nuffnang

Tuesday, 25 November 2014

Petua Menghilangkan Batuk bagi Bayi dan Kanak-Kanak

 

Hari tu anak Nisah kena batuk dan selesema, kesian tengok dia tidur malam lena. Anak Nisah ini dia akan mudah kena selesama bila cuaca sejuk sikit dan terkena kipas bila tidur malam. Nisah hendak kongsikan sedikit petua untuk menghilangkan batuk bayi dan kanak-kanak.
 

 

Petua untuk hilangkan batuk Bayi & Kanak-kanak


1. Madu asli - hanya satu sudu kecil (gunakan sudu plastik yer..), sekiranya terlalu pekat, boleh dicampur dengan air sedikit.

2. Kunyit hidup atau bawang putih - Gosok kunyit hidup kat mana-mana permukaan kasar untuk dapatkan serbuk. Serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak dan disapukan ke dada bayi. Kalau nak guna bawang putih pula, bakar sikit bawang putih tu tapi jangan sampai hangit. Then gosok atau hancur-hancurkan dan dicampur dengan minyak masak barulah disapu ke dada.
 

3. Daun kaduk -  Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut. 
 
,

4. Kismis -  Bagi kanak-kanak yang dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. 
 

5. Pucuk ubi - Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur sirih dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air. Ambil air tersebut dan sapukan dileher dan dada.

6. Daun bunga tahi ayam -  Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

7. Gula melaka -  Bagi kanak-kanak yang dah boleh mengunyah, ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula.


Yang biasa Nisah guna madu la.. Pagi-pagi Nisah akan bagi sedikit madu untuk Aisyah. Madu boleh membuatkan badan panas. Mudah la sikit sembuh selesema nya. Ada sesetangah mengatakan madu tidak sesuai untuk bayi. Tapi Nisah pegang pada madu itu Sunnah Nabi. Niatkan Madu itu sebagai penawar. Insya Allah dengan izin Allah akan jadi ubat.

Selamat Mencuba yer...


 
 
Berminat hendak menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.



UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244) 
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
FB: Hanisah Ibrahim

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)