Assalamualaikum..
Hari Nisah nak nak cerita bab kesuburan nih. Alhamdulillah rezeki Nisah untuk dapatkan anak cepat. Genap 1 tahun perkahwinan kami, saya melahirkan Nurul Aisyah. Sedih jugak bila lihat sedara mara yang dah lama kahwin, tetapi belum jugak dikurniakan anak. Rakan- rakan Nisah jugak ramai yang belum dikurniakan anak. Ini berpunca daripada masalah ketidaksuburan pasangan samaada suami atau isteri kerana punca ketidaksuburan lelaki atau wanita adalah sama banyak. Terdapat banyak sebab kenapa masalah ketidaksuburan terjadi di kalangan pasangan. Jom kita kenali punca masalah ketidaksuburan yang dihadapi oleh wanita dan lelaki.
Punca- Punca Masalah Ketidaksuburan Wanita
Masalah ketidaksuburan dikalangan masyarakat bukanlah masalah biasa lagi dimana 10% daripada setiap populasi negara menghadapinya. Sebagai contoh, setiap 10 pasangan yang sudah berkahwin, pasti satu pasangan mengalami masalah ketidaksuburan. Isu kesuburan yang paling biasa adalah keseimbangan hormon
yang mempengaruhi ovulasi. Berikut adalah beberapa masalah umum yang
mungkin memperlahankan dan mengganggu wanita yang cuba untuk hamil:
*Gangguan Ovulasi
Kitaran ovari yang normal adalah sangat rumit. Walaupun perubahan kecil, ia boleh mengganggu kitaran dan mencegah ovulasi. Dalam kebanyakan kes, masalah yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon termasuk badan tidak boleh menghasilkan hormon tertentu yang cukup atau mungkin gagal untuk melepaskan hormon pada masa yang tepat. Ovulasi juga boleh tidak berlaku oleh perubahan ketara dalam berat badan.*Gangguan Tiub Fallopio
Kerosakan pada tiub fallopio boleh menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Sebab-sebab yang mungkin termasuk• Keradangan tiub fallopio
• Sebelumnya pernah mengalami kehamilan ektopik/ kehamilan luar rahim.
• Kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan.
• Pertumbuhan spontan sel-sel lapisan rahim di luar rahim yang dikenali sebagai endometriosis.
*Endometriosis
Endometriosis berlaku apabila sel-sel yang biasanya bertumbuh di rongga rahim berkembang di kawasan-kawasan di luar rahim, contohnya dalam tiub fallopio, ovari, atau walaupun pundi kencing atau usus mewujudkan persekitaran yang buruk dalam organ-organ ini tidak sesuai untuk hamil. Puncanya sebenar adalah tidak diketahui.*Perubahan Kepada Uterus atau Serviks
Sperma mungkin gagal mencapai telur jika parut yang disebabkan oleh pembedahan, kesumbatan atau keradangan, menghalang sperma memasuki melalui servik. Satu myoma atau fibroid (pertumbuhan dalam rahim) boleh menjadi punca masalah ketidaksuburan yang berterusan atau keguguran.*Kecacatan Sistem Pembiakan:
Dalam kes-kes yang sangat jarang berlaku, kesukaran kehamilan adalah disebabkan oleh pelbagai masalah kongenital dengan sistem pembiakan yang boleh menjejaskan bentuk dan saiz rahim, tiub fallopio, vagina atau gabungan ini.*Polycystic Ovarian Sindrom (PCOS):
Cyst yang berganda terbentuk di dalam ovari. Dalam kebanyakan kes, gangguan ini dikaitkan dengan tahap hormon lelaki yang tinggi dan boleh mengganggu ovulasi.*Gangguan Sistem Imunasi:
Pada kes-kes yang jarang berlaku, sistem imunasi yang cacat boleh menganggap telur atau sperma sebagai 'benda asing', dan menyerang telur atau sperma sebagai 'penceroboh'.*Umur- Lewat Usia
Semakin lewat usia anda, peluang anda hamil adalah rendah. Ia juga merupakan salah satu punca ketidaksuburan wanita. Walaubagaimanapun, ramai wanita lebih daripada 35 tahun juga mempunyai kehamilan dan bayi yang sihat.Punca- Punca Masalah Ketidaksuburan Lelaki
Masalah ketidaksuburan lelaki boleh dibahagi kepada tiga punca utama iaitu hormon, sperma dan penis.*Hormon
Biasanya wanita yang dikaitkan mempunyai masalah tidak subur berpunca daripada gangguan hormon. Jangan anda tidak percaya, lelaki juga boleh mengalami ganguan hormon. Gangguan pada hormon sering berlaki pada mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa yang panjang. Penggunaan steroid berpanjangan akan menyebabkan testosteron tidak dapat dihasilkan lalu membuatkan testis mengecut. Selain itu, jika rawatan radiasi dan kimoterapi pernah dilakukan pada bahagian otak? Ia turut menggangu hormon lelaki.
