nuffnang

Wednesday 22 October 2014

Niatkan Sedekah Al-fatihah


Assalamualaikum semua.

        Nisah nak kongsikan satu kelebihan membaca Surah Alfatihah. Bukan setakat kita membaca Al-fatihah, sebolehnya kita niatkan untuk sedekahkan Al-fatihah tersebut.  Alfatihah ni banyak kelebihan nya tetapi hari ini Nisah hendak kongsikan kelebihan Al-fatihah dalam membimbing ahli keluarga.

       Nisah kongsikan rahsia seorang bapa yang selalu mengamalkan secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

      Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Setiap kali solat, itulah ikhtiarnya disedekahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Keluarga nya hidup bahagia.


      Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

     Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

      Mulai sekarang, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

     Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah sedekahkan Al-fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak.Tidak lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga..

2 comments:

  1. Mari kita amalkan pembacaan al fatihah dalam masa kita setiap hari...kalau kita sedang duduk atau berdiri...sempatkan lah membaca alfatihah agar hati kita tenang dan tentram. Ajari anak-anak kita sedari kecil untuk membiasakan diri membaca al fatihah...agar mereka menjadi anak-anak yang sholeh dan sholeha...

    ReplyDelete
  2. betul tu..anak yang menangis boleh ditenangkan dengan bacaan al fatihah

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)