Pages

Wednesday, 12 November 2014

Tips Elak anak Sakit Teruk Sehingga Terpaksa Naik Ambulans.

 

Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman yang berisiko menyebabkan mereka sakit seperti demam, batuk dan selesema. Semua ibu bapa tidak mahu anak anda sakit kan. Justeru kita perlu mendidik mereka menjaga kesihatan diri supaya kurang risiko jatuh sakit yang boleh menyebabkan anda terpaksa membawa anak menaiki ambulans.

Anak-anak mudah meniru perbuatan orang dewasa terutama ibu bapa sendiri. Oleh itu apa kata biasakan anak-anak anda dengan amalan sihat berikut supaya ia menjadi sesuatu yang rutin dalam hidup mereka dan secara tidak langsung 
mengajar mereka gaya hidup sihat.

Tips Elak Anak Sakit

  1. Kerap mencuci tangan

Tangan adalah tempat paling banyak bakteria membiak. Apatah lagi dalam kalangan kanak-kanak yang aktif meneroka pelbagai aktiviti lasak di sekeliling mereka. Oleh itu sentiasa ajar anak anda membersihkan tangan sebelum makan, selepas makan atau selepas melakukan aktiviti bermain. Ajarkan mereka langkah membersihkan tangan dengan betul sambil memberitahu apa sebab mereka perlu mencuci tangan.
 
  1. Beriadah

Aktiviti riadah secara konsisten dapat mengurangkan risiko kerap mendapat demam selesema. Beriadah secara sihat membuatkan sel-sel menentang jangkitan kuman berjalan dengan lancar. Ia lebih baik berbanding pengambilan ubat-ubatan. Oleh itu, bawa anak anda beriadah di luar rumah atau sekadar main kejar-kejar di taman.
 
  1. Disiplinkan waktu tidur

Biasakan anak anda tidur secara teratur setiap hari. Sentiasa pastikan dia tidur pada waktu yang sama setiap malam. Tidur dengan jadual yang sama setiap hari melatih anak anda menjadi lebih berdisiplin dan paling penting dia akan lebih sihat dan terhindar daripada mudah mendapat penyakit.
 
  1. Banyak makan sayur dan buah
Amalan pemakanan yang sihat juga menjadikan anak anda membesar sebagai kanak-kanak yang mempunyai sistem imun yang kuat. Cara terbaik memenuhi keperluan vitamin dan mineralnya iaitu dengan banyak makan sayur dan buah-buahan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C seperti brokoli, strawberi dan kiwi, makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan tuna, susu dan bijirin. Mengamalkan makan yogurt diperkaya probiotik aktif juga boleh meningkatkan ketahanan tubuh.
 

Jika anak anda  tidak dapat ambil sayur dan buah-buahan setiap hari, anda boleh bekalkan nutrien yang secukupnya dengan Mealshakes. Mealshakes mengandungi Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin D yang diperlukan oleh kanak-kanak. Mealshakes dapat menguatkan sistem imun kanak-kanak daripada di serang penyakit. Mealshakes jugak mengandungi fiber yang boleh mengelakkan anak-anak terkena sembelit. Terdapat pelbagai lagi Kebaikan mealshakes buat anak anda.



Sekiranya anak sudah dibiasakan dengan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat ini sejak kecil maka ia akan diteruskan sehingga dewasa.
 

 Jika anda berminat untuk memiliki Mealshakes, boleh hubungi saya untuk pertanyaan.

UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI: W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
 CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH) 
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim

3 comments:

  1. saya memang amalkan mencuci tangan anak selalu, terutama selepas keluar bermain ataupun ke shopping complex sekalipun, pernah ada kes kawan say sendiri, anaknya dapat HFMD lepas blk shopping, sebab anaknya duduk dalam troli, mungkin berjangkit kat situ. Mencegah lebih baik bukan?

    PUAS HATI AKHIRNYA JUMPA CARA ATASI RESDUNG ANAK

    ReplyDelete
  2. kalau sampai naik ambulans maknanya kronik sangat la tu.kena apply tips yang diberi supaya terhindar dari masalah sebegini

    7 Tips Awet Muda Amalan Isteri Buat Suami Geram Nak Cubit Pipi Sokmo

    ReplyDelete
  3. Amalan membasuh tangah ni memang elok di titikberatkan pada anak2... mencegah itu lebih baik dari mengubati kan...


    Petua Kempiskan Perut Buncit Selepas Bersalin

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)