nuffnang

Tuesday, 7 April 2015

Kisah Anak Kebanggaan Ayah


Nisah harap anda semua dapat membaca kisah ini dan dapat mengambil ikhtibar dari kisah ini. Smoga kita semua tergolong dalam golongan berjaya mendidik anak ke akhirat.

Seorang ayah bernama Bakri berumur penghunjung 40-an diundang sekolah anaknya untuk hadir pada 'Hari Ayah'. Sungguh dia amat tidak gemar hadir ke acara sebegini kerana dia merasakan dia sudah mempunyai empat orang anak, bahkan yang sulong sudah masuk kolej.
Jadi, dia merasa sudah tak sesuai bagi umurnya untuk bersenda gurau dengan anak pada Hari Ayah di sekolah. Namun kerana isteri dan anaknya yang ke empat memaksa, dia pun datang ke sekolah anaknya dengan hati yang berat.

Seperti diduga, acara di kelas hari itu menampilkan kebolehan setiap anak di hadapan ayah mereka. Terlihat di sana kebanyakan ayah yang berusia sekitar 30-an. Kesemua ayah itu teruja melihat buah hati mereka. Bakri hanya tersenyum, berkatalah dalam hati; "Dulu aku juga seperti mereka saat punya anak pertama. Tapi kini sudah bukan zamanku untuk hadir acara anak-anak seperti ini."

Satu per satu murid dipanggil untuk tampil ke depan dan menunjukkan kebolehannya selama 5 minit. Selepas persembahan, setiap ayah dipanggil ke depan untuk menerima "hadiah" yang telah disiapkan oleh sang anak untuk ayah mereka. Ada yang menampilkan kebolehan menyanyi. Ada yang menulis dan baca puisi. Berpidato dengan bahasa asing dan banyak lagi.

Kini giliran Umar, anak Bakri ini berusia 10 tahun telah dipanggil namanya untuk tampil ke depan. Bakri menyangka bahawa Umar pasti akan menampilkan persembahan yang serupa dengan kawan-kawannya. Bakri lalu berpura-pura tersengeh dan memberi pelukan hangat kepada Umar buah hatinya. Agar semua orang di kelas itu tahu bahawa dia adalah ayah yang layak dibanggakan. Ehemmm, itulah pikirnya!

"Kamu ingin menampilkan apa untuk ayahmu, Umar?" tanya gurunya.

"Saya akan tampil dengan Ustaz Amir di depan" jawab Umar bersemangat.

Gurunya pun mempersilakan ustaz Amir untuk ke depan dan menjelaskan kepada para ayah bahawa ustaz Amir adalah guru ekstra kurikulum yang mengajar bacaan Alquran di sekolah.

"Umar, kini giliranmu untuk memulakan penampilan..." ujar gurunya.

Umar mengucap salam. sedikit kata pembuka diucapkan. Dia berkata bahawa dia akan membaca surat Al Kahfi yang berjumlah 110 ayat. Menyedari waktu yang terbatas, dia meminta bantuan Ustaz Amir untuk memegang mushaf Alquran dan menyebutkan mana-mana ayat untuk dibacanya.

Para ayah yang hadir mulai berdecak kagum. Mereka mengerti bahawa Umar bukan hanya akan membaca Alquran, namun dia malah sudah menghafalnya!

"Baik, sekarang cuba kamu baca ta'awudz dan basmalah dan mulai dari ayat pertama....!" pinta ustaz Amir.

Dengan memejamkan mata, Umar mulai membaca. Tak disangka...., suara yang keluar dari mulut Umar terdengar begitu merdu. Rupanya Umar membaca Alquran mengikuti lantunan Qari cilik bernama Muhammad Taha Al Junaid yang terkenal itu. Dia membaca dengan hati yang tenang lalu membawa kedamaian pada setiap telinga yang mendengarnya.

Ayat 1-5 telah dibaca Umar. Ustaz Amir mengangguk-anggukan kepalanya mengikuti bacaan Umar yang merdu tanpa sekalipun beliau putus. Lalu Ustaz Amir meminta Umar untuk membaca dari ayat 60. Umar pun membaca dengan suara yang menenangkan jiwa.

