Pages

Thursday, 27 November 2014

Tips Kempiskan Perut dalam masa 1 Bulan. Jom cabar diri anda

 

Buncit?? Perkara yang paling membimbangkan semua pihak. Jangan kata orang gemuk je buncit, orang kurus pun ramai yang buncit. Tidak kira lelaki atau pun perempuan semua mengalami masalah buncit. Saya akan bagi tips untuk mengempiskan perut yang buncit tetapi mesti konsisten la. 




 

Tips mengempiskan perut dalam masa sebulan


  • Pakai bengkung/barut/corset. Kalau hendak mudah beli baju corset. Kalau pakai bengkung leceh nanti kita pun alas henak pakai.. Boleh beli ikut kemampuan, jangan pula beli ikut-ikut kawan. Pakai 8 jam setiap hari tanpa mengelat walaupun sehari selama sebulan.
 
  •  Pastikan duduk dan berdiri dalam postur yang betul. Jangan slouch.

  • Sentiasa lakukan stomach vacuum technique (Boleh google kaedahnya) Oleh kerana pakai bengkung, automatically kita akan sentiasa aware yang kita dalam proses nak mengempiskan perut. Sambil buat vacuum technique, kena kawal pernafasan dengan baik.
 
  • Senaman setiap pagi atau sekurang kurangnya dua hari sekali.Plank adalah salah satu teknik senaman berkesan untuk menguatkan tubuh sambil mengempiskan perut
 
  • Makan sedikit tetapi kerap dan pastikan ambil breakfast selepas bersenam. Jangan abai breakfast yer.

  • Banyakkan makan serat, sayur dan buah buahan
 
  • Minum teh hijau dan pastikan minum air yang cukup. Teh hijau sangat sangat membantu melawaskan buang air besar. Selain dari tu bantu menurunkan kadar kolestrol kalau diambil berterusan dalam masa 12 minggu (menurut kajian) Kalau rasa lapar macam craving nak makan. Minum air kosong segelas dulu. Lepas tu baru tengok. Kalau lapar jugak, makan lah.
 
  • Paling baik kurangkan makanan berminyak dan berlemak

  • Lebih baik lagi kalau elakkan dari makan makanan yang diproses

  • Amalkan secara istiqamah selama sebulan. Dan memang akan nampak kesannya. Dalam 2 minggu pertama, nafsu nak makan secara berlebihan akan berkurang. Dan badan akan rasa lebih "ringan" kerana senaman yang konsisten




Selamat mencuba.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel

 
UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga 
 FB: Hanisah Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)