nuffnang

Friday, 14 November 2014

Panduan memilih Supplement


Anak -anak yang sedang membesar kebiasaan nya mempunyai selera makan yang kurang. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak kurang mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk perkembangan anak-anak. Semestinya setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. 

Adakah anak-anak perlu diberi makanan tambahan seperti vitamin atau cukup sekadar menggalakkan mereka mengambil makanan berkhasiat semula jadi sahaja? 
Semestinya pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah perkara penting untuk memastikan anak-anak membesar dengan baik. Tetapi apabila anak-anak memilih untuk hanya makan ayam atau telur tanpa menghiraukan sayur yang ada di dalam pinggan mereka, oleh itu makanan tambahan perlu diberikan kepada mereka.


Pemilihan makanan tambahan yang betul adalah penting bagi memastikan anda tidak tersalah memberikan makanan tambahan yang tidak baik. Jika anda ingin memberikan anak-anak makanan tambahan, ada beberapa perkara perlu diambil perhatian.

Panduan Pemilihan Makanan Tambahan

  1. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada mengundang kesan sampingan tanpa anda sedari.
 
  1. Makanan tambahan atau suplemen yang akan diberikan kepada anak-anak anda perlulah diperbuat daripada bahan semula jadi yang sesuai dan selamat untuk mereka.
 
  1. Makanan tambahan seperti vitamin hanya diberikan bila anak-anak perlukan sahaja. Nutrien yang berlebihan boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak anda kelak.
 
  1. Makanan tambahan atau suplemen yang diberi kepada mereka mengandungi spektrum nutrusi yang penuh mengikut kesesuaian umur mereka.
 

Vitamin dan mineral yang diperlukan anak-anak:


Vitamin A – Untuk kesihatan mata. Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.

Vitamin B1 – Membekalkan tenaga kepada badan. Sumber daripada gandum, daging dan susu.

Vitamin B2 – Membekalkan tenaga. Sumber daripada susu, daging dan ikan.

Vitamin C – Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.

Kalsium – Pembentukan tulang dan gigi. Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.
 
Alhamdulillah, produk Shaklee adalah diperbuat dari bahan semulajadi, selamat dan berkesan buat kanak-kanak.
Mealshakes mengandungi kesemua vitamin yang diperlukan oleh badan. Mealshakes lengkap dengan 9 asid amino penting. Ia juga mengandungi vitamin A, C, E, mengandungi Vitamin B, Dietry Fiber, Kalsium Magnesium dan lain-lain. 
Anda boleh lihat artikel sebelum ini berkaitan Kandungan Mealshakes
 
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244) 
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
FB: Hanisah Ibrahim

1 comment:

  1. mealshakes memang best.. anak2 akak pon ambil untuk tambah selera makan dorang

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)