nuffnang

Friday, 29 August 2014

Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil


 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kehamilan merupakan saat yang amat menggembirakan seorang isteri. Pengalaman mengandungkan zuriat sendiri amat mengujakan si ibu dan terasa akan kesempurnaan menjadi seorang wanita setelah disahkan mengandung. 

Kehamilan sebenarnya suatu proses yang agak lama dan si ibu seharusnya menitik beratkan penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. Semasa tempoh kehamilan, wanita lebih cenderung mengalami anemia. Anemia adalah sejenis penyakit disebabkan kekurangan sel darah merah. Sel darah merah penting dalam mengangkut oksigen ke seluruh tisu seluruh anggota badan. Dan sekiranya si ibu menghidap penyakit ini, ia boleh menjejaskan kandungan.

Anemia

Sel darah merah banyak dihasilkan semasa proses mengandung untuk menyokong perkembangan bayi di dalam kandungan. Jika berlaku kekurangan bekalan beberapa nutrien seperti zat besi, maka penghasilan sel darah merah juga akan turut terjejas.

Penyakit anemia kebiasaanya berlaku dalam tempoh kehamilan dan ini perlu mendapat pemantauan agar kesihtan ibu dan anak tidak terjejas.
Anemia semasa mengandung boleh di kesan dengan menjalani ujian darah. Paras hemoglobin menjadi kayu pengukur tahap anemia seorang ibu hamil. Untuk menentukan tahap tersebut, jadual di bawah ada perinciannya.
Anemia Semasa Hamil 
JENIS-JENIS PENYAKIT ANEMIA SEWAKTU KEHAMILAN




Anemia disebabkan kekurangan zat besi

  • Sebelum kehamilan, bakal ibu memerlukan lebih kurang 15 miligram (mg) zat besi sehari. Kebanyakan ibu-ibu tidak dapat memenuhi keperluan yang ini. Semasa  tempoh kehamilan,  zat besi diperlukan oleh ibu-ibu untuk mengekalkan kesihatan. Jika ibu hamil tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi ibu dan bayi, ibu-ibu mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan.
Anemia disebabkan kekurangan asid folik
  • Badan manusia memerlukan asid folik untuk penghasilan tisu baru dan termasuklah penghasilan sel darah merah. Semasa proses kehamilan, lebih banyak asid folik diperlukan oleh ibu hamil. Bekalan asid folik dari sumber makanan harian sebenarnya tidak mencukupi untuk ibu-ibu. Justeru, ibu-ibu amat digalakkan mengambil supplemen tambahan untuk mengelakkan kekurangan asid folik yang boleh membantutkan tumbesaran bayi.


Anemia akibat kekurangan vitamin B-12
  • Selain zat besi dan asid folik, vitamin B12 juga penting dalam penghasilan sel darah merah. Sel darah merah tidak dapat dihasilkan dengan cukup sekiranya ibu-hamil mengalami kekurangan vitamin ini. Bagi ibu-ibu yang kurang menggemari makanan berdaging, telur dan produk tenusu lebih berisiko mengalami kekurangna vitamin B12 yang akan membahayakan kesihatan janin.




SIMPTOM PENYAKIT ANEMIA


Simptom anemia


Simptom yang jelas dapat dilihat apabila seseorang itu menghidap anemia semasa hamil adalah:

  • Mengalami masalah kulit pucat 
  • Degupan jantung yang lebih pantas 
  • Cepat letih, sesak nafas, sakit dada 
  • Kerap berasa pening
  • Sejuk dan kebas 
  • Masalah kurang fokus

RISIKO ANEMIA KEPADA IBU DAN BAYI

Anemia sememangnya memberi risiko yang tinggi sekiranya tidak dipantau dengan baik dan risiko juga turt melibatkan janin dalam kandungan. Antara risikonya adalah seperti berikut:


  • Mungkin mengalami keguguran
  • Kelahiran pra-matang
  • Kelahiran bayi yang tidak cukup berat badan
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Bayi lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut
  • Koma atau meninggal dunia
  • Penghasilan susu badan yang berkurang
CARA MENCEGAH DAN MENGELAKKAN ANEMIA



  • Makan makanan yang kaya dengan zat besi sekurang-kurangnya 3 kali sehari

Penyelesaiannya >>> Amalkan pengambilan Vitalea Iron Formula Shaklee


  • Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C kerana ianya membantu penyerapan zat besi yang sempurna
Penyelesaiannya >>> Amalkan pengambilan B-Complex Shaklee

  • Pilih makanan yang kaya dengan asid folik
Penyelesaiannya >>> Amalkan pengambilan B-Complex Shaklee



VitaC
BComplex

credit:sihatcunmelecun
Bagaimana cara nak dapatkan semua supplemen ini?

 BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
 FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
FB: Hanisah Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)