nuffnang

Thursday 28 August 2014

9 Tips Untuk Cantik yang Perlu Dilakukan Sebelum Tidur

asalamualaikum dan selamat petang semua,

petang yang santai ini Az nak kongsi sikit tips dan tricks yang boleh kita lakukan untuk mempelbagaikan lagi rutin kecantikan kita sebagai wanita. Tips-tips ini khusus dilakukan pada sebelah malam sebelum tidur, kiranya dah macam sleeping beauty gitu gayanya..wahhhh tak sabar kan..

1) sebelum tidur, sapulah vaseline di tapak kaki dan kemudiaan pakailah stoking ketika tidur. Stoking membantu kita untuk mengikat kelembapan kaki dan apabila kita bangun esok paginya sudah pasti tapak kaki kita akan bertambah lembut dan licin. Tiada lagi tumit-tumit pecah tau. 

2) Jika mata kita selalu bengkak dan hitam selepas bangun pagi,terdapat cara untuk mengurangkannya. Tambah bantal tidur di bawah badan kita, kerana ia membantu cecair sekitar mata kita untuk mengalir lebih mudah dan bengkak bangun pagi dapat dikurangkan. Dan yang pasti jangan lupa pakai cream mata sebelum tidur tau.

3) Bagaimana pula untuk mencegah kedutan? tahukah kita, tidur di atas sarung bantal kapas boleh menyebabkan kulit di wajah kita berkedut dan berlipat. Oleh itu apa kata melabur lah sikit beli sarung bantal satin atau sutera. Sudah pasti tidur kita akan lebih lena malahan ia mengurangkan tekanan pada kulit dan membantu mencegah kerosakan rambut.

4)  untuk tips memutihkan gigi pula, letak secubit baking soda di atas ubat gigi lalu gosok lah gigi seperti biasa. ingat! secubit sahaja tau jangan lebih. Pastikan anda membilas mulut anda dengan teliti selepas itu. Ini akan menjadikan gigi kita putih bersinar dan ia perlulah dilakukan sekali sekala sahaja sebagai contoh seminggu sekali sahaja. Setelah mendapat gigi yang putih, aktiviti ini boleh dihentikan.

5) pada waktu malam juga merupakan waktu terbaik untuk menggunakan produk-produk muka yang mengandungi retinol dan vitamin c.Ia bekerja dengan lebih efektif kerana tiadanya cahaya matahari.

6) Baking soda face scrub. Sebelum tidur apa kata ambil sedikit baking soda dan campur dengan sedikit air agar ia bertukar menjadi pes. Kemudian tempek lah di kawasan muka kita, biarkan selama beberapa minit kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Kita pasti akan merasa lebih segar dan pori-pori di wajah pasti tertutup lebih rapat. 

7) Nak dapatkan bulu mata yang hitam dan panjang? apa kata sebelum tidur sapu sedikit vaseline di bulu mata kita. Ini membantu bulu mata kita menjadi lebih hitam dan panjang tau.

8) vaseline lagi tau, kalau ada masalah bibir kering dan merekah apa kata sebelum tidur tuh sapu sikit vaseline. Pastinya kering di bibir akan hilang ke esok kan paginya. 

9) Pernah dengar tentang minyak kelapa dara? sapulah minyak kelapa dara di rambut sebelum tidur, ini membantu rambut kita untuk kekal sihat dan bila bangun pagi esoknya rambut sudah pasti berbau harum bagaikan bau bayi, itu kata kawan saya.

ok inilah antara tips-tips yang boleh Az kongsi kan untuk kali ini, kadang-kadang kita pernah tengok dan baca tips-tips neh dari tempat lain now apakata kita cuba pula. Selain itu nak tambah cantik lagi kan apa kata kita add on Vitamin E Complex dari Shaklee dalam regime kecantikan kita juga. Produk ini sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit kita tau.  

Jom kita tengok antara kebaikan vitamin E Complex Shaklee kepada tubuh badan kita sebagai pengguna:

1) Vitamin E merupakan antioksida semulajadi, ia mampu melindungi sel-sel badan kita dari sebarang kerosakan. Ia juga membantu dalam mencegah masalah kesihatan yang berkaitan dengan pencernaan, kardiovaskular dan kanser seperti kanser payudara, prostat dan kolon.

2) Vitamin ini jugak menjaga sistem imuniti badan kita dan memastikan hati dan buah pinggang berfungsi dengan lebih baik dan cemerlang. ewah.

3) Vitamin ini juga membantu dalam melambatkan proses penuaan dan juga membantu untuk mencegah berlakunya pigmentasi kulit. Ia bertindak dengan melembapkan kulit malahan jugak bertindak menyuburkan rambut kita.  Bertambah glowing lah lepas neh yea, rambut pon tak luruh lagi...

4) Vitamin E juga membantu para perempuan yang mengalami masalah senggugut. Ia juga membantu wanita mengandung bebas dari komplikasi. 

5) Vitamin terbaik ini juga turut membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan merangsang penjanaan sel-sel baru. Ia mengurangkan kemungkinan pembekuan darah dalam badan dan ia berupaya untuk meningkatkan fungsi tisu otot. 

6) dan bagi yang ingin menghilang lemak-lemak tersayang di dalam badan tuh, vitamin ini juga membantu kita untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat ideal yang diingini oleh setiap wanita.ewahhh....

7) terdapat juga kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar perubatan yang menemui kebaikan vitamin ini yang boleh mencegah gangguan mental seperti Dimensia dan Alzheimer. 
Banyak kan kelebihan vitamin ini. Jom dapatkan dari saya!

UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)