nuffnang

Sunday 7 December 2014

Kepentingan DHA Untuk Minda Kanak-Kanak

DHA

Dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut? Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas?

DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh.
DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
 
Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:
*Meningkatkan daya fokus
*Perkembangan otak yang baik
*Menajamkan penglihatan
*Meningkatkan sistem imun
*Mencegah ekzema
 
Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:
*1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.
*2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.
*4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.
 
Makanan yang kaya DHA:
*Ikan laut seperti tuna, salmon, trout, sardin, ikan bilis mengandungi  10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber makanan yang bukan berasal dari laut seperti kacang, bijirin penuh dan sayuran hijau.
*Telur, ayam, kekacang, sayur-sayuran seperti brokoli dan alga.

Sumber:Pama

Alhamdulillah Omega Guard Shaklee mengandungi 120 mg DHA. Boleh baca artikel saya sebelum ini Fungsi Omega Guard. Dengan pengambilan Omega Guard dapat membekalkan DHA yang mencukupi buat kanak-kanak anda.
Memang terdapat pelbagai minyak ikan di pasaran, tetapi mesti akan memilih minyak ikan yang terbaik kan. Anda boleh baca artikel kenapa minyak ikan Omega Guard berkualiti tinggi berbanding minyak ikan lain di pasaran.

 Jika berminat hendak tahu lebih lanjut berkaitan Omega Guard boleh menghubungi saya. Saya sedia membantu anda.





Berminat untuk Menjadi ahli Shaklee?


 Untuk maklumat lanjut sila klik link dibawah ini.


 



UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244) 
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
 FB: Hanisah Ibrahim 

2 comments:

  1. DHA memang penting untuk perkembangan otak anak-anak. Masa menyusu pun dah boleh ambil omegaguard. plus boleh kurus sekali :)


    Khasiat Teh Jasmin Dalam Teh Hijau

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)