Pages

Saturday, 6 December 2014

CARA BERSEDEKAH DI AWAL PAGI

 

 Assalamualaikum. 

Rasanya ramai yang dah tahu kuasa sedekah ini kan. Hari ini nisah hendak kongsikan cara bersedekah di awal pagi. Kenapa mesti bersedekah di awal pagi?

Nabi SAW berwasiat kepada Sayyidina Ali maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bala itu turun di pagi hari, sebelum bala turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."

Berdasarkan hadis diatas jelaslah kepada kita bahawa bahaya (bala) akan turun pada waktu pagi maka jika kita bersedekah pada waktu pagi boleh menolak bahaya di udara dengan izin Allah SWT.

Bagaimana cara-cara kita hendak bersedekah pada waktu pagi?


Perkara ini amat mudah kerana di masjid atau di surau terdapat tabung-tabung derma maka semasa datang ke masjid atau surau untuk solat subuh berjemaah maka masukkan ke dalam tabung tersebut walaupun satu ringgit. Amalkan setiap hari niatkan semata-mata kerana Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” Riwayat Bukhari


Daripada hadis ini, kita dapati bahawa ada malaikat yang mendoakan setiap pagi untuk orang yang mendermakan hartanya. Salah satu daripada mereka memohon supaya Allah s.w.t. menggantikan harta sesiapa yang bersedekah manakala salah satu lagi mendoakan kerosakan ke atas orang bakhil.

Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Maksud kematian yang buruk (su'ul khatimah) ada kematian mengejut. Dikhuatiri semasa mengalami kematian tersebut tidak sempat mengucap kalimah "Laailahaillallah" dan tidak sempat bertaubat.

Selain bersedekah di tabung masjid, cara lain untuk bersedekah setiap pagi adalah dengan mewujudkan TABUNG SEDEKAH SUBUH di rumah kita.




Selepas subuh, seeloknya sebelum terbitnya fajar, bersedekah lah. Masukkan beberapa ringgit dlm TABUNG SEDEKAH SUBUH ini. Bila cukup 1bulan atau 40hari, kita keluarkan duitnya dan beri pada orang2/badan yang memerlukan.

Sebenarnya idea mewujudkan tabung sedekah ini telah dikongsikan oleh Ustazah Nurhafizah Musa dalam rancangan Usrati di Radio Ikim. Idea ini saya kira sangat praktikal.

Kita boleh buat "tabung sedekah keluarga" atau setiap ahli keluarga ada tabung sedekah masing-masing. Termasuk anak-anak yang kecil, ini untuk melatih mereka supaya gemar bersedekah.

Semoga keluarga kita sentiasa di bawah naungan rahmat Allah swt.

4 comments:

  1. Info yang menarik tentang sedekah..inshAllah mulai besok nak buat:) terima kasih

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg baik.inshallah sya pun akan buat jg.thanks ahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same2. Smoga bermanfaat buat nur hazlensia

      Delete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)