nuffnang

Monday 15 December 2014

Tips Mudah Kupas Kentang

 
Nisah ada terbaca 1 tips mudah untuk mengupas kentang. Sebelum ini Nisah hanya tahu cara merebus saja yang dapat memudahkan mengupas kentang. Hari ini Nisah hendakkan kongsikan cara mudah mengupas kentang.

Kadang kala kita sangat mengejar masa dalam menguruskan rumah tangga. Jika boleh setiap wanita ingin memasak untuk keluarga setiap hari. Namun, adakalanya ia gagal dilakukan berikutan kesuntukan masa terutama apabila bahan masakan semuanya memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.
 
Ubi kentang antara bahan masakan yang sedia ada di rumah dan boleh dimasak pada bila-bila masa. Tetapi ubi kentang agak memakan masa kerana prosesnya yang lambat dan perlu dilakukan dengan teliti dan bersih. Sebenarnya ada petua mengupas ubi kentang dengan mudah dan menjimatkan masa.
 
Caranya iaitu masukkan garam dalam air dan rendamkan ubi kentang dalam air garam semalaman. Bilas dan kupas seperti biasa kerana ia menjadi semakin mudah. Dengan cara ini dapat  menjimatkan masa dalam menyediakan bahan untuk memasak. Selain itu kemanisan kentang masih dapat dikekalkan ketika sesi memasak nanti,

 Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)