nuffnang

Thursday 13 November 2014

Kelebihan bermain di luar rumah

 




Hari ini kebanyakan kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa bermain mereka dalam rumah sahaja. 
Bimbangan terhadap faktor keselamatan anak membuatkan ibu bapa lebih rela mengurung anak bermain di dalam rumah.

Hakikatnya untuk membantu perkembangan positif si anak, mereka sepatutnya didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar rumah yang lebih banyak memberi manfaat dan membantu mereka membesar sebagai anak yang kreatif, cergas dan cerdas.


Majoriti kanak-kanak sekarang kurang mengenali pasir, debu, pokok, haiwan dan bermacam lagi yang boleh diteroka di luar rumah akibat kurang bermain di luar. Sebenarnya bermain di luar rumah lebih baik berbanding membiarkan anak anda bermain gajet seharian di dalam rumah.

Kanak-kanak memerlukan rangsangan agar perkembangan otak boleh berlaku dengan sempurna. Salah satu rangsangan tersebut adalah bermain. Biarkan anak-anak bermain dengan kawan-kawan sebaya di luar rumah kerana ia membantu perkembangan sosialnya. Biarkan anak-anak berimaginasi dengan pelbagai penemuan di luar rumah kerana ia penting untuk merangsang otaknya.

 Jika anda belum mendedahkan anak-anak bermain di luar rumah, pertimbangkan hal tersebut dan berilah peluang kepada mereka meneroka dunia luar yang lebih luas dan menarik. Mungkin tip berikut berguna kepada anda.


Tetapkan masa bermain

Kanak-kanak memerlukan minimum satu jam untuk melakukan aktiviti fizikal kerana ia penting untuk kesihatan mereka. Dengan melakukan aktiviti fizikal, mereka dapat berkembang secara optimal dan sihat dan cergas. Sediakan sekurang-kurangnya satu jam untuk anak bebas bermain di luar rumah.


Jaga anak ketika bermain

Jangan biarkan anak bermain bersendirian di luar rumah. Ibu atau ayah mesti ada di sisi untuk memerhati dan memantau keselamatan anak agar dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan atau kemalangan yang tidak diinginkan.

Pastikan tempat bermain selamat

Pilih kawasan yang selamat untuk anak bermain di luar rumah. Jangan mendedahkan anak bermain di tempat yang berbahaya.

Bersihkan badan anak

Bermain di luar rumah memang mendedahkan anak kepada risiko kekotoran. Oleh itu aspek kebersihan mesti diutamakan. Badan yang berpeluh, tangan yang kotor kerana banyak menyentuh objek di luar rumah mesti dibersihkan sebaik selesai bermain kerana ia penuh dengan kuman yang berisiko menyebabkan jangkitan pelbagai penyakit.

Ingat ya papa dan mama, aktiviti luar rumah sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak. Selain itu ia dapat mengelakkan anak anda sakit. Boleh baca tips elak anak sakit

1 comment:

  1. sekarang klau bawak anak main kt luar kene pantau betul2..Macam2 bahaya sekarang

    bondaseri.blogspot.com

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)