Nisah nak kongsikan satu kelebihan membaca Surah Alfatihah. Bukan setakat kita membaca Al-fatihah, sebolehnya kita niatkan untuk sedekahkan Al-fatihah tersebut. Alfatihah ni banyak kelebihan nya tetapi hari ini Nisah hendak kongsikan kelebihan Al-fatihah dalam membimbing ahli keluarga.
Nisah kongsikan rahsia seorang bapa yang selalu mengamalkan secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Setiap kali solat, itulah ikhtiarnya disedekahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Keluarga nya hidup bahagia.
Cuma sedekahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Mulai sekarang, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..
Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah sedekahkan Al-fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak.Tidak lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga..
Mari kita amalkan pembacaan al fatihah dalam masa kita setiap hari...kalau kita sedang duduk atau berdiri...sempatkan lah membaca alfatihah agar hati kita tenang dan tentram. Ajari anak-anak kita sedari kecil untuk membiasakan diri membaca al fatihah...agar mereka menjadi anak-anak yang sholeh dan sholeha...
ReplyDeletebetul tu..anak yang menangis boleh ditenangkan dengan bacaan al fatihah
ReplyDelete