nuffnang

Tuesday, 18 March 2014

Makanan Perlu Elak Ketika Menyusu

 

Assalamualaikum..
          Nisah nak kongsikan satu artikel yang nisah baca.. Artikel berkenaan menceritakan makanan yang perlu dielak oleh ibu ketika menyusu. Perlu diingat bahawa apa yang dimakan ibu akan turut dinikmati oleh bayi. Oleh itu ibu mestilah prihatin dengan pengambilan makanan mereka kerana dibimbangi makanan yang tidak berkhasiat akan mempengaruhi kesihatan bayi. Bahkan ada makanan yang kurang baik boleh menyebabkan  alergi dan masalah pencernaan kepada bayi. Sebaiknya buat satu jadual makanan yang elok dimakan dan yang perlu dielakkan, dan ditampal di kawasan dapur agar memudahkan anda.
      Berikut adalah makanan yang harus dielakkan oleh ibu menyusu.

Makanan berkafein

Seeloknya elakan terus daripada menjamah makanan ini tetapi jika anda seorang penggemar kopi, mungkin boleh mengurangkan pengambilannya setiap hari. Pengambilan makanan/minuman mengandungi kafein yang banyak akan membuatkan bayi anda sukar tidur dan mudah meragam. 

Bawang putih


Bawang putih memang ramuan untuk menyedapkan masakan tetapi jika terlalu banyak dimakan boleh mempengaruhi bau dan rasa susu anda. Tentu anda perasan kadang kala bayi seolah-olah menolak dan enggan minum susu anda. Mungkin dia tidak gemar dengan bau bawang putih yang kuat. Sudah tentu ia mengganggu kelancaran proses penyusuan susu badan secara eksklusif.

 Buah masam


Bagi ibu yang menggemari buah-buahan masam, lupakan seketika kegemaran anda jika mahu berjaya  menyusukan bayi tanpa gangguan. Jeruk, lemon, mangga muda dan asam segera tidak elok untuk penghasilan susu yang berkualiti. Biasanya rasa asam tersebut boleh mempengaruhi perut bayi. 

Kekacang


Kekacang dikatakan menjadi makanan punca alergi. Sekiranya ibu yang menyusukan bayi terlalu banyak makan kacang, tidak mustahil bayinya akan terkena masalah alergi. Oleh itu sebaiknya elakkan daripada mengudap kekacang. Seeloknya makan makanan yang kaya dengan khasiat serta boleh membanyakkan penghasilan susu seperti kismis, kurma, apricot dan bermacam lagi..
  

     Di sini Nisah nk rumuskan, pengambilan supplement bukan jalan pintas untuk membanyakkan susu tetapi untuk memastikan badan ibu sihat dan mampu merangsang penghasilan susu.. Konsep penyusuan juga perlu di fahami oleh ibu. "Lebih kerap bayi disusukan atau lebih kerap sesi perahan maka lebih banyak susu ibu dihasilkan." Pengambilan makanan yang berkhasiat juga penting di ambil oleh ibu yang menyusu

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)