nuffnang

Tuesday, 4 November 2014

Kehilangan Adik Rafiqin Terjawab



AL FATIHAH buat adik Rafiqin yang ditemui Telah Meninggal Dunia setelah hilang di Taman Lipur Sekayu sejak sabtu lalu.


Hulu Terengganu : Mangsa hilang di Hutan Lipur Sekayu, Ahmad Rafiqin Azman,16 telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat sekitar jam 4.00 petang tadi. Beliau yang hilang sejak 1 November lalu ketika ditemui telahpun meninggal dunia.

Dari keadaan mayat yang ditemui, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam.

Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat.

Dalam keadaan hujan yang lebat, operasi membawa turun mangsa menjadi sedikit sukar dan memakan masa hampir 3 jam dengan laluan yang licin dan lembap.

Suasana sayu menyelubungi kawasan operasi SAR apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja pasukan SAR membawa turun jenazah. Mangsa dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.


Rentetan kejadian:


  • Pada 1 November, adik Rafiqin telah menyertai pertandingan Maraton Sekayu yang dianjurkan oleh Kem Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Terengganu.
  •  Pertandingan bermula jam 8 pagi yang disertai seramai 540 peserta. Jarak yang dilalui sejauh 12 KM
  • Kehilangan adik rafiqin sedari setelah beliau tidak menamatkan pertandingan.
  • Setelah disiasat, dipercayai adik Rafiqin hanya melalui Check Point 1 sahaja.
  • Dikatakan tempat terakhir yang dilalui adik Rafiqin


  • Misi mencari adik Rafiqin dimulakan dengan pasukan anjing pengedan PDRM dan Bomba. Jumlah anggota yang digerakkan untuk SAR ialah 40 Orang termasuk 16 anggota bersama 2 ekor anjing pengesan

  •  Setelah gagal mengesan adik Rafiqin, misi mencari adik rafiqin diteruskan keesokkan hari.

  • Kumpulan Ustaz Darulsyifa turut membantu mencari adik Rafiqin

  • Pada 4 November, adik Rafiqin ditemui pada jam 4.00 petang, tetapi Allah lebih menyayangi adik Rafiqin
 
Takziah buat keluarga mangsa. 
Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara sebenar kejadian kehilangan adik Rafiqin. Wallahualam.

7 comments:

  1. Allah.. kesiannya dia.. Allah lebih sayangkan dia.. al-fatihah..
    CARA RAWAT SAKIT ASMA KANAK-KANAK

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiun..... Allah lebih menyayanginya...

    Cara Merawat Alahan Kulit Bagi Kanak-kanak

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah.semoga keluarga tabah

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun....semoga keluarganya tabah

    ANAK BIJAK DENGAN OMEGA

    ReplyDelete
  5. Al fatihah buat Arwah adik Rafiqin semoga dditempatjan dikalang orang yang soleh. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi apa yang terjadi..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)