nuffnang

Wednesday 11 June 2014

KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI

 

Assalamualaikum semua.

    Rasanya kebanyakkan para ibu sudah mengetahui serba sedikit kebaikan susu ibu kepada bayi. Semua ibu mengimpikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi  selama enam bulan pertama. Jika ibu berniat sedemikian, ibu perlu mempunyai ilmu dalam teknik penyusuan susu ibu. Boleh rujuk di sini tips persedian menjayakan penyusuan susu ibu dan tips tambah susu..

    Penyusuan susu ibu dapat memberikan pelbagai faedah yang sangat baik sehingga bayi anda menjangkau usia kanak-kanak.


Kelebihan susu ibu kepada bayi

Mengurangkan Jaundis

Kebanyakkan bayi mengalami masalah jaundis. Oleh itu, susu ibu dapat membantu mengurangkan jaundis yang dialami bayi.

Menstabilkan suhu badan bayi

Selain itu, penyusuan awal membantu menstabilkan suhu badan bayi. Badan anda membantu memanaskan badan bayi dengan suhu yang bersesuaian. Pemanasan badan sangat penting bagi bayi yang dilahirkan kecik atau mempunyai berat badan yang kurang daripada biasa.

Menstabilkan pernafasan bayi

Selain itu, ia juga berupaya menstabilkan pernafasan bayi. Dia akan lebih tenang, kurang tertekan dan mempunyai pernafasan dan kadar degupan jantung yang stabil. Selain itu, bagi bayi pramatang, susu ibu dapat membantu mengurangkan risiko radang usus, membantu perkembangan normal dan lain-lain.

Ketahanan tubuh


     Susu ibu memberi perlindungan awal kepada bayi sekiranya selepas lahir diberikan susu ibu. Kolostrum iaitu susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama hingga hari ketiga mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan.
    Bakteria yang berasal daripada ibu membantu mencegah jangkitan terhadap bayi. Ia membiak pada usus dan kulit bayi membolehkannya bersaing dengan bakteria-bakteria yang lebih merbahaya yang terdapat di persekitaran bayi.

Tahap Kepintaran.


    Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda. Dengan memberi susu ibu kepada bayi anda, anda sedang membentuknya menjadi seorang individu yang lebih cerdik.
    Menurut kajian yang mengaitkan susu ibu dengan IQ kanak-kanak membuktikan, penyusuan susu ibu secara eksklusif dalam jangka masa yang lama atau sekurang-kurangnya 6 bulan berupaya meningkatkan IQ individu dan menjadikan seorang yang lebih bijak kerana susu ibu meningkatkan perkembangan sistem otak dan saraf.

Pemakanan


Susu ibu adalah makanan pertama bayi dan merupakan makanan terbaik bayi. Susu ibu mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.  Selain itu, rasa susu ibu berubah mengikut apa yang anda makan. Oleh itu, ia secara tidak langsung membantu anda memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi melalui susu ibu itu sendiri.

Penghadaman


 Susu ibu sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan. Atas faktor itu, bayi lebih mudah menghadamkan susu ibu berbanding susu formula. Jadi ia mengurangkan risiko sembelit kronik, kolik dan gangguan perut yang lain.

Kesihatan


Dengan susu ibu membantu bayi mengurangkan risiko -risiko berikut:
*Jangkitan selesema, cirit-birit, dan demam.
*Obesiti pada usia kanak-kanak dan dewasa.
*Jangkitan telinga tegah
*Penyakit leukemia kanak-kanak.
*Diabetes
*Asma
*Penyakit kulit sspeti eksema.
*Masalah gigi dan gusi seperti karies gigi.
*Jangkitan seperti bronkitis dan radang paru-paru
* Serangan penyakit jantung apabila dewasa kelak.


Terdapat banyak kelebihan susu ibu ni. Oleh  itu, bagi membekalkan susu ibu kepada bayi anda selama 6 bulan atau sehingga 2 tahun, ibu perlu menjaga pemakanan. Ibu perlu mengambil pemakanan yang sihat dan mengambil makanan yang boleh membanyakkan susu seperti kurma, lobak putih, halba dan lain-lain.. Boleh rujuk disini makanan menambah susu. Terdapat juga makanan yang perlu dielakkan dalam proses penyusuan susu badan..Boleh rujuk disini makanan yang perlu dielak ketika menyusu.

Selain itu ,ibu boleh mencuba kaedah Power Pumping jika anda menghadapi susu merudum. Kaedah ini dapat membantu menghasilkan susu yang cukup kepada bayi anda. Untuk vitamin tambahan, ibu boleh mencuba Alfalfa Shaklee dan ESP Shaklee.


**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu jika mempunyai penyakit.
 ========================================================
 UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
 W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID :1099244) 
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
 FB: Hanisah Ibrahim
 =======================================================

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)