nuffnang

Thursday 6 November 2014

TIPS MEMBELI BAJU MENGANDUNG

 

Assalamualaikum semua. Hari ini Nisah hendak kongsikan tips membeli baju mengandung. Ibu yang disahkan mengandung akan mempunyai perasaan gembira teramat sangat. Perasaan ingin membeli baju mengandung dan membeli baju bayi  akan membuak-buak. Bila perut semakin membesar, anda mula berfikir-fikir untuk membeli pakaian baru. Tetapi anda perlu ingat, jangan terlalu ghairah membeli pakaian mengandung. Risau akan menyebabkan pembaziran. Jom baca tip berikut sebelum anda keterlaluan membeli-belah baju mengandung. 


TIPS MEMBELI BAJU MENGANDUNG

 
  • Kalau baru berada di trimester pertama, perut anda belum lagi membuncit, jadi anda masih boleh pakai pakaian yang biasa tetapi potongan longgar. Apatah lagi sekarang ini banyak fesyen pakaian yang boleh diubah suai mengikut kesesuaian bentuk badan. Jangan beli dulu baju mengandung
 

  • Tidak perlu terburu-buru membeli. Tunggu sehingga keadaan perut anda membesar dan tidak muat lagi pakaian biasa. Beli dalam keadaan bertenang dan sesuai dengan keperluan sama ada anda bekerja atau tidak.
 
  • Pilih pakaian yang selesa, diperbuat daripada material kain berkualiti dan sesuai untuk ibu hamil yang kerap berpeluh dan panas. 

  •  Pilih pakaian yang sesuai untuk menyusu. Ini dapat menjimatkan anda kerana anda boleh memakai lagi selepas bersalin.

  • Jangan lupakan bahagian dalam. Oleh kerana bentuk badan semakin berubah, saiz coli dan seluar dalam turut mengalami perubahan saiz. Pilih produk yang khusus direka untuk ibu hamil dan menyusu bayi selepas bersalin.
 
  • Bijak membeli. Sesuaikan perbelanjaan pakaian hamil  dengan kewangan anda. Beli mengikut keperluan, bukan keinginan. Pakaian hamil yang berkualiti tinggi akan tahan lama dan selesa dipakai.
 
  • Baju mengandung sebagai saham. Maksudnya selain dipakai ia boleh disimpan untuk kegunaan kehamilan akan datang. Oleh itu penting untuk membeli pakaian hamil yang berpotongan ringkas, klasik serta boleh disuai padan. 
 
  • Jika berani, anda boleh cuba koleksi kemeja suami. Sesuai dipadankan dengan jeans ibu hamil disamping aksesori tambahan. Pasti anda tampil menarik dan selesa. Yang penting, suami tidak marah anda memakai pakaiannya. Hehehe.

Itu sahaja tips  dalam membeli pakaian mengandung. Membeli ikut lah kemampuan, jangan ikut kehendak yang boleh membeban kan suami anda. 
Selamat membeli belah.

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)