Assalamualaikum wbt..
Salam Sejahtera..
Tengahari tadi masak Butter Prawn, teringat pulak antara bahannya ialah
bawang putih. Jadi, hari ni saya nak kongsi sedikit apa yang menariknya
mengenai bawang putih kerana ia dijadikan bahan atau petua lama untuk
mengubati penyakit juga.
Bawang putih adalah sejenis bahan untuk dijadikan rempah masakan yang
wajib ada di rumah. Aroma yang dibangkitkan oleh bawang putih
benar-benar membuka selera terutama ketika ianya digoreng bersama bawang
merah. Rupa-rupanya, bukan hanya rasanya yang sedap, bawang putih juga
mempunyai khasiat yang bukan sedikit.
Terkenal sebagai antibiotik semulajadi, rupa-rupanya ia telah digunakan
sejak zaman kuno lagi dalam masakan dan bidang perubatan. Alhamdulillah
kita di zaman serba canggih ini masih berpeluang untuk menikmati
kelazatan masakan kerana adanya tambahan bawang putih. Seperti butter
prawn saya tadi, mungkin rasanya tidak enak seperi tadi jika tiada
bawang putih (perasan..haha).
Bawang putih dikatakan satu-satunya antibiotik yang yang boleh membunuh
bakteria. Ia mempunyai kesan yang sama seperti penisilin. Paling menarik
ialah hirisan bawang putih mampu membunuh bakteria berjarak 20
sentimeter. Hebat kan?
Berikut adalah antara kegunaan bawang putih yang boleh kita amalkan dalam rutin harian kita.
Batuk, Selesema, dan Hidung Tersumbat
Sup gabungan madu, bawang merah dan bawang putih mampu membantu
melegakan masalah batuk, selesema dan hidung tersumbat. Ianya juga bagus
untuk sistem sendi, pencernaan dan hati. Caranya, reneh sup bawang
merah bersama madu selama setengah jap dengan api yang kecil. Kemudian
tutupkan api dan biarkan sejuk selama 10 minit. Kemudian masukkan enam
hingga 8 ulas bawang putih dan tutup semula periuk sup. Bawang putih
perlu dimasukkan kemudian untuk mengelakkan khasiatnya dari berkurang.
Apabila sup sudah sejuk, minum sup sebanyak sesudu. Amalkan sehingga
hilang masalah batuk, kahak, selesema dan hidung tersumbat.
Migrain
Migrain biasanya jarang mengganggu mereka yang gemarkan bawang putih.
Bawang putih mampu mencairkan dan membersihkan darah penyebab migrain.
Bronkitis
Dulunya penyakit ini jarang kita dengar. Tapi sejak akhir-akhir ini ia
menjadi biasa. Tahukah anda mengapa? Kerana ibu bapa sekarang sungguh
mudah memberikan anak mereka ubatan klinik yang hanya melegakan
sementara batuk tanpa menyelesaikan masalah atau membunuh kuman penyebab
penyakit. Akhirnya, kuman mula tersekat di peparu dan terjadinya
bronkitis.
Jadi, anda boleh cuba membuat pengewapan terhadap hidung anak anda
menggunakan air biasa yang dimasukkan dalam rice cooker. Lurutkan
perlahan belakang anak anda supaya anak anda memuntahkan lendir dan
kahak yang mengandungi kuman.
Satu lagi, pakaikan anak anda stokin yang diisi beberapa ulas bawang
putih pada setiap malam. In shaa Allah masalah anak anda akan selesai
dalam temph waktu yang singkat.
Kanser
Ianya bukanlah boleh merawat kanser tetapi ia boleh menghalang manusia
dari terkena kanser. Senyawa allium yang ada pada bawang putih dapat
meningkatkan imunisasi badan, kekebalan kepada sel kanser dan menjaga
tubuh kita supaya karsinogen penyebab kanser dari memasuki sel-sel
tubuh.
Diabetis
Bawang putih sangat efektif untuk menstabilkan kadar gula dalam darah pesakit diabetis
Tekanan Darah Tinggi, Tinggi Kolestrol, Sakit Jantung
Memakan bawang putih sebanyak dua kali sehari mampu menurunkan tekanan
darah tinggi dan membaiki peredaran darah. Kajian membuktikan bawang
putih boleh melegakan saraf yang tegang dan menguatkan jantung.
Pengambilan sebanyak seulas bawang putih setiap hari mampu menurunkan
kadar kolestrol sebanayk 10 hingga 15 peratus dalam tubuh seseorang.
Banyak kan manfaat bawang putih ni? Tetapi, anda perlu tahu bahawa
segala zatnya akan hilang sekiranya ia dimasak dengan suhu yang tinggi.
Bukankah setiap kali kita menumis bawang putih, kita mengenakan suhu
yang tinggi?
Dan sanggupkah anda mengunyah bawang putih secara mentah? Hmm..secara
peribadi, walaupun saya penggemar bawang putih, saya tak sanggup
memakannya secara mentah.
Terima kasih kepada Shaklee kerana mencipta tablet Garlic Complex yang
begitu banyak manfaatnya. Tak pelu lagi nak menahan rasa mentah bawang
putih dengan adanya Garlic Complex. Anda boleh lihat manfaatnya seperti
di bawah
Jika anda ada apa-apa masalah seperti yang saya tuliskan di atas, dan
teringin nak mencuba Garlic daripada Shaklee, anda boleh hubungi saya
seperti di bawah. In shaa Allah, perubahan ketara kepada kesihatan anda
dapat dirasai dengan cepat.
Jom baca lagi khasiat Garlic di artikel Khasiat Garlic Shaklee
Anda mungkin berminat menceburi bidang bisnes, tetapi tidak tahu dari mana nak mula?
Mari saya bimbing anda dengan berdaftar sebagai ahli Shaklee. Alhamdulillah, sudah ramai yang mampu dapat income 4 angka berada di bawah jagaan saya.
credit :jomsihatjomgojes
Hubungi saya segera jika anda berminat.
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
FB: Hanisah Ibrahim
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)