Semua mata dari para ayah yang hadir mulai berkaca-kaca. Seolah-olah mereka penuh harap seandainya anak-anak mereka juga seperti Umar.

Manakala Bakri, ayah Umar. Dia yang dari tadinya tidak sepenuh hati untuk datang ke sekolah. Kini dia begitu teruja!

Lalu ustaz Amir meminta Umar untuk berpindah lagi ke ayat 107 -110 sebagai penutup persembahannya. Maka Umar pun membacanya tanpa satu pun kesalahan.

Begitulah Umar menyudahi bacaannya, lalu bangkitlah Bakri dari tempat duduknya dan terus berjalan ke depan dan memeluk Umar.

Terlihat rasa bangga yang terpancar dari wajah Bakri setelah melihat penampilan buah hatinya. Para hadirin juga menyaksikan Bakri beberapa kali menyeka air mata yang berderai di pipinya.

Seisi ruangan terpukau dengan lantunan Alquran yang dibacakan dengan suara merdu Umar. Menyudahi suasana yang haru itu, gurunya lalu bertanya kepada Umar, "Mengapa kamu ingin membaca Alquran untuk ayahmu sedangkan semua temanmu tak ada yang terfikir untuk melakukannya, Umar?"

Rupanya Umar pun turut terharu setelah dipeluk sedemikian hangat oleh sang ayah. Dengan mata berkaca-kaca Umar berkata, "Ustaz Amir pernah beritahu supaya saya rajin belajar Alquran. Beliau kata, orang yang hafal Alquran boleh membuatkan kedua orang tuanya mulia di akhirat. Kedua orang tua akan mendapat mahkota dari cahaya di mana cahayanya lebih indah dari sinar mentari dunia... Saya ingin, ayah dan ibu saya mendapat kemuliaan seperti itu dari Allah SWT kerana itu saya belajar menghafal Alquran bersama ustaz Amir."

"Masyaallah...." terdengar suara para ayah berkumandang di kelas itu. Semuanya inginkan anak-anak mereka seperti Umar.

"Apakah saya boleh bicara?" tanya Bakri kepada para hadirin. Semua orang mengalu-alukannya.

"Hmmm...., hari ini adalah hari yang teramat bahagia untuk saya. Anda semua para ayah tak ada bezanya saya rasa. Kita menyekolahkan anak-anak kita di sekolah terbaik seperti sekolah ini. Dengan bayaran yang tak murah, dengan segala kemudahan duniawi yang serba ada. Mungkin dibenak kita para ayah adalah, jangan sampai anak-anak kita tidak mampu mengejar kemajuan dunia....

Terus terang, saya sudah hampir 50 tahun. Saya mempunyai empat orang anak, dan Umar adalah putraku yang terakhir. Dengan cita-cita duniawiku, aku sekolahkan dia di sini dengan harapan bahawa dia akan memiliki masa depan yang gemilang.

Aku tersedar, yang berlaku adalah sebaliknya, pemikiran putraku ini telah membuat masa depanku yang gemilang. Dia mempelajari dan menghafal Kitabullah Alquran supaya kedua orang tuanya memiliki masa depan yang gemilang di akhirat! Terima kasih anakku... Maafkan ayah yang lupa untuk mendidikmu untuk mempelajari Alquran...."

Bakri terus memeluk Umar kembali. Keduanya menangis haru, dan seluruh kelas pun hening terdiam menyaksikannya.....!
=======

Ya Allah kalau kami mati hari ini,
Rasanya belum cukup pahala yang akan menghantar kami ke syurgaMU

Ya Allah kalau Engkau cabut nyawa kami detik ini,
Terlalu banyak dosa kami yang belum Engkau ampuni.

Ya Allah jadikan anak-anak kami sebagai penambah pahala bagi kami jika kami Engkau wafatkan detik ini...

Ya Allah mudahkan lisan anak kami untuk selalu mendoakan dan memintakan ampunan untuk kami di kala kami sudah di alam kubur... aaamiinnn.

