Assalamualaikum..
Nisah hendak kongsikan resepi bubur jagung yang disediakan oleh emak mertua Nisah. Sudah dua hari makan bubur jagung yang mak mertua buat. Sedap...Nisah belikan jagung di area Janglau, Rompin ketika perjalanan pulang hari tu. Jagung nya memang sedap dan manis. Apa lagi, mak mertua masak kan bubur jagung la. Jom kita lihat resepiya.
Bubur jagung |
Bahan- Bahan
5 biji JagungSetengah kerek gula melaka(boleh ditambah ikut kemanisan masing-masing)
Sedikit sagu
1 biji telur
2 kotak Santan segera(saiz kecil)
Air secukupnya.
Garam
Cara-Cara nya
1. Kupas kulit jagung dan jagung dihiris halus-halus.
2. Masukkan jagung ke dalam periuk.
3. Masukkan gula melaka, santan dan air yang secukupnya.
4. Masak sehingga menggelegak, kemudian masukkan telur, sagu dan garam.
5. Setelah cukup rasanya, boleh la tutup api. Boleh la dihidang.
6.. Tadaa..Dah siap.. Senang kan.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)