Pages

Tuesday, 9 December 2014

Kisah Solat Subuh si Suami

Suatu kisah....

Seorang wanita muda yang baru berkahwin sentiasa menggalakkan dan mengejutkan suaminya untuk solat subuh berjemaah. Pada suatu hari, si isteri terlewat mengejutkan suaminya sehingga si suami terlepas untuk solat subuh berjemaah dalam saf pertama dan terpaksa berjemaah dalam saf kedua.

Setelah selesai solat, imam masjid datang kepadanya serta bertanya: Anda suami kepada si fulan?

Si suami terkejut dan bertanya: Bagaimana tuan imam boleh mengetahui nama isteri saya?

Tuan imam menjawab: Demi Allah! Sesungguhnya pada hari ini, di dalam mimpi, saya dapat melihat semua ahli jemaah pertama (solat subuh) berada di dalam syurga dan turut bersama kami seorang perempuan! Lalu saya bertanya tentangnya. Ahli jemaah memberitahu saya bahawa dia adalah isteri si fulan.

Setelah itu si suami pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira ini kepada isterinya. Apabila si suami memasuki rumahnya, dia mendapati isterinya telah kembali kepada penciptanya dalam keadaan sujud kepada Allah SWT.

********************************

Sekiranya anda tidur semahunya dan bangun semahunya tanpa mengambil peduli waktu solat, demi Allah anda akan sentiasa dalam keadaan resah selagi mana solat tidak menjadi keutamaan anda. Demi Allah! Sesungguhnya solat adalah merupakan sebenar-benar rehat dan kebaikan di dunia dan akhirat.

"Anda tidak akan dapati orang yang lebih mengasihi anda melainkan Allah.. Demi Allah, jika orang yang bersujud mengetahui betapa banyaknya rahmat meliputi ke atasnya dengan sebab sujudnya itu nescaya dia tidak akan sekali-kali mengangkat kepalanya"
(Ibn al-Qayyim)

Orang yang memelihara solat subuh adalah golongan yang bertuah, wajah mereka berseri-seri, dahi mereka bersinar, waktu mereka diberkati. Sekiranya anda termasuk dari kalangan mereka maka bertahmidlah kepada Allah atas kurniaan-Nya ini. Sekiranya tidak, maka mohonlah agar Allah menjadikan anda daripada golongan mereka ini.

P/S
Saudara-saudaraku yang dimuliakan, sesiapa yang hidup di atas sesuatu, akan mati di atasnya juga. Sesiapa yang mati di atasnya akan dibangkitkan di atasnya juga.

Jelasnya, kita akan dimatikan dengan kelaziman amalan kita di atas muka bumi ini...misalnya jika kita sering bersujud kepada Allah...insyaAllah kita akan dimatikan dalam keadaan bersujud kepadaNya dan kita juga akan dibangkitkan bersesuaian dengan amalan kita itu.

Jadi, rancanglah cara kita hendak dimatikan dan dibangkitkan.

Jika kita boleh merancang dengan jayanya kehidupan kita di dunia yang sementara ini...rancanglah juga kehidupan kita di akhirat dengan lebih hebat lagi...kerana di situlah kampung halaman yang kekal abadi.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)