*Sperma
Bilangan sperma yang normal adalah 60 juta setiap sentimeter padu. Jika mereka yang mengeluarkan kurang daripada 20 juta sperma adalah disahkan mempunyai masalah kesuburan. Kekurangan jumlah sperma itu akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan. Sperma yang terlalu sedikit dihasilkan dinamakan oligospermia manakala masalaj ketiadaan sperma digelar azoospermia.
Penyakit seperti perkembangan beguk selepas akil baligh boleh merosakkan sel-sel yang menghasilkan sperma begitu juga penyakit lain seperti demam yang terlalu panas dan jangkitan pada testis. Selain itu, masalah genetik seperti kecacatan genetik sejak lahir iaitu mempunyai satu testis sahaja. Faktor luar juga boleh mempengaruhi jumlah dan kualiti sperma seperti memakai pakaian terutamanya seluar dalam yang ketat kerana jumlah sperma akan jatuh jika testis berada dalam keadaan panas.
*Penis
Jika bukan kerana hormon atau sperma yang menjadi punca ketidaksuburan, masalah lain mungkin berpunca daripada penis yang bermasalah.Sperma yang terhasil tidak dapat keluar melalui penis akibat beberapa kerosakan atau kecacatan.Ada kes, vas deferens iaitu laluan keluar sperma tidak wujud membuatkan sperma tidak dapat keluar.Vas deferens yang tersumbat juga mungkin berpunca daripada penyakit kelamin atau tibi. Selain itu, jika buah zakar bayi lelaki tidak berpindah ke tempat sepatutnya yang digelar cryptochildism akan mempengaruhi kesuburan lelaki pada masa depan.Masalah lain seperti kanser testis, pembedahan atau kecederaan pada penis yang menyebabkan saluran darah ke penis pecah boleh menyebabkan kemandulan.
Setelah kita dah baca semua punca ketidaksuburan lelaki atau wanita, kita perlu berusaha untuk mengatasi masalah tersebut jika anda betul-betul inginkan cahaya mata. Tetapi Bagaimana cara nak atasi masalah tersebut? Nisah nak kongsikan cara untuk atasi masalah tersebut dengan cara mengamalkan makanan tambahan. SET KESUBURAN SHAKLEE yang terdiri daripada GLA Complex, Alfalfa Complex, Vitamin E dan Zinc Complex.
GLA Complex
- membantu merawat PMS dan menopause symptom.
- anti radang, sesuai untuk pesakit arthritis dan gout kerana ianya merawat keradangan sendi.
- bagi pesakit rheumatoid arthritis( boleh mengurangkan kerengsaan dan bengkak)
- untuk kulit yang cantik.
- membantu regulate balik period yang tidak teratur. Juga mengawal keseimbangan hormon dalam badan.
- membantu kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan.
Alfalfa Complex
- Mencuci hati, darah dan usus--> Ia makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, hilangan toksin, bersihkan hati dan mencantikkan kulit dan otot.
- Melawan alahan--> memperbaiki keadaan kulit dan hdung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air(athlete's foot).
- Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut--> memperbaiki masalah penghadaman seperti kembung, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
- Menyingkirkan lemak dan kolesterol--> dapat mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
- Melawan tumor--> memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu dapat memperbaiki sel-sel kanserdan membuang tumor.
- Melegakan keletihan--> Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.
- Mencegah / merawat atritis --> melegakan sakit atritis dan kesakitan
Zinc Complex
- Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
- Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
- Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
- Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
- Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
- Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
Vitamin E
- Membantu untuk awet muda
- Membantu menghilangkan parut dan cela
- Membantu mengurangkan kedutan kulit
- Membantu melambatkan penuaan
- Membantu memulihkan tekstur kulit
- Membantu memulihkan kemampuan reproduktif lelaki.
- Merupakan Anti- Oksidan yang kuat
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit. Pembaca digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu jika mempunyai penyakit..
========================================================
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
W.NORHANISAH BT W.IBRAHIM (SID :1099244)
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
FB: Hanisah Ibrahim
menarik info ni..
ReplyDeleteterima kasih :)
Adakah Kegemukan Punca Sukar Hamil
Tq dear for sharing. Bertambah ilmu berkenaan kesuburan..:)
ReplyDeleteAnda gastrik?Solusinya disini..
http://sihatcunmelecun.blogspot.com/2014/08/set-merawat-gastrik-shaklee.html
wahhhh.. harap dapat membantu bagi mereka yang inginkan zuriat ye..Thanks for sharing.. =)
ReplyDeletePMS menganggu?
http://nshahealthybeauty.blogspot.com/2014/08/pms-menganggu.html
tq sudi baca
DeleteGood info..tq sharing
ReplyDeletehttp://fieza79.blogspot.com/2014/08/bosan-dengan-kulit-wajah-yang-hodoh.html?m=1
tq for sharing..
ReplyDelete--->>> A Surprisingly Adventurous Journey: KENAPA SAYA SUKA CHEWABLE VITA-C PLUS?
Terima kasih dengan perkongsian maklumat yang begitu jelas.
ReplyDeleteCara terbaik atasi masalah selsema anak-anak
info yang bagus
ReplyDeletejom tengok page saya juga:
pelangioveralaska.blogspot.com
Good sharing dear... tqsm...
ReplyDeleteKhasiat B-Complex Shaklee