nuffnang

Thursday 28 August 2014

Langsai hutang PTPTN dengan shaklee?

Assalamualaikum semua..


Pada umumnya ramai yang telah atau masih lagi belajar dan dibiayai oleh pinjaman .Tidak kira lah sama ada PTPTN ,MARA, Tabung Pendidikan atau sebagainya . Namun realiti kini peluang pekerjaan dan kos yang diambil oleh sebilangan pelajar tidak banyak dan sangat terhad tetapi hutang pembiayaan tersebut tetap harus dibayar selepas genap 6bulan tempoh tamat pengajian *bergantung kepada pembiaya pinjaman* . Ini secara tidak langsung akan menjadi beban UTAMA dikalangan remaja yang berumur 21 ke atas yang sekurang-kurangnya bergraduat sebagai penerima sijil dan diploma.


Di bawah adalah petikan dari Harian Metro terbitan 7 Ogos 2014 mengenai Perangkap HUTANG.

 " Perangkap hutang "


Amalan menabung mempunyai banyak kebaikannya. Selain dapat menyediakan kewangan masa depan, tabiat menabung yang diajar sejak kecil membantu mengelakkan pembaziran dan mencegah tabiat berhutang.Namun, amalan baik yang disemai sejak kecil itu tidak menjanjikan mereka bebas daripada hutang. Ada sesetengah individu berhutang kerana mengambil mudah masalah berkenaan.

Ia disebabkan mereka tahu ada banyak agensi mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedia membantu menyelesaikan masalah hutang yang dihadapi.Ada orang berhutang kerana mahu menunjuk-nunjuk dan tidak kurang juga disebabkan terpaksa untuk memenuhi tuntutan hidup.

Namun sedarkah kita, berhutang bukan saja membebankan diri sendiri malah ia juga boleh mengganggu perasaan jika jumlah hutang yang dipinjam agak besar dan sukar dilunaskan dalam tempoh ditetapkan.Perancangan kewangan yang lemah dan tabiat berbelanja tidak mengikut kemampuan adalah faktor utama bertambahnya bebanan hutang serta ketidakupayaan membayar balik pinjaman. Bukan hanya golongan dewasa, ada juga generasi muda yang terjebak dalam kancah hutang termasuklah mereka yang baru menjengah dunia pekerjaan.


Soalan (S): Mengapa kebanyakan kita gemar berhutang walaupun untuk membeli barangan yang tidak penting?

Jawapan (J): Mereka yang berhutang biasanya disebabkan oleh lima perkara iaitu personaliti, pengaruh persekitaran, promosi, pujian dan perasaan serta ‘pokai’.

1. Personaliti
Tabiat semula jadi yang suka berhutang. Ia menjadi kebiasaan kepada individu berkenaan apatah lagi jika sering melihat ibu bapa, adik-beradik dan saudara-maranya yang berhutang untuk memenuhi kehendak diri.

2. Pengaruh persekitaran
Rakan sebaya dan juga persekitaran atau situasi di sekeliling mereka menjadikan hutang sebagai gaya hidup. Keadaan bertambah buruk jika ada rakan yang turut memberi galakan berhutang bagi membeli barangan dikehendaki seperti kereta, kononnya untuk memastikan diri sama taraf dengan kerjaya masing-masing.

3. Promosi
Sesetengah institusi kewangan dan syarikat tertentu menyasarkan golongan muda dan berkerjaya sebagai pelanggan. Promosi secara besar-besaran dijalankan bagi menarik perhatian golongan muda membeli menggunakan kad kredit atau cara berhutang yang lain. Pelbagai taktik digunakan oleh jurujual dalam merencanakan promosi ini sebagai strategi menarik golongan muda menggunakan kad kredit.

4. Pujian dan perasaan
Darah muda, memang suka pujian dan terdorong untuk kelihatan anggun, cantik serta bergaya selaras dengan usia muda dan kerjaya. Disebabkan itu, eksekutif muda wanita dan lelaki berlumba-lumba membeli barangan berjenama yang bukan murah harganya.

Bagi mereka, ‘biar papa asal bergaya’ bagi menjaga penampilan untuk kekal menarik. Akhirnya, individu yang suka berbelanja tanpa mengikut kemampuan terjebak di dalam kancah hutang yang serius.

5. Kehabisan wang atau ‘pokai’
Disebabkan kehendak hati untuk tampak mewah, mereka sanggup berhutang walaupun sedar diri kurang berkemampuan. Bertambah teruk apabila jumlah gaji yang diperoleh setiap bulan tidak mencukupi.

Untuk menyelesaikan masalah hutang yang ditanggung, wujud gejala ‘gali lubang, tutup lubang’, iaitu mencipta hutang baru untuk membayar hutang lama.

Tidak salah memilih gaya hidup yang dikehendaki, tetapi ukurlah baju di badan sendiri, jalan mana yang hendak anda lalui sama ada jalan menuju kebahagiaan atau kesengsaraan.

Namun begitu, ada juga mereka ini yang berhutang disebabkan terpaksa seperti ditimpa kemalangan, membayar perubatan diri serta keluarga, bencana alam dan sebagainya.


