nuffnang

Wednesday 12 November 2014

Nasi Goreng Kampung


Nasi goreng kampung memang kegemaran Nisah. Kalau pergi kedai je, mesti pesan nasi Goreng kampung. Nisah hendak kongsikan Resepi Nasi Goreng Kampung yang sedap. Boleh la cuba jika nak tahu kesedapan nya.

Bahan untuk ditumbuk lumat:

 2 ulas  Bawang Putih
2 ulas Bawang Merah (1 ulas sebesar ibu jari)
1 biji  Cili Merah (dibuang biji)
3 biji  Cili Padi (dibuang sedikit biji)
1 genggam Ikan Bilis

Bahan-bahan:

3 senduk besar Nasi Putih
1 genggam Kangkung
2 biji  telur (dimasukkan dalam mangkuk & dipukul sedikit)
1 genggam Isi Ayam dihiris keping-keping
1 genggam  Daging dihiris keping-keping
2 sudu minyak masak
1/2 cawan air
1 sudu kecil Garam
p/s: sengenggam tu  maksudnya lebih kurang segenggam kitalah.. kalau suka lebih .. masukkan lebih sedikit. kalau kurang suka.. kurangkan sedikit. Ikut citarasa anak-anak.

Cara-caranya:

 1.  Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak masak.
2. Agak panas sedikit masukkan bahan ditumbuk lumat tadi. dan kacau biar masak dan pecah minyak. Rajin-rajin kacau supaya tak hangit.
3. Masukkan daging dan kacau lagi. Kacau selama 2 - 3 minit. 
4. Masukkan air. Air tu untuk pastikan daging masak. Kacau lagi. 
5- Bila agak kering (tinggal sedikit air) masukkan ayam. Kacau lagi. Biar daging dan ayam masak.
6. Masukkan Kangkung dan kacau hingga sedikit layu (jangan layu sangat).
7. Masukkan telur dan dibiarkan lama sedikit, jangan dikacau lagi. Bila telur sudah sedikit keras baru dikacau. 
8. Masukkan nasi putih dan garam (secukup rasa). Kacau lagi.
9. Kacau selama 3 minit. Bila dah mesra ..rasa sedap. tutup api dan sedia untuk dimakan.
 
 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)