkan sos spaghetti. Untuk menyedapkan lagi, anda boleh tambah dengan parmesan cheese.

5. Sudah boleh dihidangkan.





1 comment:

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)