S: Apakah jenis hutang yang biasa menghantui golongan muda?

J: Ada dua jenis pinjaman iaitu bercagar dan tidak bercagar. Pinjaman bercagar adalah pinjaman kenderaan atau sewa beli kereta.

Pinjaman tidak bercagar adalah seperti kad kredit dan pinjaman peribadi. Kebanyakan hutang dalam kalangan generasi muda adalah pinjaman tidak bercagar. Mengikut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, pinjaman sewa beli adalah penyumbang terbesar kepada kadar kebankrapan.


S: Bagaimanakah cara pengurusan hutang yang betul?

J: Cara atau kaedah berhutang yang betul ialah dengan membuat hutang yang produktif. Misalnya, hutang untuk melanjutkan pelajaran, membeli rumah atau hartanah dan modal perniagaan.

Jumlah yang dipinjam juga sangat penting bagi memastikan seseorang itu mampu membuat bayaran balik. Penghutang disarankan membuat bayaran ansuran pinjaman tidak melebihi 40 peratus daripada gaji bersih setiap bulan.

Selain itu, pembayaran semula hutang mengikut jadual yang ditetapkan membantu mengelakkan penalti dan caj tambahan lain.

Sekiranya kita menghadapi masalah dalam pembayaran balik pinjaman, segeralah berjumpa dengan institusi kewangan dan berbincang. Berdiam atau melarikan diri bukan satu penyelesaian yang baik.


S: Bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada berhutang?

J: Setiap individu tidak dapat mengelakkan diri daripada berhutang, bezanya adalah alasan untuk berhutang. Jika kita bijak dalam menguruskan hutang pasti ia tidak memberi kesan negatif kepada diri sendiri dan keluarga.

Sebaiknya, kita perlu bijak membezakan keperluan dan kehendak, merancang pembelian serta elakkan pembelian secara mendadak.

Amalkan gaya hidup sederhana dan sentiasa beringat untuk menabung sebahagian daripada pendapatan bagi menghadapi situasi kecemasan seperi sakit, hilang pekerjaan dan sebagainya.
 Untuk mereka yang dibebani hutang ... boleh log on  www.akpk.org.my untuk lebih lanjut. 


Bagaimana Shaklee dapat membantu? Adakah Shaklee Pemiutang?

Jawapannya sama sekali TIDAK. Tegas saya nyatakan disini Shaklee bukan badan NGO ataupun  AHLONG yang berdaftar tetapi kami memberi jalan penyelesaian kepada bebanan hutang yang bertimbun-timbun tu dengan BERNIAGA. 



perniagaan sunnah nabi & perniagaan juga dituntut dalam islam 

  • Berniaga itu adalah Fardhu Kifayah
  • Berniaga itu adalah sistem muamalat iaitu sistem memberi 
  • Setiap perkara berniaga wajib berlandaskan dan rujuk dengan hukum syarak.
  • Islam pandang tinggi pada peniaga dan usahawan.
Dalil Al Quran tentang perniagaan ,Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)
Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)

  • Rasulullah s.a.w berniaga dan sebelum usia baginda mencecah 25 tahun baginda telah pun bergelar jutawan.
Kelebihan menjadi ahli Shaklee atau Shaklee Independent Distributor?
  1. Membeli barangan shaklee dengan harga ahli sehingga 15%
  2. Diberi bimbingan kerohanian dan pemasaran dari A-Z
  3. Urusniaga secara online dan HQ sahaja(tiada dropship).
  4. Keuntungan dan bonus bulanan adalah milik SID 100% 
  5. Peluang menjadi Supervisor - Master Coordinator walaupun tiada pengalaman TETAPI ada IMPIAN.
  6. Tidak perlu mencari 'kepala' untuk berjaya hanya dengan jualan yang dapat menentukannya.

Kriteria seorang graduan/remaja/surirumah/partimer yang dicari
  1. Seorang yang berjiwa cekal dan tabah.
  2. Penyabar dan gigih berusaha.
  3. Mempunyai akses internet.
  4. Seorang yang tidak cepat mengalah.
  5. Rajin belajar dan mahu diajar.
  6. Minat berniaga tetapi tiada modal dan TIDAK mahu rugi.
  7. Kemahuan yang tinggi untuk mencapai sesuatu.
  8. Graduan yang belum berkerjaya dan masih menganggur? Ini peluang anda untuk Berbisnes.
  9. Partimer juga dialu-alukan.
  10. Surirumah sepenuh masa dan yang berkerjaya juga dijemput untuk menyertai kami.


Bagaimana caranya Shaklee membantu?

Mari bersama kami .. Jadi ahli Shaklee dengan bermodalkan RM75 sahaja untuk seumur hidup tanpa memerlukan simpanan barang atau mencari 'Kepala' untuk kekal dalam Shaklee tetapi hanya perlu berniaga secara telus dan tidak prejudis serta HANYA didalam online kelas bimbingan setiap masa oleh master-master dan jutawan Shaklee yang sememangnya pemurah.

atau Mahukan Keahlian Percuma? 



UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244) 
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
FB: Hanisah Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)