nuffnang

Saturday, 15 November 2014

10 KESALAHAN KETIKA BERDIET



Kesalahan yang sedikit ketika mengamalkan diet sebenarnya boleh menghancurkan usaha anda untuk mencapai berat badan ideal. Jika skala berat badan tetap atau hanya turun sedikit, anda boleh sahaja melakukan salah satu daripada 10 kesalahan terbesar dalam penurunan berat badan seperti berikut:

1.            Diet yang tidak sihat

Disebabkan keterlaluan mahu turunkan berat badan dengan cepat, anda memilih melakukan diet tidak sihat. Anda langsung tidak makan apa-apa kecuali buah anggur dan sup sayur kubis setiap hari. Anda memotong kalori harian anda secara berlebihan (sehingga lebih dari 1000 kalori) dan tentu sahaja berat badan anda akan turun mendadak.

Tetapi, ia melatih sistem metabolisme anda bekerja lebih lambat lagi. Ketika diet sudah selesai, tubuh anda akan membakar kalori dengan lebih lambat, dan berat badan akan bertambah lebih cepat daripada sebelumnya.


2.            Mengelakkan sarapan pagi

Menghindari sarapan kelihatan seperti cara yang baik iaitu anda memotong jumlah kalori anda, namun anda akan berterusan kelaparan  sepanjang hari. Ia akan membuat anda memakan snek ketika bekerja di pejabat, atau makan tengahari dengan kuantiti yang lebih banyak lagi.

Sarapan pagi dengan makanan yang mengandungi protien dan serat tinggi boleh mengurangi rasa lapar sepanjang hari. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil sarapan pagi lebih mudah untuk mempertahankan berat badan yang sihat.




3.            Keinginan makan kudap-kudapan

Mungkin anda menghitung kalori makan pagi, siang dan malam dengan sangat teliti. Tetapi bagaimana dengan jumlah kalori di antaranya? Ada banyak kuih-muih di atas meja kerja dan tidak cukup dengan itu, sepotong aiskrim menjadi snek anda pula. Semua ini sebenarnya boleh merosakkan diet anda. Jika serius menghitung jumlah kalori, anda boleh menggunakan buku catatan untuk menghitung setiap kalori yang masuk ke tubuh anda.

4.            Langsung tidak makan snek

Bukan hanya makan snek tanpa aturan yang boleh merosak diet, tetapi langsung tidak mengambil snek juga boleh mengakibatkan hal yang sama. Beberapa kali makan snek dengan kuantiti yang kecil setiap hari juga boleh membantu mengawal rasa lapar anda, sekaligus menurunkan berat badan yang anda mahu.

Snek membantu kerja sistem metabolisme khususnya jika snek yang kaya denga  protein seperti kacang. Kajian menunjukkan orang yang menggunakan kacang sebagai snek cenderung lebih langsing daripada mereka yang tidak.



5.            Keterlaluan mengambil  makanan rendah lemak

Produk-produk yang rendah lemak memegang peranan penting dalam diet anda. Ingat, rendah lemak tidak sama dengan rendah kalori. Jika anda makan sepiring penuh kuih-muih yang rendah lemak tetapi mengandungi lebih banyak kalori, ianya tidak akan membantu anda. Cara terbaik untuk mengetahui jumlah lemak, gula serta kalori yang anda ambil adalah dengan memeriksa label kandungan nutrisi.

6.            Minum terlalu banyak kalori

Sibuk menghitung jumlah kalori di dalam makanan, tetapi anda terlupa minuman juga mempunyai kalori yang tinggi. Anda melakukan kesalahan besar jika mengira hanya kopi dan minuman beralkohol yang mengandungi lebih dari 500 kalori. Kalori dalam buah dan soda juga boleh meningkat dengan cepat. Lebih teruk, kalori cair tidak akan memuaskan rasa lapar. Kuantiti makan anda juga tidak akan berkurang setelah minum minuman yang berkalori tinggi.

7.            Terlalu sedikit minum air

Ini merupakan kesalahan terbesar yang paling mudah diperbaiki. Air sangat penting untuk membantu membakar kalori. Jika anda membiarkan diri anda dehidrasi, metabolisme terganggu dan akan menyukarkan penurunan berat badan seperti yang anda kehendaki.



Kajian menunjukkan orang dewasa yang minum 8 gelas atau lebih air setiap hari membakar lebih banyak kalori daripada mereka yang minum lebih sedikit. Jadi, cubalah untuk minum lebih banyak ketika makan atau mengambil snek.

8.            Produk susu

Susu, keju dan aiskrim merupakan makanan paling perlu dielakkan ketika melakukan diet. Beberapa kajian menunjukkan tubuh membakar lebih banyak lemak ketika tubuh mendapatkan kalsium yang cukup dan mengeluarkan lebih banyak lemak saat tubuh kekurangan kalsium. Pakar diet menyarankan susu tanpa lemak atau rendah lemak, keju serta yogurt sebagai pilihan yang baik.

9.            Menetapkan sasaran yang tidak realistik

Jika ingin menurunkan berat badan 10kg dalam seminggu, bererti anda tidak mengukur baju di badan sendiri. Jika anda tahu anda tidak mungkin melakukannya, pasti anda langsung tidak akan memulakan diet. Jika anda benar-benar berdiet dan hanya turun 5kg, anda tidak akan bergembira tetapi anda semakin kurang bersemangat dengan hasil yang anda capai.



10.          Menghindari olahraga

Kalau tidak melakukan olahraga, bererti anda menempatkan semua beban penurunan badan anda pada diet pemakanan. Padahal jika lebih aktif berolahraga, anda boleh mengambil lebih banyak makanan yang anda suka namun tetap dapat menurunkan berat badan.
SUMBER:nadcantek
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244) CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga FB: Hanisah Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)