Pages

Friday, 29 August 2014

Hamil Luar Rahim | Gejala dan Risikonya

Assalamualaikum wbt...
Salam Sejahtera..
Ketika saya mendapat idea menulis tentang tajuk ini, saya teringat kepada rakan seangkatan dalam bisnes Shaklee. Beliau pernah mengalami hamil luar rahim. Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan beliau. Dalam keadaan sakit, beliau masih boleh lakukan bisnes walau keadaannya sangat tertekan ketika itu.

Apakah itu Kehamilan Luar Rahim

Ia juga disebut sebagai Ectopic pregnancy. Ectopic itu sendiri bermaksud tempat yang salah. Sebagaimana kita tahu, kehamilan sepatutnya bermula dan membesar di dalam rahim, tetapi dalam kes begini, ianya terjadi di luar rahim.
Dalam kebanyakan kes, (hampir 95%) persenyawaan tersebut berlaku di bahagian tiub fallopio yang boleh menyebabkan pendarahan berlaku. Jika ianya dibiarkan, tiub fallopio boleh rosak dan kemungkinan untuk pecah adalah sangat tinggi. Ada juga kes-kes terpencil persenyawaan berlaku di bahagian ovari, serviks dan abdomen. Namun, yang penting tempat tersebut (selain rahim) adalah tidak sesuai untuk menyokong perkembangan janin serta urinya yang makin lama makin membesar. Kerana tidak mahu membahayakan ibu hamil, doktor akan sarankan pmebedahan segera dilakukan.

Tanda Anda Berkemungkinan Hamil Luar Rahim

  1. abdomen atau pelvis anda sangat sakit sehingga tidak mampu berdiri
  2. pendarahan faraj yang tidak normal, berwarna coklat. Ada yang mengatakannya seperti warna jus prun
  3. lambat datang haid
  4. muka pucat
  5. berpeluh, rasa seperti mahu pitam
  6. najis berdarah

 

Siapa Yang Berisiko Hamil Luar Rahim

  1. anda yang pernah mengalami hamil luar rahim sebelum ini
  2. pernah menjalani rawatan kesuburan
  3. mengidap endometriosis
  4. rahim atau tiub fallopio berbentuk tidak normal
  5. pernah menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron
  6. merokok
  7. berumur lebih dari 35 tahun

Bagaimana Kandungan Luar Rahim Boleh Dikesan

Sebenarnya ramai juga yang tidak sedar dirinya hamil, tetapi tiba-tiba faraj mengeluarkan darah berwarna coklat pekat. Keadaan yang lemah dan sakit yang amat sangat mendorong pesakit ke hospital dan di sana barulah mereka mengetahui bahawa mereka hamil luar rahim.
Walaubagaimana pun, bagi yang tahu diri mereka positif kehamilan, doktor boleh mengagak bahawa ibu tersebut berkemungkinan hamil luar rahim jika kantung bayi tidak dapat dikesan menggunakan ultra sound. Simptom-simptom lain pada ibu hamil seperti pucat, sakit di bahagian pelvis megesahkan berlakunya kehamilan luar rahim dan seterusnya doktor akan memeriksa menggunakan laparoskop.

Adakah Kehamilan Luar Rahim Dapat Dirawat

Pengesanan awal adalah sangat penting. Doktor mungkin akan menyuntik methotrexate ke dalam karung supaya badan anda dapat menyerap kandunga tersebut dengan semulajadi.
Jika kandungan telah membesar, doktor akan nasihatkan anda untuk membedahnya keluar.

Peluang Hamil Masa Akan Datang

Walaupun kehamilan seterusnya juga berisiko, namun semuanya bergantung kepada kuasa Allah. Ramai juga yang hamil kembali dan kandungannya normal.
Namun, tidak dapat dinafikan kerosakan yang berlaku pada tiub fallopio berkemungkinan menyebabkan anda sukar hamil dan menurunkan tahap kesuburan anda.
Baca juga info mengenai HAID LEWAT TAPI UPT NEGATIF
Jika anda dah lama menanti kehadiran cahaya mata, jom cuba Set Kesuburan Shaklee
Jimat dan gandakan wang anda dengan menyertai kami dengan berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE

credit:jomsihatjomgojes

UNTUK PERTANYAAN @ TEMPAHAN BOLEH HUBUNGI:
 W.NORHANISAH W.IBRAHIM (SID :1099244)
CALL/SMS/ WHATSPP: 0137598069( NISAH)
FB PAGE: Jom Sihat dan Bertenaga
 FB: Hanisah Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda..Terima kasih =)