Hari tu anak Nisah kena batuk dan selesema, kesian tengok dia tidur malam lena. Anak Nisah ini dia akan mudah kena selesama bila cuaca sejuk sikit dan terkena kipas bila tidur malam. Nisah hendak kongsikan sedikit petua untuk menghilangkan batuk bayi dan kanak-kanak.
Petua untuk hilangkan batuk Bayi & Kanak-kanak
1. Madu asli - hanya satu sudu kecil (gunakan sudu plastik yer..), sekiranya terlalu pekat, boleh dicampur dengan air sedikit.
2. Kunyit hidup atau bawang putih - Gosok kunyit hidup kat
mana-mana permukaan kasar untuk dapatkan serbuk. Serbuk kunyit tu
dicampurkan dengan minyak masak dan disapukan ke
dada bayi. Kalau nak guna bawang putih pula, bakar sikit bawang putih tu
tapi jangan sampai hangit. Then gosok atau hancur-hancurkan dan dicampur
dengan minyak masak barulah disapu ke dada.
3. Daun kaduk - Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut.
4. Kismis - Bagi kanak-kanak yang dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.
5. Pucuk ubi - Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur sirih dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan
hingga keluar air. Ambil air tersebut dan sapukan dileher dan dada.
6. Daun bunga tahi ayam - Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.
7. Gula melaka - Bagi kanak-kanak yang dah boleh mengunyah,
ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda
dan makan seperti gula- gula.
Berminat hendak menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
FB: Hanisah Ibrahim
Wahh info yang sangat bermanfaat sekali ...terima kasih dear...
ReplyDeleteRawat kayap segera sebelum terjadi komplikasi yang teruk