nuffnang

Monday 5 May 2014

KELEBIHAN SUSU IBU

 

SELAMAT PAGI SEMUA..





Apa khabar hari ni pembaca-pembaca di luar sana.. Semua nya sihat ke? Nisah nak kongsi kelebihan susu ibu.. Rasanya semua dah tahu serba sedikit kelebihan susu ibu ni kan. Tapi x pe.. Nisah akan cerita lebih mendalam KELEBIHAN SUSU IBU nih.. Jom kita baca kelebihan susu ibu nih..



MENGAPA SUSU IBU ADALAH TERBAIK????


1. Susu ibu mempunyai kepekatan antibodi dan bahan-bahan lain seperti kolostrum( cecair awal sebelum susu yang dihasilkan selepas melahirkan anak) yang dapat melindungi bayi daripada penyakit- penyakit yang sering dijangkiti bayi dalam tahun pertama seperti gastro-enteritis, jangkitan saluran pernafasan, batuk dan selesema. Justeru itu, susu ibu menguatkan lagi sistem imun bayi.
2. Oleh kerana protein yang terdapat dalam susu ibu, lactalbumin senang dibebaskan dan dihadam oleh sistem pencernaan bayi yang sedang membangun, bayi yang diberi susu ibu jarang terkena kolik dan sembelit. Sembelit sama sekali tidak berlaku kepada bayi yang hanya diberi susu badan. Disebabkan susu ibu juga julat semulajadi, najis bayi yang meminum susu ibu lembut, cair dan senang dikeluarkan.

3. Masalah kesihatan seperti eczema, semput dan demam alergi berkurangan kerana jarang sekali bayi mempunyai alahan kepada susu ibunya sendiri yang secara semulajadi anti-alahan.

4. Susu ibu mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Setiap ibu menghasilkan susu yang terbaik untuk bayinya. Keseimbangan khasiat disukat dengan optimum secara semulajadi dan sentiasa berubah mengikut kadar pertumbuhan bayi dan keperluannya yang juga sering berubah.





5. Ikatan emosi di antara ibu dan bayi diperkuatkan dan penyusuan badan juga memberi masa peribadi yang eksklusif kepada ibu dan bayi berkomunikasi dan berinteraksi.

6. Bayi yang diberi susu badan jarang sekali mempunyai masalah berat badan yang berlebihan kerana susu ibu secara semulajadi cukup untuk apa yang diperlukan oleh bayi.

7. Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan. Bayi tidak tertunggu-tunggu masa untuk diberikan susu.

8. DHA, Bahan khas yang ada secara semualajadi dalam susu ibu membantu perkembagan mental dan dan ketepatan visi. Ada laporan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai daya intelek yang tinggi.

9. Menghisap susu dari payudara ibu juga dapat membantu perkembangan rahang dan gigi bayi kelak.


Best kan susu ibu nih. Rugi kan klu tak dapat menyusu anak dengan susu ibu sehinggan 2 tahun. Nisah ada Rahsia bagi ibu-ibu yang mengalami susu yang sedikit.. Jom baca rahsia nya..





**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu jika mempunyai penyakit..  ======================================================== 
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID :1099244) 
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069 
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim 
=======================================================

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)