nuffnang

Friday, 7 November 2014

Cara Elakkan Serangan Jantung Tiba-Tiba. Tau-tau Innalillah


 

Asid lemak Omega 3 adalah sejenis lemak yang baik. Ia bertindak membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, Dementia dan artritis. Badan anda tidak dapat menghasilkan sendiri tetapi perlu diambil daripada pemakanan anda atau dengan pengambilan makanan tambahan.

Asid lemak Omega 3 mempunyai lebih daripada satu bentuk. Jenis yang ditemui di dalam ikan yang dikenali sebagai Docosa Hexanoic Acid (DHA) dan Eicosa Pentanoic Acid (EPA) yang mempunyai banyak kebaikan. Bentuk lain yang dikenali sebagai Alpha Linolenic Acid (ALA) yang diperolehi daripada minyak sayuran,walnut, flaxseed, dan sayuran berdaun gelap seperti bayam. Badan boleh mengubah  sedikit ALA menjadi EPA dan DHA tetapi tidak begitu baik.

 Bagaimana Omega Melawan Penyakit.


Asid lemak Omega 3 membantu jantung anda dalam beberapa cara. Ia mengekang radang dalam saluran darah (dan seluruh badan anda). Pada dos yang tinggi, ia juga boleh membuat ritma jantung yang tidak normal dan berkemungkinan menurunkan tahap lemak darah yang dipanggil triglycerides. Akhirnya, ia boleh memperlahankan pembentukan plak di dalam saluran darah.


Kelebihan Omega 3 kepada jantung anda

  • Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  • Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  • Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  • Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  • Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  • Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  • Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  • Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).

Jika anda seorang Pesakit Jantung 

Menurut Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan 1 gram sehari daripada EPA dan DHA di ambil bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung. Pegambilan minyak ikan adalah terbaik bagi membantu melindungi jantung anda. Beberapa kajian menunjukkan, pengambilan omega 3 yang berterusan dapat mengurangkan serangan jantung dan kematian akibat serangan jantung. 

Omega Guard keluaran Shaklee adalah minyak ikan yang terbaik yang mempunyai Omega 3. Kandungan Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard sebanyak 330 gram setiap kapsul. Dengan pengambilan 3 kapsul setiap hari dapat membekalkan 990 mg pada tubuh badan anda. 

omega Guard baik untuk jantung
Kandungan Omega 3


Bagi mengelakkan serangan jantung berlaku pada diri anda atau saudara terdekat anda, jom dapatkan sekarang Omega Guard. 
Shaklee menawarkan pembelian 6 botol percuma 1 botol atau pembelian 2 botol diskaun 5%.  



Anda mungkin berminat membaca:




UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244) 
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
FB: Hanisah Ibrahim

8 comments:

  1. Orang muda pun ada potensi nak kena serangan jantung gak ke?

    ReplyDelete
  2. Serangan jantung ni bukan kita boleh agak bila nak berlaku. Tau2 je kena. Baik cegah dari mengubati. Betul x?

    Jemput baca>>>APA ITU JAUNDIS?

    ReplyDelete
  3. kalau kadar kolestrol tinggi dalam darah.. ianya tidak mustahil.. sebainya mencegah kalau dpt tau kndungan kolestrol tinggi..
    CARA MENGHILANGKAN BINTIK KOLESTROL DI BAWAH MATA

    ReplyDelete
  4. Risau serangan jantung ni..lg2 pmakanan kte skrg..mencegah lbh baik dr merawat..dptkn omega skrg..

    Ketahui tips asas banyakkan susu ibu

    ReplyDelete
  5. Semua ada risiko serangan jantung, lebih2 lagi yang ada kolesterol tinggi, tak semestinya orang gemuk je, orang kurus pun ada risiko jugak..jadi lebih baik kita sama2 cegah sebelum terlambat

    15 JENIS MAKANAN UNTUK TINGKATKAN SISTEM IMUN ANAK

    ReplyDelete
  6. Cegah sebelum terlambat kan...bila dah kena susah nak mearawat

    ATASI ANAK KERAP SAKIT DI TASKA

    ReplyDelete
  7. Risiko serangan jantung tak kira tua atau muda. Cegah sebelum terlambat

    Suplemen tambahan untuk anak elak jangkitan penyak...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)