Assalamualaikum semua..
Petang tadi, saja la ajak suami jalan-jalan dekat pantai sambil minum Air Kelapa dan Ikan Celup Tepung. Sebab esok kami dah nak bergerak ke Pasir Gudang Johor.
Kami singgah di Pantai Kelulut, Marang sebab dekat dengan rumah Nisah. Rasa tak lengkap kalau balik kampung tetapi tidak pergi ke pantai. Aisyah seronok la dapat keluar berjalan-jalan ambil angin pantai. Nisah hendak kongsikan sedikit gambar disana tadi. Harga ikan Celup Tepung ini dikira murah berbanding Nisah makan di Teluk Ketapang yang berhara RM5.00 seekor. Air Kelapa berharga RM4 sebiji, padahal dulu hanya berharga RM2 sebiji. Terlalu khusyuk makan sehingga dapat berjalan di tepi pantai hanya sekejap sahaja tadi.
|
Deretan gerai makan |
|
Buah Kelapa yang masih baru |
|
Ikan Celup Tepung (RM 3.50 seekor) |
|
Air Kelapa (RM 4.00 sebiji) |
|
Suasana Pantai Kelulut |
|
Aisyah yang bergambar atas bot. |
sedapnya ikan celup tepung tuh!
ReplyDeletememang sedap..ikan nye fresh
Delete