Otak kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi
secara optimum. Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang
dengan begitu pesat. Hasilnya, pada usia lima tahun, perkembangan otak
mereka sudah mencapai 90 peratus dan kadar tersebut sangat berkait rapat
dengan pemakanannya.
Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan.
Antaranya ialah DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid
folik.
DHA
DHA atau asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3
yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk
perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan
oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati
kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak
100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.
DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran
neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi
fungsi neurotransimitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.
Memberi anak diet harian yang kaya dengan DHA akan menjadikannya lebih
fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan belajar. Antara
makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam.
Suppliment yang boleh disyorkan untuk anak-anak ialah Omega Guard kerana mempunya DHA. Boleh baca di sini kelebihan Omega Guard
|
Kandungan Omega Guard |
Zat Besi
Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam
sel darah merah dan mencegah anemia. Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak
sensitif terhadap paras zat besi yang rendah. Kekurangan zat besi yang
berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan pembelajaran
mereka. Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut menyebabkan
mereka hilang tumpuan, wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD), pucat dan lesu. Penyelidik mendapati zat besi membantu
meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Sumber makanan yang
kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis,
tauhu dan tempe.
Zink
Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi
dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Kekurangan zink akan menyebabkan
tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang
selera makan. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink.
Kekacang, germa gandum, bijirin penuh, makanan laut dan daging mempunyai
kandungan zink yang tinggi.
Mealshakes mengandungi zat besi yang membantu pembinaan sel- sel darah merah. Sel darah
merah ini berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh badan termasuk ke
otak. Jika kekurangan iron boleh menyebabkan lesu dan pucat. Terdapat pelbagai lagi kelebihan mealshakes. Boleh baca kelebihan melashakes.
Asid Folik
Asid folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang
diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak. Asid
ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai
penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Kanak-kanak yang kekurangan asid
folik akan letih, lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa.
Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.
Makanan yang perlu dielakkan :
1. Makanan Bergaram
Makanan yang mengandungi terlalu banyak garam bukan sahaja menjadi
pemangkin kepada masalah tekanan darah tinggi dan arteriosclerosis
tetapi juga boleh merosakkan arteri. Keadaan ini seterusnya memberi
kesan kepada bekalan darah ke tisu otak yang akan menyebabkan sel-sel
otak mengalami ischaemia dan hypoxia yang menyebabkan hilang memori dan
otak terencat. Keperluan garam bagi tubuh ialah 7 gram untuk orang
dewasa dan kurang daripada 4 gram sehari bagi kanak-kanak. Oleh itu, ibu
bapa dinasihatkan agar kurangkan memberi anak makanan yang banyak garam
seperti jeruk dan makanan ringan.
2. Makanan Yang Mengandungi MSG
Kajian perubatan menunjukkan bahawa ibu hamil yang selalu makan makanan
yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate pada peringkat akhir
kehamilan boleh menyebabkan kekurangan zink pada bayi yang
dikandunginya. Kekurangan zink boleh menyebabkan gangguan otak,
pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit terjejas.
Tanda seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink dapat dilihat apabila
mereka tiada selera, hilang deria rasa dan susah sembuh. Oleh yang
demikian, World Health Organization menggalakkan agar wanita hamil dan
kanak-kanak tidak diberi makanan yang mengandungi MSG.
3. Plumbum
Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh sangat membahayakan. Plumbum
boleh mengganggu fungsi otak manusia. Kanak -kanak yang terlibat dengan
masalah ini boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan. Umumnya,
plumbum yang terdapat di persekitaran boleh diperoleh daripada tanah
yang tercemar, serpihan-serpihan cat, debu yang mengandungi plumbum, air
yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum,
buah-buahan terutama yang berasid yang diletakkan dalam bekas berplumbum
dan pensel warna serta warna air (apabila dimasukkan ke dalam mulut).
Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai
dalam tubuh walaupun di dalam kepekatan yang paling kecil. Oleh itu
kepekatan yang paling sesuai bagi kandungan plumbum dalam darah ialah
sifar. Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum
kerana plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang.
Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu
pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.
Kanak-kanak mudah terdedah kepada kandungan plumbum tinggi terutama
bagi yang gemar memasukkan apa juga barangan ke dalam mulut mereka.
Kanak-kanak juga berupaya menyerap 50 peratus plumbum lebih tinggi
berbanding orang dewasa. Kadar penyerapan ini meningkat sekiranya
seseorang kanak-kanak itu mengalami kekurangan zat makanan. Kajian
perubatan menunjukkan bahawa plumbum boleh membunuh sel otak dan
merosakkan otak.
sumber: Pa & Ma
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
FB: Hanisah Ibrahim