nuffnang

Tuesday 26 August 2014

Peppermint Ginger Plus Shaklee: Pelega Perut Sebu Dan Berangin

Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Salam Isnin. Hari minggu yang sangat busy. Hari Sabtu keluar jam 8 pagi, balik semula ke rumah jam 11 malam. Ahad pula memenuhi jemputan kenduri dan pergi celebrate annivesary perkahwinan kami yang ke 7 tahun. Alhamdulillah..
Jumaat malam yang lepas, keluarga mertua saya datang. Buka saja pintu semerbak bau cempedak. Ya Allah, wanginya. Dalam fikiran, nak kerjakan cempedak ni buat cempedak goreng. Dah lama teringin tapi malas nak beli sebab harga cempedak goreng mahal sangat kat area sini. Tak puas makan kalau beli.
Jadi, Ahad pagi saya bancuh tepung untuk goreng cempedak. Buahnya besar-besar sungguh. Puas la hati makan sebab sebiji besar tu kami berempat je yang kerjakan (keluarga mertua balik Sabtu petang). 
Tak sampai sejam lepas tu, mata mula berpinar. Kepala mula berdenyut. Sendawa tak henti-henti. Saya mula rasa itu akibat penangan cempedak. Sebelum ini ok saja, tak pernah pulak alah pada cempedak. Mungkin kerana saya makan terlalu banyak menyebabkan perut pun jadi sebu. Nasib suami tidak outstation, jadi saya mintak dia pictkan kepala.
Tapi, jemputan kenduri kena pergi juga sebab merupakan jemputan kawasan kejiranan. Itu pun, lewat sangat dah pergi Semua gara-gara saya tidur tak boleh bukak mata lepas balik dari celebrate annivesary.
Dan, kalau nak tahu, sehingga hari ni sebu perut masih terasa. Masa menulis ni, saya baru saja menelan sesudu Vivix sebab saya rasa badan saya letih sangat. Alhamdulillah, ada sedikit tenaga nak menulis. Kalau tak, memang melepek je kat sofa.Hihi..
Masa cek stok vitamin tadi, saya terpandang botol Peppermint Ginger Plus. Ya Allah..mula salahkan diri sendiri kenapa saya lupa nak ambil vitamin Peppermint. Dua hari menahan sebu perut tak tahu nak buat apa sebabnya saya jarang alah pada sebarang makanan. Itu yang tak ingat perisai kepada makanan berangin rupanya ada di rumah.
Peppermint Ginger Plus Shaklee dihasilkan daripada gabungan halia, cekur manis, daun pudina dan daun adas.  Jom tengok sket apa fungsi Peppermint Ginger Plus
  1. melegakan otot perut
  2. berfungsi sebagai penenang kepada perut sebu
  3. membantu masalah penghadaman
  4. mengurangkan masalah mabuk laut/darat
  5. melegakan ketidakselesaan perut akibat salah makan
  6. menghalang muntah selepas pembedahan
  7. melegakan sakit perut dan gejala flu
  8. melegakan masalah pencernaan
  9. memberikan peredaran tenaga kepada badan dalam badan dan perut.
  10. menghilangkan masalah kembung perut
Alhamdulillah, selepas pengambilan Peppermint Ginger Plus, perut yang sebu ni beransur-ansur kurang. Kerja rumah pun dah boleh buat seperti biasa. Takde dah nak mepelek-lepek kat sofa je seperti semalam dan awal pagi tadi.
Bagi anda yang memang mudah alah dengan makanan berangin, Peppermint Ginger Plus memang wajib ada sebagai perisai masalah angin dalam badan. Angin ni bukan sahaja buatkan kita tidak selesa, malahan tiada mood dan letih nak buat sebarang kerja. Jadi, memang wajiblah pesan sebotol untuk diri anda.
Cara makan Peppermint Ginger Plus anda boleh baca di SINI

 

 Testimoni Peppermint Ginger Plus

 
 
 
Bagi anda yang nak cuba Peppermint Ginger Plus, anda boleh hubungi saya dengan man-mana cara seperti di bawah.

 credit jomsihatjomgojes

UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
FB: Hanisah Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)