Monday, 15 December 2014

Promosi Collagen Powder

 

Rasanya masih belum terlambat Nisah hendak kongsikan promosi terbaru yang Shaklee tawarkan bermula 10 Disember hingga 31 Disember 2014. Shaklee menawarkan Promosi Collagen Powder dengan pembelian 3 kotak Collagen Powder anda dapat percuma 1 kotak. 



 Kenapa Anda perlu Membeli Bulan ini?


Dengan pembelian 3 kotak Collagen Powder anda dapat: 

  • Percuma 1 kotak Collagen Powder yang bernilai RM298 
  • Anda layak mendapat keahlian percuma yang bernilai RM75
  • Anda akan mendapat bonus pada bulan Januari.
 Anda telah jimat hampir RM400 dengan pembelian kolagen Shaklee pada bulan ini.

Untuk anda yang peminat tegar Collagen Powder ini, anda perlu memborong untuk dijadikan stok kerana bermula Januari 2015 Collagen Shaklee tiada di pasaran selama setahun kerana melalui proses pendaftaran baru. 

Jom dapatkan sekarang sementara promosi belum berakhir.

Anda berminat untuk mengetahui Kelebihan Collagen Shaklee. Boleh baca Kelebihan Shaklee Collagen Powder




Berminat untuk Menjadi ahli Shaklee?

 Untuk maklumat lanjut sila klik link dibawah ini.





 


 



UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244) 
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim

Tips Mudah Kupas Kentang

 
Nisah ada terbaca 1 tips mudah untuk mengupas kentang. Sebelum ini Nisah hanya tahu cara merebus saja yang dapat memudahkan mengupas kentang. Hari ini Nisah hendakkan kongsikan cara mudah mengupas kentang.

Kadang kala kita sangat mengejar masa dalam menguruskan rumah tangga. Jika boleh setiap wanita ingin memasak untuk keluarga setiap hari. Namun, adakalanya ia gagal dilakukan berikutan kesuntukan masa terutama apabila bahan masakan semuanya memerlukan masa yang lama untuk disiapkan.
 
Ubi kentang antara bahan masakan yang sedia ada di rumah dan boleh dimasak pada bila-bila masa. Tetapi ubi kentang agak memakan masa kerana prosesnya yang lambat dan perlu dilakukan dengan teliti dan bersih. Sebenarnya ada petua mengupas ubi kentang dengan mudah dan menjimatkan masa.
 
Caranya iaitu masukkan garam dalam air dan rendamkan ubi kentang dalam air garam semalaman. Bilas dan kupas seperti biasa kerana ia menjadi semakin mudah. Dengan cara ini dapat  menjimatkan masa dalam menyediakan bahan untuk memasak. Selain itu kemanisan kentang masih dapat dikekalkan ketika sesi memasak nanti,

 Selamat mencuba

Saturday, 13 December 2014

[Giveaway] Hello from Canada


Hello from Canada

Jom kawan -kawan join segmen ni. Ada hadiah lagi


Klik BaNNeR  jika berminat untuk turut serta ...
 

Jawapan untuk URL blog Doodles of Life adalah  http://herlifemanual007.blogspot.com

Tarikh Tamat : 
 
December 21, 2014 at 1:00 AM




Berminat untuk Menjadi ahli Shaklee?
 Untuk maklumat lanjut sila klik link dibawah ini.


 
 


UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
FB: Hanisah Ibrahim

Friday, 12 December 2014

Giveaway Wanna Win 2 Piece of Ruffle Shawls by Naomie


.

Jom kawan-kawan join segmen giveway ni.
 
Ada hadiah menarik.

Caranya mudah sahaja...

Klik BaNNeR  jika berminat 
untuk turut serta ...


Tarikh Tamat :
20 Disember 2014
 
Berminat untuk Menjadi ahli Shaklee?
 Untuk maklumat lanjut sila klik link dibawah ini.


 
 


UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: 
W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
FB: Hanisah Ibrahim