Assalamualaikum wbt...
Salam Sejahtera..
Ketika saya mendapat idea menulis tentang tajuk ini, saya teringat
kepada rakan seangkatan dalam bisnes Shaklee. Beliau pernah mengalami
hamil luar rahim. Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan beliau. Dalam keadaan sakit, beliau masih boleh lakukan bisnes walau keadaannya sangat tertekan ketika itu.
Apakah itu Kehamilan Luar Rahim
Ia juga disebut sebagai Ectopic pregnancy. Ectopic itu sendiri bermaksud
tempat yang salah. Sebagaimana kita tahu, kehamilan sepatutnya bermula
dan membesar di dalam rahim, tetapi dalam kes begini, ianya terjadi di
luar rahim.
Dalam kebanyakan kes, (hampir 95%) persenyawaan tersebut berlaku di
bahagian tiub fallopio yang boleh menyebabkan pendarahan berlaku. Jika
ianya dibiarkan, tiub fallopio boleh rosak dan kemungkinan untuk pecah
adalah sangat tinggi. Ada juga kes-kes terpencil persenyawaan berlaku di
bahagian ovari, serviks dan abdomen. Namun, yang penting tempat
tersebut (selain rahim) adalah tidak sesuai untuk menyokong perkembangan
janin serta urinya yang makin lama makin membesar. Kerana tidak mahu
membahayakan ibu hamil, doktor akan sarankan pmebedahan segera
dilakukan.
Tanda Anda Berkemungkinan Hamil Luar Rahim
- abdomen atau pelvis anda sangat sakit sehingga tidak mampu berdiri
- pendarahan faraj yang tidak normal, berwarna coklat. Ada yang mengatakannya seperti warna jus prun
- lambat datang haid
- muka pucat
- berpeluh, rasa seperti mahu pitam
- najis berdarah
Siapa Yang Berisiko Hamil Luar Rahim
- anda yang pernah mengalami hamil luar rahim sebelum ini
- pernah menjalani rawatan kesuburan
- mengidap endometriosis
- rahim atau tiub fallopio berbentuk tidak normal
- pernah menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron
- merokok
- berumur lebih dari 35 tahun
Bagaimana Kandungan Luar Rahim Boleh Dikesan
Sebenarnya ramai juga yang tidak sedar dirinya hamil, tetapi tiba-tiba
faraj mengeluarkan darah berwarna coklat pekat. Keadaan yang lemah dan
sakit yang amat sangat mendorong pesakit ke hospital dan di sana barulah
mereka mengetahui bahawa mereka hamil luar rahim.
Walaubagaimana pun, bagi yang tahu diri mereka positif kehamilan, doktor
boleh mengagak bahawa ibu tersebut berkemungkinan hamil luar rahim jika
kantung bayi tidak dapat dikesan menggunakan ultra sound.
Simptom-simptom lain pada ibu hamil seperti pucat, sakit di bahagian
pelvis megesahkan berlakunya kehamilan luar rahim dan seterusnya doktor
akan memeriksa menggunakan laparoskop.
Adakah Kehamilan Luar Rahim Dapat Dirawat
Pengesanan awal adalah sangat penting. Doktor mungkin akan menyuntik
methotrexate ke dalam karung supaya badan anda dapat menyerap kandunga
tersebut dengan semulajadi.
Jika kandungan telah membesar, doktor akan nasihatkan anda untuk membedahnya keluar.
Peluang Hamil Masa Akan Datang
Walaupun kehamilan seterusnya juga berisiko, namun semuanya bergantung
kepada kuasa Allah. Ramai juga yang hamil kembali dan kandungannya
normal.
Namun, tidak dapat dinafikan kerosakan yang berlaku pada tiub fallopio
berkemungkinan menyebabkan anda sukar hamil dan menurunkan tahap
kesuburan anda.
Baca juga info mengenai HAID LEWAT TAPI UPT NEGATIF
Jika anda dah lama menanti kehadiran cahaya mata, jom cuba Set Kesuburan Shaklee
Jimat dan gandakan wang anda dengan menyertai kami dengan berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE
credit:jomsihatjomgojes
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
FB: Hanisah Ibrahim
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)