nuffnang

Sunday, 2 November 2014

Amalan- amalan pilihan ketika haid

Assalamualaikum semua. Bagi wanita di luar sana, terdapat pelbagai amalan yang boleh dilakukan ketika anda sedang haid. Nisah  nendak kongsikan amalan yang boleh dilakukan ketika anda sedang haid.

5 amalan ketika Haid


1. Amalan Hati:

  • Menghadirkan Keikhlasan- ikhlas menjalani haid dan ikhlas meninggalkan segala larangan-Nya. 
  • Berasa diawasi Allah- merasakan adanya pengawasan Allah adalah benteng kukuh yang menghalang daripada melakukan perbuatan maksiat & dosa.

  • Muhasabah- Umar al-Khattab berkata, 'Hisab dirimu di dunia sebelum kamu dihisab di akhirat, berhias dengan amalan bagi menghadapi hisab yg besar, kerana hisab orang yang menghisab dirinya di dunia akan diringankan hisab untuknya pada hari kiamat.' 
  • Mujahadah: kesungguhan menahan nafsu melakukan perkara yang tidak dinilai sebagai ibadah.
  • Meniatkan kebiasaan sebagai ibadah - maksud amalan itu adalah pelbagai aktiviti manusia yg sudah menjadi fitrah sebagai makhluk seperti makan, minum, tidur, berkumuh, dan sebagainya.

2.Amalan Lisan:

  • Membaca zikir mutlak: membaca tasbih, tahmid, takbir, tahlil.
  • Berkata perkara baik

3.Amalan Badan :

  • Senyum
  • Membantu orang lain
  • Menghadiri majlis ilmu
  • Taat kepada suami
  • Bercinta dengan suami
  • Menjauhi perbuatan yang  tidak bermanfaat


4.Ibadah dengan harta:

  • Mengeluarkan zakat,infak, dan sedekah.


5.Ibadah dengan akal:

  • Berfikir dan merenungi bukti penciptaan Allah seperti langit, bumi, bintang, dan penciptaan manusia meningkatkan keimanan.


Sekarang anda dah boleh tahu kan ibadah yang boleh dilakukan ketika anda sedang haid. Entri seterusnya Nisah akan kongsikan larangan bagi wanita yang sedan hadi.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)