nuffnang

Monday 20 October 2014

IKAN CELUP TEPUNG BEST


Assalamualaikum semua..


Petang tadi, saja la ajak suami jalan-jalan dekat pantai sambil minum Air Kelapa dan Ikan Celup Tepung. Sebab esok kami dah nak bergerak ke Pasir Gudang Johor.

Kami singgah di Pantai Kelulut, Marang sebab dekat dengan rumah Nisah. Rasa tak lengkap kalau balik kampung tetapi tidak pergi ke pantai. Aisyah seronok la dapat keluar berjalan-jalan ambil angin pantai. Nisah  hendak kongsikan sedikit gambar disana tadi. Harga ikan Celup Tepung ini dikira murah berbanding Nisah makan di Teluk Ketapang yang berhara  RM5.00 seekor. Air Kelapa berharga RM4 sebiji, padahal dulu hanya berharga RM2 sebiji. Terlalu khusyuk makan sehingga dapat berjalan di tepi pantai hanya sekejap sahaja tadi.

Deretan gerai makan

Buah Kelapa yang masih baru
Ikan Celup Tepung (RM 3.50 seekor)

Air Kelapa (RM 4.00 sebiji)


Suasana Pantai Kelulut

Aisyah yang bergambar atas bot.

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)